Saya
bersetuju dengan cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menubuhkan
sebuah parti politik baharu yang akan bekerjasama dengan semua pihak
termasuk Pakatan Harapan, PAS dan pertubuhan masyarakat sivil untuk
meneruskan perjuangan menyelamatkan Malaysia, di samping mengambil
langkah-langkah perlu untuk melakukan reformasi institusi.
Saya telah
berbincang dengan Tun Dr Mahathir, Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Seri
Mukhriz dan rakan-rakan yang lain mengenai keperluan penubuhan sebuah
wadah politik untuk meneruskan perjuangan ini menerusi penyertaan dalam pilihan raya.
Pada masa sama, saya juga akur penubuhan sebuah wadah politik baharu hanya akan berkesan sekiranya ia
dipersetujui secara konsensus oleh rakan-rakan pimpinan parti-parti
pembangkang yang lain.
Untuk itu saya akan meneruskan perbincangan
dengan pihak-pihak yang berkaitan sebelum memutuskan langkah
selanjutnya.
Saya juga bersependapat dengan Datuk Seri Anwar
Ibrahim, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato' Seri Azmin Mohamed Ali dan
beberapa pimpinan PH dan PAS yang lain bahawa parti-parti pembangkang
perlu kembali berunding untuk mewujudkan kesepakatan dalam menghadapi
pilihan raya umum akan datang.
Kesepakatan ini adalah amat penting untuk
meraih keyakinan rakyat bahawa parti-parti politik selain BN mampu untuk
menerajui Malaysia dengan lebih baik dan membela nasib rakyat.
Saya
amat mengalu-alukan perkembangan positif ini dan bersedia untuk
berbincang dengan semua pihak bagi bersama-sama mencari kaedah terbaik
untuk membawa perubahan politik dan kerajaan yang amat dinanti-nantikan
oleh seluruh rakyat Malaysia menerusi pilihanraya umum akan datang.
Andaian bahawa BN akan terus berkuasa dan pemimpin rasuah akan terus
bermaharajalela lantaran perpecahan dalam kalangan parti-parti
pembangkang tidak semestinya betul.
Saya yakin Malaysia sudah bersedia
untuk menyongsong arus perubahan dan rakyat tanpa mengira kaum dan agama
akan bersatu hati untuk membela nasib rakyat, menentang rasuah, salah
guna kuasa dan manipulasi sentimen perkauman yang melampau demi mencipta
masa depan yang lebih baik untuk semua.
InsyaAllah, berkat
muafakat rakyat dan jiwa besar pemimpin yang ikhlas memperjuangkan nasib
rakyat dan kepentingan negara, kita akan berjaya mengenepikan
perbezaan, mewujudkan kesepakatan dan mencapai kemenangan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan