KUALA LUMPUR - Perhimpunan Agung Umno yang akan
diadakan hujung tahun ini akan ditangguh sekiranya pilihan raya umum diadakan
pada awal Disember.
Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berkata demikian selepas
mengumumkan Perhimpunan Agung Umno ke-17 akan diadakan pada 5 hingga 9
Disember.
“Pilihan raya boleh diadakan bila-bila masa,” katanya dalam
rakaman yang diterima FMT, selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi
Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara hari ini.
Pada 26 Jun 2015, Najib mengumumkan pemilihan Umno
yang sepatutnya diadakan pada 2016 ditangguh selama 18 bulan bagi memastikan
kemantapan parti menghadapi PRU14.
Beliau hari ini mengulas laporan The Star yang melaporkan Timbalan
Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai berkata Umno dan komponen
BN lain sudah mengemukakan senarai pendek calon mereka untuk pilihan raya umum
ke-14.
Menurut Najib, BN masih memproses calon yang akan bertanding pada
PRU14 akan datang.
Sementara itu, Najib berkata beliau akan membangkitkan komitmen
negara kepada keselamatan serantau dan hubungan ekonomi Malaysia-Amerika
Syarikat dalam pertemuan dengan Presiden AS Donald Trump di Rumah Putih, 12
September ini.
“Topik utama adalah perjuangan kita menentang keganasan dan
peranan Malaysia bagi membuatkan Asia Tenggara aman, dan bagaimanapun untuk
memperbaiki hubungan ekonomi dengan AS,” katanya. - FMT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan