Isu pasukan sepak takraw wanita
Indonesia memboikot perlawanan semalam, dilihat agak panas apabila ada antara
mereka menuduh pasukan Malaysia ‘membeli’ pengadil dari Singapura itu.
Ini terjadi selepas Indonesia
menarik diri kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil, Mohd Radhi
Che Mei membatalkan empat servis dilakukan tekong mereka dalam Sukan SEA yang
berlangsung di Kuala Lumpur.
Berdasarkan ulang siar video
ternyata menunjukkan kaki tekong berkenaan diangkat terlebih dahulu dari lantai
ketika servis dilakukan.
Kerana keputusan boikot itu,
pasukan sepak takraw negara diberi kemenangan percuma apabila regu Indonesia
enggan meneruskan permainan set kedua di acara antara regu sepak takraw wanita
di Sukan SEA.
Dalam perlawanan yang berlansung
pagi tadi, Thailand mempertahankan pingat emas yang dimenangi mereka dua tahun
lalu apabila menewaskan malaysia yang memenangi pingat perak.
Sementara itu, Indonesia terpaksa
akur dengan pingat gangsa berkongsi dengan Filipina
Tiada ulasan:
Catat Ulasan