Sekarang baru kita tahu kenapa mereka berdua ini sering
‘berbalah’, sindir menyindir dan kata mengata. Rupa-rupanya ada udang di
celah batu.
Kedua-duanya telah selesai hantar borang pencalonan untuk merebut jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Hari ini baharulah jelas. Ini rupanya agenda mereka.
Selama ini, rakyat tertanya-tanya kenapa Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa sering berkontroversi macam kucing dengan tikus.
Rupa-rupanya masing-masing ada simpan niat dan cita-cita nak jadi orang nombor satu dalam persatuan yang penuh kontroversi itu.
Nak rebut jawatan, mesti kena gaduh kah? Mesti kena ‘perang’ dulukah?
Apapun, tahniahlah kepada TMJ dan Annuar. ‘Perbalahan’ yang anda cetuskan selama ini sebenarnya berjaya memeriahkan suasana kempen perebutan jawatan Presiden FAM.
Bahkan, cara anda telah menakutkan dua calon lain, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM, Tan Sri Aseh Che Mat.
Kedua-duanya terpaksa tarik diri saat-saat akhir dan tarikh pencalonan jawatan itu pun dah ditutup kelmarin. Jadi, perebutan jawatan Presiden akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu. TMJ vs Annuar.
Saya tidak mahu buat ramalan awal mengenai dua calon ini. Tetapi secara rambangnya, saya sudah tahu siapa akan menang.
Ramalan saya bersandarkan kepada keperibadian kedua-dua calon. Tidak perlulah saya kupas satu persatu. Nanti prejudis pula. Lagipun, umum tahu siapa TMJ, siapa Annuar.
Kedua-duanya juga mempunyai rekod cemerlang dalam membawa pasukan bola sepak masing-masing. Selaku Penaung kepada pasukan Johor Darul Takzim (JDT), TMJ berjaya meletakkan nama pasukannya setanding dengan pasukan bertaraf Asean.
Annuar pula, pernah jadi Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan membawa pasukannya The Red Warrior (TRW) sebagai juara Piala FA empat tahun lalu.
Pendek kata, kedua-duanya ada pengalaman dalam sukan bola sepak. Mereka tentunya bukan calang-calang orang. Cuma kredibiliti diri yang akan menentukan siapa layak, siapa tidak layak menerajui FAM.
Hari ini mereka berdua dah boleh berkempen. Masa untuk hari pengundian ada berbaki sekitar 40 hari lagi. Tempoh itu cukup untuk kedua-duanya mencari sokongan atau undi.
Cuma, saya harap dalam tempoh berkempen ini, tidak ada lagi ‘perbalahan’, kata mengata atau sindir menyindir antara kedua-duanya. Buruk benarlah kalau berlaku lagi selepas ini.
Lagipun, tak elok sangatlah orang tua nak ‘berbalah’ dengan anak muda hanya kerana nak merebut jawatan.
Saya pun percaya, Annuar bukan seperti yang saya kata. Dia lebih matang dalam segala hal. Bahkan, TMJ pun bukan setahun jagung mengenali orang politik. Dalam pentadbiran hariannya pun tidak pernah sunyi dari karenah politik.
Pada peminat sukan bola sepak, mereka tentu menaruh harapan agar FAM mempunyai seorang ketua yang benar-benar dapat memberikan tumpuan dan perhatian sepenuh masa kepada pembangunan sukan bola sepak tanah air.
Tapi, kalau seseorang ketua itu sibuk dengan pelbagai urusan, kemudian perlu pula habiskan banyak masa dengan rakyat di akar umbi, lebih lagi PRU-14 akan datang tak lama lagi, tak akan ke manalah FAM.
Sungguhpun banyak badan gabungan bola sepak di negeri-negeri diketuai orang politik, tetapi tak sama dengan FAM. FAM tak perlu berpolitik.
Kedudukan pasukan bola sepak negara kini tercorot ke bawah. nak bawa naik dari satu tangga ke satu tangga dah tentu perlukan pengalaman dan kepakaran.
Bagaimana dan apa caranya, terpulanglah pada strategi seseorang ketua, sama ada idea itu lahir dari istana atau dari lenggok politik.
Yang penting suka bola sepak mula mendapat tempat di hati peminat tanah air. Jangan kita musnahkannya kerana kepentingan diri dan nafsu.
Kepada kelab-kelab gabungan, pandai-pandailah mengundi nanti. Pilihan di tangan anda. Anda yang bakal menentukan jatuh bangunnya sukan bola sepak tanah air.
Jangan nanti pisang berbuah dua kali dah. Selamat bertanding. – MalaysiaGazette