SEHARI dua ini heboh pasal seorang budak lelaki bernama “Mat
Tere” ditahan polis kerana dikatakan menghina Tunku Mahkota Johor (TMJ)
dalam laman sosial Facebook dan Youtube.
Siapakah lelaki itu sehingga namanya begitu gah?
Dia adalah seorang yang dikategorikan sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) mental. Atau dengan kata lain, terencat akal.
Namanya, Muhammad Zul Apiz Baharum. Berusia 29 tahun. Dia tinggal di sebuah kampung di Ketereh, dekat Kelantan. Ibunya telah meninggal dunia dan dia tinggal dengan saudara mara terdekat.
Di kampung, Zul Apiz dipanggil dengan gelaran Mat Tere atau Mat Ketereh. Sejak kecil sehingga dewasa dia tidak pernah sunyi daripada menjadi bahan hiburan atau bahan lawak oleh golongan normal.
Saya mengenali Mat Tere di awal tahun 2000. Ketika itu, dia sering dilihat ‘bermain-main’ di stesen bas ekspres.
Kadang kala, dia mengikut pemandu bas ke destinasi Kuala Lumpur dan Johor Bahru.
Begitulah rutin harian Mat Tere. Stesen bas ekspres Kota Bharu, Kuala Lumpur (Hentian Putra ketika itu) dan ada kalanya stesen bas ekspres Johor Bahru adalah rumah keduanya.
Makan minum dan perbelanjaan hariannya adalah atas ihsan pemandu bas dan juga orang ramai yang bersimpati dengannya.
Sebagai insan istimewa, Mat Tere tidak lekang daripada mendapat perhatian pihak-pihak tertentu, yang mengambil kesempatan untuk dirakamkan video dengan lakonan melucukan.
Antara ‘lakonan’ tersohor Mat Tere ialah, kononnya dia sedang bercakap dengan pemimpin negara dan pemimpin politik melalui telefon bimbit.
“Hello Dato Seri…” atau “Hello Tan Sri… ni Mat Tere, Ktuo Pemudo UMNO Bukit Binte (Ketua Pemuda UMNO Bukit Bintang)… atau ada juga dialog seperti, “Hello, KJ… apo kaba? bilo nok maghi Kelate? Rakyat pakat rindu ko KJ (Hello KJ, apa khabar? Bila nak datang Kelantan? Rakyat semua rindu pada KJ)…” dan banyak lagi dialog-dailog yang dicipta pihak tertentu untuk dihafal dan dilakonkan Mat Tere.
Satu perkara yang ramai tidak tahu, telefon bimbit digunakan Mat Tere itu bukan yang betul. Ia hanya sebuah replika tetapi ‘telefon’ itulah yang dijadikan Mat Tere sebagai ‘alat komunikasinya’ untuk bercakap dengan orang-orang politik.
Itulah lagak dan stail Mat Tere, remaja OKU minda yang dijadikan alat serta bahan lawak oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Banyak rakaman videonya ditular dalam laman sosial seperti YouTube, Facebook dan Instagram atas nama Mat Tere.
Sekarang, Mat Tere telah ditangkap polis dan berada dalam lokap Balai Polis Johor dalam proses membantu siasatan atas video yang ditularkan sebagai menghina TMJ.
Sampai sekarang juga, tidak ada seorang pun pihak yang bertanggungjawab mengajar Mat Tere menghina anak Sultan Johor itu tampil ke hadapan membantunya.
Masing-masing berusaha melarikan diri dan cuba sedaya upaya pula menyembunyikan bahan-bahan bukti kerana takut dikesan polis.
Berita penangkapan Mat Tere tular sekelip mata. Dalam pada itu juga, pelbagai reaksi orang ramai termasuk pemimpin politik menyatakan rasa simpati dengannya.
Ahli Parlimen Ketereh, yang juga Ketua UMNO Bahagian, Tan Sri Annuar Musa berjanji akan membantu mendapatkan keadilan untuk Mat Tere.
Dia cukup manja, malah akrab bukan saja dengan Annuar, dengan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin juga dilayannya seperti sahabat.
Bahkan, ada yang menganjurkan solat hajat memohon doa agar Allah melindungi Mat Tere dan membebaskannya daripada dikenakan sebarang hukuman atas perbuatannya itu.
Apa yang berlaku ke atas Mat Tere boleh dikatakan ketentuan Illahi.
Allah Maha Mengetahui. Dia lebih menyayangi Mat Tere dan mahu menyelamatkan Mat Tere daripada kerakusan manusia normal.
Walaupun ada yang mengatakan kemungkinan Mat Tere akan ditempatkan di rumah perlindungan kebajikan atau hospital, tetapi sekurang-kurangnya dia bebas daripada dijadikan alat oleh manusia normal yang jauh lebih ‘gila’ daripadanya. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan:
Catat Ulasan