Majlis
Meyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini telah bersetuju untuk
menyumbang sebanyak 763 lembu yang bernilai RM2.594 juta bersempena
Hari Raya Aidil Adha tahun ini untuk diagihkan ke seluruh negeri.
Lembu
korban akan disumbang oleh tujuh (7) anak syarikat kerajaan negeri
iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (sebanyak 96 lembu),
Permodalan Negeri Selangor Berhad (96), Kumpulan Semesta Sdn Bhd (96),
Wordwide Holding Berhad (95), Kumpulan Darul Ehsan Berhad (95),
Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (95), Menteri Besar Selangor
Incorporated (95) dan Yayasan Selangor (95).
Selain
masjid, lembu korban ini juga akan disumbangkan kepada Ahli Dewan
Undangan Negeri, EXCO, sekolah tahfiz, sekolah pondok dan surau di bawah
Jabatan Agama Islam Selangor, masjid dan surau terpilih di Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, PPRT di bawah Lembaga Perumahan dan Hartanah
Selangor, PPRT di bawah Majlis Agama Islam Selangor, Orang Asli dan
badan-badan bukan kerajaan (NGO).