Khamis, 11 September 2014

Kerajaan Negeri sumbang 763 lembu untuk Hari Raya Aidil Adha

Majlis Meyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini telah bersetuju untuk menyumbang sebanyak 763 lembu yang bernilai RM2.594 juta bersempena Hari Raya Aidil Adha tahun ini untuk diagihkan ke seluruh negeri.
Lembu korban akan disumbang oleh tujuh (7) anak syarikat kerajaan negeri iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (sebanyak 96 lembu), Permodalan Negeri Selangor Berhad (96), Kumpulan Semesta Sdn Bhd (96), Wordwide Holding Berhad (95), Kumpulan Darul Ehsan Berhad (95), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (95), Menteri Besar Selangor Incorporated (95) dan Yayasan Selangor (95).

Selain masjid, lembu korban ini juga akan disumbangkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri, EXCO, sekolah tahfiz, sekolah pondok dan surau di bawah Jabatan Agama Islam Selangor, masjid dan surau  terpilih di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, PPRT di bawah Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor, PPRT di bawah Majlis Agama Islam Selangor, Orang Asli dan badan-badan bukan kerajaan (NGO).


Seperti tahun-tahun ini sebelum ini, Kerajaan Negeri bersetuju melantik PKPS secara terus sebagai pembekal lembu-lembu korban ini tanpa menggunakan orang tengah.

Majlis penyerahan lembu-lembu korban ini kepada pegawai-pegawai daerah akan diadakan pada 18 September ini di perkarangan Masjid Negeri di Shah Alam.

YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
10 SEPT 2014

Tiada ulasan: