Dewan Pemuda Pas dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat minta rakyat bertenang dengan dakwaan mengatakan Sultan Selangor murka terhadap DAP dan PKR kerana tidak mematuhi titah baginda yang mahu tiga nama calon dari setiap parti untuk diperkenankan sebagai Menteri Besar.
Ketua Pemuda
Pas, Suhaizan Kaiat berkata, pihaknya juga sedang menunggu pandangan daripada
pucuk kepimpinan utama parti berhubung kes itu.
“Saya dan
rakan sejawatan (Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad) pun baru mendapat tahu
maklumat itu. Saya tidak dapat membuat sebarang komen lagi.
“Baik anda
(wartawan) tanya ketua kami. Saya tidak ada mandat untuk menjawabnya,” katanya
kepada wartawan pada sidang media bersama Pemuda Pakatan Rakyat di sebuah hotel
di Subang hari ini.
Beliau
ditanya mengenai surat dikeluarkan Istana Selangor pagi ini, yang melaporkan
baginda Sultan Sharafuddin Idris Shah dukacita dengan tindakan PKR dan DAP
mengemukakan satu nama calon, iaitu Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan
Ismail.
Sedangkan
dalam titah kepada ketiga-tiga parti pakatan pembangkang pada 27 Ogos lalu,
baginda meminta Pas, PKR dan DAP masing-masing mengemukakan senarai lebih daripada
dua calon.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan