Mohamad Azmin Ali dijangka tidak menamakan Adun Kajang
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai anggota Exco kerajaan negeri
untuk mengelak mencetuskan kontroversi serta khuatir tidak mendapat
perkenan Sultan Selangor.
Selain itu, Menteri Besar Selangor yang baharu itu tentunya tidak
mahu Wan Azizah yang juga Presiden PKR berada di bawah kuasa dalam
barisan Exco kerajaan negeri.
Setakat ini, difahamkan nama Wan Azizah sebagai Exco tidak
dibicangkan dalam mesyuarat PKR bagi menentukan barisan Exco yang akan
mewakili parti itu.
Lagipun,
Azmin tidak perlu silap dalam tugas pertama beliau ini dan perlu
membuktikan keputusan beliau tidak dipengaruhi orang lain.
Antara yang disebut-betul akan dicadangkan oleh Azmin ialah Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau sebelum ini timbalan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dan juga Ketua Angkatan Muda Keadilan.
Selain itu, Adun Ijok Dr Idris Ahmad juga dijangka akan membarisi anggota Exco.
Adun Rawang, Gan Gan Pei Nei juga berkemungkinan dalam senarai Azmin
untuk dikemukakan kepada Sultan Selangor bagi mengangkat sumpah pada
Jumaat.
DAP pula dijangka mencalonkan Adun Bukit Gasing R.Rajiv, Adun Kampung
Tunku Lau Weng San dan bekas Speaker yang Adun Subang Jaya, Hannah
Yeoh.
PAS pula dijangka mengekalkan empat Exco sebelum ini.
Mereka ialah Iskandar Abdul Samad, Sallehen Mukhyi, Ahmad Yunus Hairi serta Dr Halimah Ali.
Ramai juga menjangkakan Azmin akan melantik Adun PAS Hulu Klang Saari
Sungib dan Adun Morib Hasnul Baharuddin yang menyokong pencalonan Wan
Azizah sebagai Menteri Besar sebelum ini.
Bagaimanapun, memandangkan tindakan dua Adun PAS itu tidak disenangi
PAS Pusat, Azmin tentu tidak mahu mencari maalah dengan melantik
kedua-dua mereka buat masa ini.
Azmin dijangka akur dengan senarai nama bakal Exco yang dicadangkan kedua-dua parti itu.
Walaupun ada desakan supaya kuota empat wakil PAS dan masing-masing
tiga daripada PKR dikaji, Azmin tentu tidak berbuat demikian bagi
mengelak ujud krisis baru dalam Pakatan Rakyat.
Jika semua nama diperkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah, ke semua mereka akan mengangkat sumpah pagi Jumaat.
Selain anggota Exco turut jadi tumpuan nanti adalah pelantikan Speaker dan timbalannya.
Azmin dipercayai akan melantik bukan dari kalangan Adun sebagai
Speaker seperti di Perak dan Terenganu kerana mahu memastikan beliau
memperolehi bilangan undi yang cukup dalam DUN Selangor.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
NEGARA menyaksikan perkahwinan selebriti yang bernilai jutaan ringgit. Terbaru, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan didakwa melan...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan