Ahad, 13 April 2008

Isytihar sebelum masuk Islam tidak betul


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan langkah kerajaan memperkenalkan satu peraturan mewajibkan mereka yang mahu memeluk Islam mengisytiharkan perkara itu secara terbuka sebagai tidak betul.
Beliau berkata, sesiapa sahaja yang ingin memeluk Islam tidak perlu mengisytiharkannya tetapi untuk menjaga keharmonian keluarga ia boleh dilakukan.
"Dia nak masuk masuk Islam tidak payah bagi tahu, tetapi untuk jaga harmoni keluarga perlu beri tahu mereka.
"Tetapi beri tahu dulu sebelum masuk Islam tidak betul kerana Islam datang dari kalbu sendiri.
"Bila manusia hendak pada sesuatu benda perlu apa lagi cakap pada orang lain, cuma untuk jaga keharmonian elak daripada kecil hati," katanya ketika ditemui selepas Majlis Muhibah Antara Kaum di Taman Hijau di Kota Bharu.
Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan kerajaan memperkenalkan satu peraturan baru mewajibkan mereka yang ingin memeluk Islam perlu mengisytiharkan perkara itu secara terbuka bagi mengelak masalah di kemudian hari.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, tindakan memeluk Islam secara senyap-senyap seperti yang diamalkan sebelum ini, mengundang banyak masalah sehingga menyebabkan berlaku ketegangan kaum.
Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, ia juga bagi mengelakkan seseorang itu tidak jadi memeluk Islam disebabkan dimarahi oleh ibu bapa.
"Ini semua masalah teknikal saja, jangan sampai tidak jadi masuk Islam kerana orang tua marah, tidak betul.
"Islam datang dari iman dari hati kalbu kita, mana boleh manusia sekat cetusan hati, bila kita yakin dia akan datang sendiri," katanya.

1 ulasan:

persepsi2008 berkata...

tok guru, seorang pemimpin berjiwa rakyat, alangkah sayunya melihat wajah suci tok guru mengangkat tangan penuh tawadhuk bukan sahaja pada hari munajat rakyat malah setiap hari, setiap saat, beliau mahukan rakyatnya hidup senang, aman, damai dan harmoni dalam curahan rahmat dan limpahan barakah Allah, betapa suci dan mulianya hati tok guru, ketika pemimpin2 lain berbelanja mewah di luar negara dgn kadang2 sekali shopping di eropah belanja tak kurang dr sejuta ringgit, tok guru yg berserban dan berkain pelikat hanya mengambil gaji pokoknya sahaja semntara elaun bulanan yg lain diberikan kepada rakyat yg memerlukan, kepada fakir2 miskin yg makan nasi berlaukkan ikan kering, kepada anak2 yatim yg kehilangan ibu dan ayah, kepada ibu2 tunggal yg kehilangan tmpat untuk mengadu nasib, dimanalah kan kucari ganti, serupa dgn tok guru.. saya berdiri di belakang tok guru. hentikanlah semua ni rtm, cukuplah tu tv3, sudah lah utusan, sampai di sini sahajalah berita harian dan juga rakan2 sekutumu yg lain, cukuplah tu, berhentilah menabur fitnah pada tok guru,tak sedarkah kalian, pada hari ini, langit Tuhan sudah terbuka luas, doa tok guru yg diiringi dgn esak tangis dan linangan air mata bersama suara ribuan lagi rakyat telah diperkenankan, Allah telah memakbulkan doa tok guru, langit Tuhan sudahpun terbuka, doa tok guru telahpun diangkat ke langit, pada hari ni seperti tentera bergajah abrahah yg mahu menghancurkan kaabah, kerajaan yg ada pada hari ini perlahan2 berdepan dgn kemusnahan demi kemusnahan dan perpecahan demi perpecahan seolah2 diserang oleh jutaan ababil yg mmbawa puluhan ribu batu berapi dr neraka lalu dicampakkan pada setiap ceruk PRU ke-12, masyallah, betapa besarnya kuasamu ya Allah, semoga mereka berhadapan dgn kehancuran yg lebih nyata lagi selepas ini, setiap kata tok guru umpama azimat namun jadi laknat sebaik masuk sahaja media, banyak yg menjadi nanah meruntun hati rakyat. sebahagian kata2 tok guru yg berpotensi untuk mencetuskan kontroversi diambil, ucapan tok guru diedit dgn zalimnya tnpa melihat keseluruhan konteks, dan kenyataan tok guru diputarbelitkan untuk kepentingan munafikin-munafikin tertentu. sedarlah saudara seagama sebangsaku, marilah kita ke pangkal jalan, usah biarkan sejarah todak berulang kerana kezaliman pemimpin pada waktu itu membunuh seorang ahli ulamak yg tidak berdosa, sama2lah kita kembalikan kedamaian berpaksikan ajaran islam. kita harus ingat semasa Nabi Muhammad s.aw mula2 melancarkan gerakan dakwah, baginda disuruh oleh Allah s.w.t untuk berdakwah secara sembunyi atau senyap2, ini kerana Allah yg maha bijaksana maha mengetahui bahawa ini merupakan strategi dakwah yg paling berkesan untuk menjamin keselamatan mereka yg baru memeluk agama islam. mereka yg telahpun menganut islam disuruh untuk merahsiakan keislaman mereka kerana bimbang akan menjadi sasaran musuh kerana jumlah islam pada waktu itu amat sedikit. setelah islam smakin berkembang barulah dakwah secara terang-terangan dilakukan.jadi pada pendapat saya, langsung tidak menjadi satu masalah sekiranya saudara2 baru memilih untuk merahsiakan keislaman mereka atas apa jua faktor sekalipun sama ada bimbang nyawa mereka terancam atau mahu menjaga hubungan baik dgn keluarga yg belum mendapat hidayah. saya faham kenapa pak lah mahukan saudara2 baru mengisytiharkan keislaman, salah satu sebab jika mereka tidak mengistytiharkan kesilaman, ia akan mendatangkan pelbagai isu di kemudian hari, contohnya isu tuntutan mayat terhadap seorang warga india yg pernah menarik perhatian kita suatu ketika dahulu. walau bagaimanapun kita harus tahu, apakah priority kita? bagi saya, mereka terbuka hati untuk masuk islam pun dah satu rahmat, jgn disebabkan mereka takut untuk mengisytiharkan keislaman, mereka terus tak jadi masuk islam, sy sekali lagi berdiri teguh di belakang to guru, tak perlulah saudara2 baru dipaksa-paksa untuk mengisytiharkan keislaman jika mereka belum bersedia dr segi mental dan fizikal kerana ini bercanggah dgn islam yg secara yg secara fitrah lahir tnpa apa2 paksaan.

Kes Hafizul: Peringatan dan pengajaran