KRISIS yang berlaku antara kerajaan negeri dengan istana mula merebak dari sebuah negeri ke sebuah negeri. Masalah ini harus dipandang serius oleh Perdana Menteri kerana ia tidak sepatutnya berlaku, lebih lagi Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan.
Kemelut yang berpanjangan antara kedua pihak secara tidak langsung memberi kesan kepada sistem pentadbiran sesebuah kerajaan negeri kerana pentadbirnya tentu tidak dapat memberi tumpuan kepada pemerintahan yang dikatakan ada campur tangan istana.
Justeru, tidak mustahil dengan penglibatan istana dalam kancah pergaduhan dengan kerajaan negeri menyebabkan institusi raja dipandang rendah oleh kebanyakan pihak terutama rakyat.
Menyedari hakikat itu, pada tahun 1980, Sultan Azlan Shah yang ketika itu Ketua Hakim Negara telah mengingatkan bahawa 'mahkota' akan hanya mendapat tempat di muzium kalau institusi raja terkandas dalam menjalankan tugasnya yang sebenar.
Ketika melunaskan pendapatnya dalam titah ucapan di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, baginda telah menzahirkan rasa bimbang dengan keadaan yang berlaku sekarang, di mana hubungan antara istana dengan kerajaan mula renggang.
Pada pertengahan tahun 1990-an, putera baginda yang juga Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah, turut menekankan dalam nada yang seakan-akan sama dengan ayahndanya.
Titah baginda, bahawa banyak berlaku dalam sejarah, institusi raja tumpas apabila ia tidak direstui oleh rakyat. Dalam senario tindakan rakyat, tidak ada yang lebih penting daripada melakukan pemilihan wakil rakyat dan kerajaan rakyat dalam pilihan raya.
Walaupun Sultan Azlan Shah dan puteranya, Raja Dr. Nazrin Shah meluahkan kebimbangan itu, tetapi masih ada pihak istana di sesebuah negeri tidak mengambil berat perkara berkenaan menyebabkan krisis dan kemelut yang berlaku mendapat liputan meluas media tempatan dan luar negara.
Contoh agak ketara penglibatan atau campur tangan pihak istana dalam politik dan pentadbiran negeri ialah selepas Pilihan Raya Umum ke-12 pada 8 Mac lalu.
Campur tangan sultan di tiga negeri iaitu Perlis, Perak dan Terengganu dalam pelantikan Menteri jelas memperlihatkan penglibatan secara langsung institusi raja dalam pentadbiran kerajaan negeri. Hal ini tidak seharusnya berlaku kerana Raja atau Sultan hanya perlu merestui pemimpin pilihan raya dan watikah pelantikan daripada Perdana Menteri.
Adalah tidak wajar Sultan Perlis menafikan watikah pelantikan Menteri Besar di negeri itu sebagaimana yang dikehendaki oleh Perdana Menteri. Dalam watikah itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi merestui Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai Menteri Besar, tetapi sebaliknya pula berlaku apabila Sultan Perlis mengisytiharkan Datuk Mohd Isa Sabu sebagai Menteri Besar.
Ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pelbagai pihak iaitu yang paling ketara ialah Shahidan. Beliau berasakan tercabar kerana gagal menduduki kerusi menteri besar sebagaimana lazimnya.
Beliau mendapat restu Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, tetapi pada masa sama dinafikan oleh pihak istana Perlis.
Senario itu menyebabkan pemerhati sependapat menyatakan bahawa, "Inilah aktiviti kemuncak dalam amalan demokrasi. Apabila rakyat telah membuat pilihan, maka pilihan itulah yang menjadi restu rakyat. Tidak ada pihak sewajarnya menafikan restu mereka.
"Memandangkan institusi raja di Malaysia kini diasaskan pada institusi Raja Berperlembagaan seperti yang diamalkan di Wesminster, London, maka apa yang berlaku kepada institusi ini di United Kingdom (UK) adalah amat relevan untuk dihayati," katanya.
Persoalannya sudahkah Raja atau Sultan di negeri ini menghayati institusi raja sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Negeri? Ke mana perginya penasihat-penasihat bijaksana yang bertanggungjawab memberi nasihat kepada Raja dan Sultan mengenai fungsinya?
Dalam sejarah Raja Berperlembagaan di UK, tidak pernah berlaku sebarang pelantikan yang dibuat oleh parti yang menang dalam pilihan raya dinafikan oleh raja, baik bergelar king mahupun queen. Raja Berperlembagaan di UK telah banyak melalui pengalaman yang luas dalam sejarah.
Antara episod terpenting dalam sejarah institusi raja UK berlaku pada tahun 1587 apabila Queen Mary dihukum pancung dan tahun 1649 apabila Oliver Cromwell menjadi Lord Protector setelah King Charles I juga mengalami nasib yang sama.
Sepatutnya pihak istana mengambil iktibar daripada apa yang berlaku terutama terhadap institusi raja di luar negara seperti UK. Telah jelas lagi nyata, raja di UK tidak pernah walau sekali pun mahu campur tangan dalam urusan pelantikan ketua pentadbir.
Malah menurut pengarang buku British Royalty, Richard Buskin, sebab utama pemberontakan Cromwell yang disokong oleh 15,000 soldadu ialah semaraknya kemarahan rakyat akibat keengganan King Charles I mengadakan persidangan Parlimen kerana bimbang akan terjejasnya kuasa.
Di UK, peruntukan mengatakan raja berhak melantik Perdana Menteri, sebagai contoh. Namun hak itu bergantung kepada parti politik yang menang dalam pilihan raya. Di sinilah letaknya ‘semantics’ (atau ‘pemerian’) bahawa Perdana Menteri hendaklah terdiri daripada ahli (Parlimen atau badan perundangan yang serupa) yang mendapat keyakinan ‘majoriti’ ahli-ahli Parlimen atau badan demikian.
Di peringkat negeri di Malaysia, istilah ‘Perdana Menteri’ dalam ungkapan di atas boleh digantikan dengan ‘Menteri Besar’ atau ‘Ketua Menteri’.
Pada realiti amalan politik, ketua parti relevan yang menang dalam pilihan raya berhak menamakan siapa menjadi Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri. Menghayati dan menghormati segalanya itu membuatkan ‘constitutional monarchies’ di Jepun dan beberapa buah negara di Eropah itu menjadi begitu stabil dan amat tinggi estemnya.
Raja Berperlembagaan di Malaysia tentunya mampu selaras kalaupun tidak melebihi daripada itu. Kerajaan negeri harus menjaga adat istiadat, kesopanan istana pada setiap masa serta mempertahankannya daripada dicemari.
Ia adalah bagi menjalinkan hubungan yang baik antara raja dan kerajaan. ‘Menteri Besar hendaklah dapat menjadi jambatan penghubung yang berkesan, menghubungkan rakyat dengan rakyat dan rakyat dengan raja.
Keharmonian hubungan raja dengan kerajaan adalah salah satu prasyarat untuk menjamin kestabilan sesebuah kerajaan dan kemakmuran sesebuah negeri.
Dalam pada itu, raja dan istana adalah pelindung kepada adat dan kebesaran kerajaan yang sejarahnya di bumi ini bertunjangkan kerajaan Melayu. Institusi raja yang merupakan sebahagian daripada sejarah dan sistem berkerajaan di bumi Melayu kekal relevan dan memenuhi peranan secara berkesan sepanjang masa dari zaman kolonial Inggeris membawa kepada era pascamerdeka yang memilih sistem kerajaan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.
Dalam setiap fasa waktu, institusi raja terus kekal, berupaya melakukan pengubahsuaian dari segi peranan dan pendekatan, berfungsi sebagai payung negeri tempat rakyat dapat bernaung, merupakan sumber keadilan, mengurniakan keampunan, menawarkan keistimewaan, tonggak keutuhan, gerbang kebebasan dan payung kehormatan. ‘Berdamping eratlah dan serapat yang mungkin dengan rakyat dan berperananlah sebagai jambatan penghubung antara rakyat dan istana.
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Istana Negara sudah menjelaskan tidak terlibat apatah lagi memperkenankan tindakan perhimpunan haram di depan Istana Negara.
Kemudian, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pula yakin Yang di-Pertuan Agong difitnah. Perkembangan politik yang dibawa oleh pemimpin parti-parti pembangkang sekarang nampaknya menjurus untuk melibatkan institusi raja dalam politik negara.
Mereka barangkali percaya dengan melibatkan Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana sultan, perjalanan politik mereka akan lebih mudah.
Dengan mengaitkan institusi raja kononnya berkenan untuk menerima memorandum mereka, pembangkang akan menggunakannya bagi meyakinkan rakyat bahawa institusi raja turut menyokong mereka.
Jika perhimpunan haram itu tidak dihalang, mereka akan gunakan peristiwa itu untuk mengadakan perhimpunan lain pula. Dengan menggunakan Istana Negara untuk memburuk-buruk kepimpinan kerajaan Barisan Nasional dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah suatu tindakan tidak betul.
Pendekatan meniru corak politik negara jiran yang mengguna ‘kuasa rakyat’ untuk menjatuhkan kerajaan sebenarnya tidak sesuai di negara kita. Misalnya apa yang berlaku dalam politik Thailand yang melibatkan rajanya, tidak sesuai berlaku di negara kita.
Apakah masalah politik Thailand sama dengan Malaysia, hinggakan pembangkang mahu menggerakkan perhimpunan rakyat dengan memakai baju kuning seperti di Bangkok. Kita rasa bangga apabila institusi raja yang menjadi payung negara tidak terperangkap dengan taktik politik pembangkang, sebaliknya berdiri teguh menyokong kepimpinan sekarang yang meneruskan tradisi membela rakyat.
Dalam sistem pemerintahan negara kita, ia terbahagi kepada tiga iaitu institusi Raja Berperlembagaan, Eksekutif dan Kehakiman yang mempunyai bidang kuasa masing-masing. Jadi, sebarang masalah politik harus diselesaikan melalui cara politik dan bukan melibatkan pihak istana.
Pilihan raya umum adalah saluran yang betul untuk parti-parti politik mendapatkan kerusi di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri. Pada hari pengundian, biar rakyat yang menentukan siapa yang mereka pilih untuk menjadi pemimpin.
Sebenarnya sudah banyak tuntutan pihak pembangkang telah dilaksanakan oleh SPR. Jika perjalanan pilihan raya tidak bersih, bagaimana pembangkang boleh menawan negeri Kelantan hingga sekarang? Ingat, apa yang berlaku di negara orang tidak semestinya elok untuk negara ini.
Jangan sekali-kali kita biar institusi raja dicemari dengan tindak-tanduk pihak yang sentiasa tidak puas hati dengan kerajaan. Jangan biar pihak istana dipandang rendah. Oleh itu, institusi raja jangan dikacau, apatah lagi melibatkannya dalam kancah politik.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
3 ulasan:
saudara, jgn lihat sesuatu di bahagian surface sahaja, itu tak cukup, byk kenyataan saudara yg terlalu pro government, sbg seorg blogger, saudara mesti lebih kritis, bersikap ‘analytic’ terhadp kedua2 mklumat pro kerajaan dan pembangkang dan mnceduk lebih byk sumber dr kedua2nya, jgn sempitkn minda pada satu sumber shj kerana pengunjung blog mahukan sumber dr blogger yg mmpu mmberikan mklumat yg lebih telus dan ‘reliable’. Itulah peranan bloggers- mmberikan mklumat yg tepat. Kalau nk tipu punya maklumat, kena cr zainudin maidin.
Respon sy terhadap artikel saudara, secara ringkas ya,
1. benarkh sultan mizan berdiri di belakang kerajaan spt yg saudara canang2kn dlm blog? Ini mesti gara2 terlalu tepu dgn maklumat tv dan media propaganda kerajaan ni. bukankah sultan mizan yg menyatakan psetujuan baginda untuk menerima memorandum dr bersih. tak faham2 lagi ke bila sultan dh setuju itu tndanya dia dh hint dia pro sama pembangkanglah. saudara manzaidiamn kena byk lagi belajar. Kalau nk tau, itu sultan mizan, haji hadi punya anak murid. Sbb tu bini dia pakai tudung. Itu haji hadi mintak sultan mizan dakwah sama bini dia. Itu sultan mizan dan haji hadi lebih rapat dr belangkas.
2. benarkh pilihnraya kali ini benar2 bersih? Ini lucu punya cerita tau. di terengganu, polis yg mahu larikan peti undi dgn motor di kejar oleh rakyat. Ini kejar2, budak2 punya kerja.. di rembau , sebelum keputusan pilihanraya lagi, semua sudah tahu khairy akan menang. senarai daftar pengundi menyaksikan ramai org mati hidup balik pada hari mengundi. ni mesti byk roh tak tenteram
3. Lagi tentang spr. Dlm artikel saudarakan katakan spr bersih sbb tu pas di kelantan menang? benarke? Jgnlah kata sbb spr bersih pas menang di kelantan. Tidak! Tidak! Kalau spr benar2 bersih, bukan sahaja di kelantan, malah kerajaan rakyat akan menang di terengganu dan jugak negeri2 lain. dulu rashid setuju dgn cadangan penggunaan dakwat kekal dr india tetapi tiba2, tak hujan, tak ribut, cadangan itu ditolak. ini apa kes? ini mesti nak bawak byk pengundi hantu masuk. Bila dh ramai hantu masuk, senanglah itu temberang punya parti nak menang. Di kelantan, spr tak berani main2. sbb tu di kel pas menang besar tp bukan sbb ketelusan spr. ( Tau ke spr tak telus? Tipulah x tau. Hehhee. Ni mesti nk temberang sama saya nih.)
Lihat perjumpaan yg diadakan oleh tok guru dgn anak2 kelantan d kl, yg diadakn di hotel nikko ke di concorde (sy tak begitu pasti). bndingkan dgn perjumpaan yg diadakan oleh pk lah bersama anak2 kel di kl, perjumpaan dgn tok guru , anak2 kelantan smpai kena duduk di atas kerusi pentas bsama tok guru sbb dewan penuh, yg duduk bersila atas lantai pun ada, tp perjumpaan bersama pak lah lagi ramai anak kelantan, mungkin sbb pak lah tu perdana menteri dan bukan calang2 menteri, lagi ramai anak2 kelantan hadir hingga lebih separuh dewan kosong, masyaallah, ramainya! Anak2 kelantan yg balik mengundi masa pru ke-12, semua undi bulan, kalau pas kalah di kelantan, habis ribut tsunamilah satu malaysia, itu pasal spr tak berani main2 d kelantan. ini negeri, rakyat semua bijak2. dulu, anak kelantan tak balik mengundi. mereka fikir, aku tak mengundi pon takper, mcm mana pun pas tetap menang jugak, tp tengok2 bn hampir menang, anak2 kelantan pon kecut perut, mereka sedar yg mereka kena balik, kali ni tak boleh main2, kata mereka. Jadi mereka pon balik. Bukan sekadar balik untuk mengundi, malah yg dok kempen di internet, youtube, yahoo messenger, d kedai kopi, dok tampal poster, dok gantung bendera, tu semua anak2 kelantan, anak2 kel dr seluruh pelosok negeri. Fulamak, bn dan spr tgk pon gerun. Tambah2 lagilah waktu munajat perdana. Penuh stadium. Bygkn. Sampai ada yg kena sembhyang d luar. Aduh, cuba fikir mcm mana lah pihak spr nk auta kata rakyat tolak pas.
4. ini hari saudara kena mau ingat, kita punya raja, kita punya sultan, bukan boleh main2 lagi, bukan lagi lembu yg dcucuk hidung, bukan lagi boleh dibonekakan pemimpin. dulu bolehla, tugas sultan hanya pergi rasmi majlis, pergi rasmi itu masjid, rasmi itu majlis2 agama yg kasi pemimpin pun, pemimpin tak mau buat.hari ini rakyat sudah tunjuk, rakyat syg sama raja, rakyat sama raja sudah jadi kamceng, mau hapus mana2 parti temberang. raja dan sultan, org melayu ka, org cina ka,org india ka, org dh tak bleh main2 lagi, rakyat sanggup mati kerana raja, raja terjun api, rakyat pun terjun dalam api, lihat program yg dianjurkan oleh mampat di terengganu, 10. 000 hadir sambut keberangkatan sultan mizan, semua org lekat reben kuning di kereta, tak kiralah kereta tu kereta mercedeska , protonka, hondaka atau apa2lah jenis kereta lagi. ini semua tanda sokongan pada sultan, beribu2 tandatangan berjaya dikumpul tanda rakyat sokong sama sultan mizan.
Itu belum munajat rakyat. Masa munajat rakyat, lagi ramailah rakyat, rakyat berduyun2 hadir, semua doakan sultan mizan sbb org2 umno nak buat jahat sama itu sultan. hari ini semua sokong sultan dan semua sokong keputusan sultan.Yg saudara bersungguh2, lebih sudu dr kuah tak bg sultan masuk campur urusan pentadbiran ni apa pasal, ni mesti mau geng sama itu chin peng- chin peng cina dan sama itu umno la ni, ini ka yg agama saudara, agama islam hadhari ajar? Ajar saudara supaya lawan sama sultan yg pandai agama dan yg baik hati. untuk pengetahuan saudara, sultan mizan pernah menyamar jadi rakyat biasa sbgmana yg dilakukn sultan alauddin riayat shah, naik kereta buruk untuk melihat keadaan rakyat jelata. Ada ke pemimpin2 umno buat mcmtu? Kalau ada sebut sorang.
saudara manzaidiamn ini jam jugak mau ingat, sultan no. 1 dlm negara, bru pemimpin2 lain, kalau pemimpin dh buat salah, korup sini, korup sana, rasuah sini, rasuah sana, auta sini, auta sana, sapa nak jadi pnasihat sama raja? itu raja jugaklah kena bangkit sendiri nasihat sama pemimpin2 korup. saudara ada faham? Itu menteri2 besar teruk punya manusia. Sbb tu sultan tak suka. Kepala samseng, rasuah, mcm2 lagi. apa saudara ingat sultan ni patung ka? Mahu lihat ini corruption dan duduk diam2, mkn sedap2 di istana sambil dulit oleh gundik2 cantik dn lawa? Hari ini keadaan berubah dan rakyat mengalu2kan perubahan ini.
Mulai hari ini sy mau isytihar, ini blog kita mesti kasi gam, ini blog, blog propaganda kerajaaan. Susah nak terima. Ini blog dah mcm kena remote control oleh zainudin maidin. Semua org, lebih2 lagi umno dengki sama sultan mizan sbb itu sultan mizan byk hensem, byk pandai agama, rakyat byk sayang.
Ok lah saudara, rumusan terakhir, institusi diraja tak dipndang rendah seperti yg saudara war2kan kerana campur tangan sultan malah rakyat makin hormat. Ini mksudnya sultan pada hari ini prihatin terhadap masalah di negeri masing2. Hari ini selepas pru ke-12, semua org kata, baru hari ini kita nmpk peranan sultan ya!. Mungkin inilah peranan yg diharapkan oleh rakyat. Selama ini rakyat menganggap sultan takder peranan, takder fungsi, ikut saja semua kemahuan perdana menteri walaupun dapat perdana menteri yg korup dan haprak. Ingat, hari ini pas memerintah di perak dan bukannya dap walaupun dap menang lebih byk kerusi, mengapa, sbb perak adalah negeri di bawah kesultanan. Hak keistimewaan melayu terbela dgn adanya sistem kesultanan dan akan lebih terbela jika sultan memainkan peranan lebih dr tugas merasmikan masjid dan majlis2 agama. Kalau tidak, benar kata sultan azlan syah, seperti yg sy petik dlm artikel saudara, mahkota hanya kan mendapat tmpt di muzium jika sultan gagal menjalankan tugasnya yg sebenar. Jadi kita sama2 jadikan institusi diraja satu institusi yg disegani. mulai saat dan detik ini, rakyat tidak mahu lagi raja jadi seperti payung tetapi sebagai pembela org melayu. Oleh itu, jgnlah kita org melayu pulak yg ajar org2 cina cara menentang sultan kita sbb kalau kita tak mulakan dulu, ( dengar ni org2 umno) ,org cina takkan berani kerana mereka tahu institusi diraja adalah sesuatu yg paling, paling, paling amat sensitif sejak wujudnya sejarah kemelayuan dan kesultanan dr turun temurun lagi.
Saudara juga ada menyebut, “adalah tidak wajar sultan menafikn watikah pelantikan drp perdana menteri”. Saudara, sejak pasca merdeka, cuba saudara kira, berapa kali sultan bertindak menafikan watikah pelantikan? Mengapa hari ini sultan bertindak sehingga sedemikian rupa. Tentu ada sebab2 yg relevan yg juga bersangkut paut dgn gelombang rakyat yg hebat yg mmerlukan campur tangan sultan. Ingat, spt yg sebutkan tadi, jika mahu hak2 keistimewaan melayu terbela, sultan patut bertindak lebih dr tugas mersmikn majlis dan masjid. Jika sultan rasa menteri besar yg dilantik oleh pm tak mmpu memikul tjawab, sultan sewajarnya mmpunyai hak untuk menafikan watikah tersebut. Jika jawapan saudara, ini salah dr segi perlembagaan dan sebagaimana yg saudara tanya dalam artikel, “ke mana perginya penasihat2 bijaksana yg bertjwb mberi nasihat kpd raja dan sultan mngenai fungsinya, maka jawapan saya “ entahla saudara, mereka sibuk merompak harta rakyat, terlibat dgn rasuah, politik wang dan mcm2 lagi”. sekiranya saudara ulang soalan yg sama sepertimana dalam artikel saudara tetapi kali ini dgn suara yg lebih lantang, “ini tetap salah dan bercanggah dgn fungsi raja dan sultan sebagaimana yg termaktub dlm perlembagaan, di manakah perginya penasihat2 yg bijaksana?” Maka jawapan saya untuk kali kedua, “kalau tindakan raja pada hari ini salah dr segi perlembagaan dan fungsi diraja, kita ubah perlembagaan, kembalikan kuasa sultan2 melayu supaya apa yg dilakukan olh sultan tak bercanggah dgn perlembagaan .”
Saudara juga nampaknya begitu prihatin dgn perasaan bekas pemimpin umno, shahidan kassim. Menurut saudara, shahidan rasa tercabar kerana gagal menduduki kerusi menteri besar sbg mana lazimnya walaupun beliau mndapat restu pm dan timb. Pm. Tentang itu saudara tak perlulah bimbang. Sekejap je tu. biasalah. Org dh biasa duduk kerusi mb, tiba2 kena reject, saper2 pun tercabar. Kalau tanya shahrizat pun, dia akan kata bnda yg sama. Tapi tak perlulah risau sgt, lama2 ok lah tu. Apalah saudara ni, syg sgt org2 umno sampai tak boleh terguris sikit. Saudara hanya nmpak agenda2 kecil sedangkan agenda yg menanti kita lebih besar melibatkan hak2 keistimewaan melayu dan memartabatkan kembali institusi diraja.Satu lagi, sy tak faham, kenapalah kerajaan terlalu mmperbesarkan isu pelantikan pemimpin. Sampai mahu berperang dgn sultan semata2 nk naikkan ahli yg mereka lantik sdgkn sultan bukannya lantik calon dr parti yg kalah pun. ni semua sebb ego atau menteri2 ada segenggam janji dgn mb2 yg pernah dilantik atau ada rahsia yg tak boleh kasi pecah.
Dan lagi saudara, saudara tak boleh samakan malaysia dgn uk. Uk tu negara yg amalkan sistem demokrasi. Di uk atau di mana2 negara2 maju yg lain, demokrasi adalah demokrasi, bukan demokrasi seperti di malaysia, suara rakyat didengar sehingga rakyat yg tak mmpunyai apa2 jawatan juga dibawa masuk ke parlimen untuk berbincang ttg masalh yg mereka hadapi. Org boleh berhimpun ramai2 sambil bawa sepanduk. Itu tak jadi kesalahan. Tak boleh tangkap masuk ISA. Jd kenapa nak samakan malaysia dgn uk? Apatahlagi jepun. Di jepun boleh dikatakan more or less no corruption. Ini yg menyebabkn constitutional monarchies di jepun dan beberapa buah negara di eropah begitu stabil, bukan kerana tiada penglibatan raja seperti yg saudara sebutkan dalam artikel. Anda boleh refer sendiri.
Sy fikir kita harus ubh trend, kalau mahu betul2 ikut uk, atau ikut jepun atau mana2 negara eropah. Kalau tak boleh nk ubah trend, tak boleh amalkn demokrasi seperti di uk dan negara2 lain, tak perlu nk samakan malaysia dgn uk, thailand atau mana2 negara lain sbb setiap negara ada masalahnya sendiri dan masalah yg berlainan memerlukan pendekatan yg berlainan. Sama jugak dgn penyakit. Kalau sakit tibi, ubatnya mesti tibi. Bila sampai satu tahap di mana pendekatan melalui pilihanraya tak dapat mngubah masalah, rakyat akan ambil pendekatan sendiri dan jgn salahkan rakyat atau berani menuding jari kepada institusi diraja. Malah berpilihan raya pun dh jadi satu masalah pada hari ini kerana berlaku terlalu byk penipuan dr pengundi hantu hinggalah kepada ketidaktelusan spr dan wakil2 rakyat sendiri yg korup dan mengamalkan rasuah.
Malah sehingga ke hari ini, tiada pihak yg mmpu mmberikan jawapan yg bernas mengapa perhimpunan bersih yg mmbawa mesej mahukan pilihanraya bersih diharamkan? Zainudin maidin yg telah ditemuramah oleh stesen al-jazeera telah mmberikan komen yg cukup2 memalukan apabila ditanya tentang perhimpunan bersih sehingga akhir sekali beliau dgn tidak profesionalnya memarahi wartawan al-jazeera. Ini merupakan sesuatu yg tak pernah berlaku dlm mana2 sejarah dunia di mana org yg ditemuramah memarahi org yg menemuramah setelah bersetuju untuk menjawab soalan. Lihatlah betapa jakunnya menteri kita. Malu, malu nak mengaku rakyat malaysia kalau org tanya, hanya Tuhanlah yg tau. Korang patut tgk cara zainudin speaking dan cara dia jawab soalan.
Biarlah sy tolong jawab bg pihak zainudin maidin. “perhimpunan bersih tak salah puan, malah ianya tak menggangu pelabur asing seperti yg didakwa olh zainudin maidin, ini diakui sendiri oleh rafidah aziz di mana negara2 maju juga melakukan demonstrasi yg sama untuk menyuarakan pendapat ( rafidah taulah sbb dia tu kaki pergi eropah, kalau dia kata ya, ianya menganggu pelaburan asing, nmpak sgtlah dia ni bodoh mcm zainudin). Jadi apa dosanya perhimpunan bersih? Maaflah mmbosankan anda dgn pertanyaan yg sama kerana sy tau ramai yg akan jawab “ya, mmg tak berdosa pun, saper kata berdosa, kalau berdosa takder lah muka saya masuk tv hari tuh, siap pakai baju kuning lagi” ya, sy tau rakyat malaysia semua dh makin bijak, sebijik mcm org kelantan, yg sekerat dua lagi tu biarlah, otak manusia ni mana nak sama.
Terakhir, dlm artikel saudara menyatakan yg dipertuan agung tidak mmperkenankan perhimpunan haram. Ini semua wayanglah saudara tp tak salahkan sultan kalau bg jawapan mcm ni sekalipun. Ini semua kerana tekanan bn. Anda perlu tahu, sultan mizan patutnya dh lama jadi sultan tp baru jadi kerana dia tu anak murid haji hadi. Kalau tak, manakan dia bersetuju nk terima memorandum dr bersih. Fikir2kan. Mata kdg2 mmpu menipu tetapi akal tidak akan menipu kalau diajak berfikir tetapi “selamanya kita mematikan akal kerana akal mmbijaksanakan manusia dan yg bijaksana tak perlu hidup seperti layaknya si budak dibunuh kerana kebijaksanaannya yg mengancam. Ah, sejarah todak kerap sgt berulang.” Petikan sajak dr aksara merdeka.( lebih kurang jer ni, tak ingat sgt, nnti penulis sajak asal bengang pulak) Fikir2knlah maksud tersirat sajak ini.
Jumpa lagi. :)
sya rase persepsi2008 lah yang mlhirkn pndapat dgn mmandg sblah pkah sahaja.
smoga lbih terbuka.
yg bnar ttp bnar
yg slh ttp slh
tp yg bnar x sntiasa bnar
yg slh x sntiasa slh..
Catat Ulasan