Sabtu, 23 Ogos 2008

Dia kacau bini saya, dia nak saman saya...

Bagi mereka yang kurang tahu sejarah... Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sekarang, Datuk Hamzah Zainuddin (dalam gambar, kiri) adalah kawan rapat Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau Timbalan Perdana Menteri dahulu.

Bagaimanapun hari ini, Penasihat PKR itu memberi tempoh 48 jam kepada Hamzah yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO supaya memohon maaf kepadanya jika tidak surat saman RM10 juta akan sampai.

Ini adalah gara-gara kenyataan Hamzah yang disiarkan dalam sebuah akhbar berbahasa Cina, Kwong Wah Jit Poh yang mendakwa Anwar pernah cuba ‘ganggu’ isterinya pada tahun 1998 walaupun mereka merupakan sahabat baik ketika itu.

Kerana itu, beliau juga dipetik sebagai meminta pengundi di Permatang Pauh agar tidak memilih Anwar.

Anwar menghantar surat tuntutan mohon maaf itu menerusi peguamnya Sankara Nair.

Apakah reaksi Hamzah ketika tempoh 48 jam itu makin hampir tamat.

Ketika dihubungi Agendadaily petang Khamis lalu, beliau dengan nada bersahaja mencabar Anwar samannya.

“Biar dia (Anwar) tunggu 48 jam... kita tengok selepas 48 jam apa dia nak buat. Pasal apa saya nak minta maaf... dia yang buat perangai.

“Kalau dia nak saman saya, bawalah kes ini ke mahkamah, di sana nanti saya akan kemukakan semua bukti... kita ada pita rakaman dan saksi. Saya tidak takut apa pun,” kata Hamzah.

“Lawan tetap lawan,” katanya sambil mempertahankan dakwaannya bahawa insiden ‘kacau bini’ itu memang benar-benar berlaku.

Tiada ulasan: