Ahad, 24 Ogos 2008

Kesian Manzaidi

Assalamualaikum...
Petang ini, sebaik selesai makan petang, saya dimaklumkan oleh Pengarang saya mengenai ada satu artikel yang mengkritik dan memperlekehkan saya berhubung pandangan saya dalam ruangan Sekilas Pandangan, juga siaran hari ini. Setelah membaca komen pihak berkenaan, saya rasa tidak bersalah pun dengan artikel saya itu. Sebab itu adalah pandangan peribadi saya berhubung sumpah Mohd Saiful dan DS Najib Tun Razak.

Untuk mengetahui lebih lanjut apa yang pihak berkenaan komen mengenai saya, saya melayari laman blognya dan memang cukup panas komennya itu. Apapun, saya hanya mampu tersenyum. Saya sudah membuat keputusan untuk tidak membalas balik komennya itu kerana saya dapati dia bukan orang berkecuali. Dia adalah penyokong kuat sebuah parti politik dan seratus peratus artikelnya adalah berpihak kepada satu pihak.

Bagi saya, untuk apa saya hendak melayan orang yang hanya mahu memuji diri sendiri? Orang yang syok sendiri? Dan orang yang angkat bakul, masuk sendiri. Orang jenis ini, walaupun kita berbuat baik sekali pun, mereka tidak akan nampak. Mereka hanya nampak kuman di seberang laut, sedangkan gajah depan mata tidak nampak.

Berikut saya lampirkan komen beliau dan alamat blogspotnya untuk penilaian tetamu. selepas membacanya, silalah komen. Saya terima komen berbentuk positif dan negatif. Saya tidak akan menerima komen yang berpihak kepada saya, sebaliknya biarlah komen itu ikhlas dan tidak condong kepada sesebuah parti politik:- alamat beliau ialah: http://hamirdin.blogspot.com/2008/08/kesian-manzaidi.html

"Sunday, August 24, 2008
KESIAN MANZAIDI
Assalamualaikum,

Apa yang saya kesiankan tentang insan ini ialah ketidak upayaanya membaca suasana politik, dan kalau ini yang terpancar hasil daripada tulisan beliau, sarung semula mata pena adalah lebih cucuk. Dalam ruangannya sekilas pandang, beliau mengeluh, Tidak sumpah salah, sumpah pun salah.

Kalau boleh saya tambah: jadi semua serba salah! Dalam beberapa posting yang lepas, telah saya tuliskan mengenai bengap, secara tak sengaja kita terjumpa di sini spesimen unsur ini yang bertaraf the highest degree.

Beliau menulis: yang menjadi mangsa ialah Mohd.Saiful. Tidak bersumpah dikatakan penakut dan pengecut. Bila bersumpah dituduh berbohong dan ada agenda politik pula. Beliau kini tersepit dalam dunia politik yang dicampuradukkan dengan agama. Inilah bahananya jika ada pihak mempolitikkan agama dan agama dipolitikkan.[Sinar Harian, 24/08/08; ms 6].

Yang perlu beliau ketahui ialah sumpah dan bersumpah tiada dalam penyelesaian kesalahan jenayah syariah. Ada mufti telah secara silap mencadangkan sumpah, atau mubahalah, dan Saipol telah dinasihati (atau dipaksa?) juga secara silap.

Perangkap secara tidak sengaja dibuat, dan dia telah termasuk dalam perangkap tersebut. Sebab itulah Manzaidi mengatakan tentang Saipol: beliau kini tersepit. Kini dia sudah masuk perangkap yang secara bengap dimasukinya, dan telah melafazkan permintaan untuk dilaknat, maka tiada jalan keluar lagi bagi beliau.

Dan obor kebengapan ini terus dijulang dan diarak, semata mata dengan tujuan untuk meraih keuntungan politik. Jadi siapa yang mencampur aduk politik dan agama ? Ada pemimpin negara yang telah pun bersumpah di Permatang Pauh kononya bertujuan untuk membersihkan dirinya daripada sebarang tohmahan dan fitnah.

Tak ada perangkap buat sendiri perangkap. Kemudian masuk dalam perangakap itu. Lepas itu menjerit menjerit untuk mengatakan para ulama tidak memberikan pandangan yang menyokong.

Dan keseronokan bersumpah ini menular pula kepada pemimpin lain. Ada pemimpin politik di Perak yang sedia untuk bersumpah kononya untuk membersihkan dirinya daripada ditohmah merancang plot kotor.

Saya tidak heran kalau nanti seorang pencuri yang sedia bersumpah untuk mengatakan bahawa dia tidak mencuri, dan selepas bersumpah tersebut, dia secara otomatik jadi bersih.

Lepas tu, mencuri lagi, kemudian bersumpah lagi, dan kemudian ulang dan ulang seperti ulangan rakaman sumpah saipol yang diulang tayang di Permatang Pauh.

Oleh kerana manzaidi menggunakan istilah sumpah laknat, kemungkinan ditimpa laknat terhadap yang melakukan sumpah tersebut tetap ada. Kalau tak jadi batu seperti kes Si Tanggang pun, jadi reptelia yang bertukar tukar warna mungkin kot. Apa namanya? sumpah-sumpah?

Tiada ulasan:

Kes Hafizul: Peringatan dan pengajaran