Ahad, 24 Ogos 2008

Sekilas Pandang siaran 24hb Ogos 08

Inilah artikel saya yang mendapat hentaman dan cacian pelbagai pihak. Antaranya saya lampirkan di bawah artikel ini. Selamat membaca.

PETANG Jumaat minggu lalu, seorang anak muda bernama Mohd Saiful Bukhari Azlan telah melafazkan sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Kelmarin pula, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengikut jejak langkah Moha Saiful dengan melafaz sumpah laknat bagi membersihkan namanya yang dikaitkan dengan pembunuhan model Mongolia, Altantuya.

Berbeza dengan anak muda itu, Najib sumpah laknat tanpa memegang kitab suci al-Quran, tetapi tempatnya adalah di sebuah masjid di Bukit Mertajam.

Bagaimanapun, lafaz mereka berdua adalah sama iaitu dengan “Wallahi, Wabillahi, Watallahi.”

Mohd Saiful bersumpah disaksikan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali, beberapa pegawai masjid dan ahli keluarganya, selain wartawan yang hadir untuk membuat liputan.

Dia melakukan sumpah laknat itu untuk membuktikan yang dia telah diliwat oleh bekas majikannya. Wallahualam.

Malangnya, ramai mempersoal dan mempertikaikan cara dia lakukan. Ada yang kata dia bodoh kerana bersumpah, cara dia lakukan macam orang Kristian, lafaznya tidak lancar, sumpahnya tidak sempurna kerana memegang al-Quran dan macam-macam lagi.

Yang menegur ini bukan orang jahil. Mereka adalah cendikiawan agama dan tok guru. Tentunya apa yang mereka tegur itu telah mempengaruhi orang ramai yang jahil.

Tetapi aneh lagi pelik, kenapa seorang yang cendekiawan agama dan bertaraf tok guru mengecam, mengutuk dan mencaci Mohd Saiful yang dalam usaha membersihkan namanya daripada perbuatan terkutuk itu.

Dunia sudah terbalik agaknya. Sepatutnya mereka tampil membantu dan membimbing orang yang dikatakan teraniaya itu, bukan menambahkan lagi beban ke atas orang berkenaan.

Di mana sikap mereka sebagai alim ulama yang diamanahkan Allah SWT sebagai khalifah, memimpin, membimbing dan membawa umat ke jalan yang benar di muka bumi ini?

Kenapa, ketika ada umat menerima seruan Allah, lalu mereka pula mempertikaikannya. Ini adalah perbuatan yang tidak wajar.

Mereka tidak boleh sewenang-wenangnya menuduh orang yang telah bersumpah laknat itu sebagai pembohong dan pendusta.

Bagaimana dengan orang yang tidak mahu bersumpah, tetapi cukup dengan mengatakan dia tidak melakukan? Sudah cukupkah bukti dengan jawapan itu?

Kalau mereka mahukan Mohd Saiful mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaan dia diliwat, mereka juga harus mengemukakan bukti bagi mengukuhkan dakwaan mereka bahawa Mohd Saiful berbohong.

Sebelum Mohd Saiful bersumpah, mereka juga yang mencabar remaja itu supaya bersumpah. Tetapi setelah bersumpah, mereka pula lantang mempertikaikannya.

Ada kalangan Mufti kata cara Mohd Saiful itu betul, tetapi ada pula ulama lain kata tidak betul. Yang kata tidak betul ialah ulama politik.

Teka teki ‘yang mana satu’ ini berterusan tanpa ada jawapan lebih tepat. Kekeliruan ini terus menjadi debat hangat umat Islam di bandar dan di kampung. Mereka berkiblatkan kepada tok guru masing-masing sehingga hukum hakam agama dibincangkan tanpa pembimbing.

Yang menjadi mangsa ialah Mohd Saiful. Tidak bersumpah dikatakan penakut dan pengecut. Bila bersumpah dituduh berbohong dan ada agenda politik pula. Beliau kini tersepit dalam dunia politik yang dicampuradukkan dengan agama. Inilah bahananya jika ada pihak mempolitikkan agama dan agama dipolitikkan.

Tiada ulasan:

Kes Hafizul: Peringatan dan pengajaran