Sabtu, 16 Ogos 2008

Mohd Saiful bersumpah

KUALA LUMPUR - Mohd Saiful Bukhari Azlan semalam (15hb Ogos 2008/Jumaat) melafazkan sumpah di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta pada jam 6.30 petang demi membuktikan dakwaan dirinya diliwat oleh Datuk Seri Anuar Ibrahim.

Beliau berbaju Melayu coklat sambil memegang Al-Quran duduk menghadap kiblat ketika melafazkan sumpah di Dewan Solat Utama Masjid semalam.

“Bismillahirrahmanirrahim, pada hari ini, 15 Ogos 2008, saya Mohd Saiful Bukhari Azlan, nombor Kad Pengenalan 850706-01-5687, dengan ini sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut...

“A'uzubillahi minas syaitanirrajim. Bismillahirrahmanirrahim. Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya.

“Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah SWT dan saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada Allah SWT sehingga ke kiamat. Wallahualam.”

Beliau mengucapkan kalimah syahadah sebanyak tiga kali dan diikuti bacaan Surah Al-Fatihah.

Turut sama menyaksikan lafaz sumpah ialah pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), beberapa pegawai masjid dan ahli keluarganya.

Tiada ulasan: