Rabu, 5 November 2008

Berita gembira untuk saya

Assalamualaikum kepada semua tetamu blog...

Sebelum saya memaparkan artikel mengenai siapa Zaid Ibrahim pada kacamata saya, terlebih dahulu saya hendak memaklumkan kepada tetamu satu berita baik dan gembira untuk saya. Bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Mas, HAJI Ahmad Rosdi Haji Mahmad yang bertanding jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas pada persidangan UMNO Bahagian itu 1 November lalu telah kalah teruk kepada lawannya, sdr Che Johan Che Pa.

HAJI Ahmad Rosdi ini adalah orang politik yang kaya raya. Nilai projek diperolehnya sejak memegang lesen Kontraktor Wibawa ialah lebih daripada RM1 bilion (SATU BILION RINGGIT).

DAN, beliau jugalah antara orang politik yang licik dan telah menganiayai saya dalam kes pembelian rumah sehingga saya menanggung hutang dengan bank dan nama saya telah disenaraihitamkan oleh Citos.

Oleh itu, berita kekalahannya dalam pertandingan itu merupakan berita gembira kepada saya. Saya selalu berdoa kepada Allah Yang Maha Adil agar mengadili kes ini. Dan Allah telah memakbulkan dengan menamatkan karier politik orang bernama HAJI Ahmad Rosdi.

Pada saya, jika dia terus menjadi pemimpin, UMNO Bahagian Pasir Mas akan hancur sebagaimana ahli Pemuda UMNO Bahagian itu berpecah belah di bawah kepimpinannya. Allah Maha Penyayang. Dia menyayangi rakyat Pasir Mas, lantas Dia menghentikan langkah HAJI Ahmad Rosdi.

"Ya Allah..Aku bersyukur kepadaMu. Aku berterima kasih kepadaMu"

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah Tuan Man, doa orang yang teraniaya tepat sebagaimana terlepasnya mata panah itu daripada busurnya pada waktu malam. Allah s.w.t maha adil. Dan kifarat tuhan telah direalisasikan dalam bentuk tersebut. Semuga Tuan Man akan lebih bertenaga dan berkeyakinan lagi di dalam menghadapi tugas dan tanggung jawab.

Tanpa Nama berkata...

doa orang teraniaya seringkali dimakbulkan Allah, namun demikian janganlah berdendam kerana dendam akan merosak diri..