Khamis, 26 Februari 2009

Kereta Lembu

HARAKAHDAILY.NET semalam melaporkan, tiada bantahan menggunakan kereta peribadi... lembu korban sebagai usaha kebajikan.
Demikian kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung titah pendirian Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kepadanya.
Menurutnya, baginda Sultan Selangor tidak mempunyai halangan dan membantah penggunaan kenderaan peribadi sebagai kenderaan rasmi asalkan segala prosedur undang-undang dipatuhi.
"Tuanku Sultan Selangor telah menyatakan pendirian untuk tidak membantah penggunaan kereta peribadi sebagai kenderaan rasmi jika semua prosedur dipatuhi.
"Berkenaan isu derma lembu korban pula, Tuanku Sultan tiadk ada apa-apa halangan terhadap usaha sedekah, malah menggalakkan segala usaha kebajikan ini diteruskan dan dipanjangkan kepada kawasan Kuala Lumpur termasuk Bandar Tun Razak," kata Khalid dalam kenyataannya lewat malam tadi.

Komen MZ: Memang Sultan tak marah atau halang MB nak guna kereta peribadi ke pejabat, tetapi persoalannya, sebelum ni MB didakwa mengakui ada guna wang kerajaan untuk selenggara kereta itu.
Sesiapa pun, termasuk saya, kalau boleh guna duit kerajaan - dengan kuasa yang ada - untuk urusan penyelenggaraan, saya nak sangat-sangat la. Tentulah duit gaji tak terusik.
Bukan sikit duit diperlukan untuk biayai kereta mewah ni. Mau sekali service dekat RM1,000 lebih-lebih. Tu baru nak service, tukar minyak hitam, penapis minyak, penapis angin dan check itu chcek ini.
Belum lagi baiki enjin kalau rosak, tukar plug kalau enjin tak hidup, tukar bateri kalau kuasa dah kurang. Mau dekat RM2,000 ke RM3,000.
Fuhh..sebulan gaji saya tu dihabiskan untuk kos selenggara sebuah kereta mewah. Tak makan, tak minum la saya. Tak boleh datingla... tak boleh tengok wayang, tak boleh window shooping kat ole-ole, alam mega mall la.
Untuk kereta mewah saja dah habis banyak setiap bulan. Sebab itu, kalau guna duit kerajaan, sesiapa pun nak pakai kereta mewah. Bukan sebiji... 10 biji pun saya mampu.
Begitu juga dengan lembu. Soal nak sedekah tu okla. Dapat pahala. Siapa tak nak pahala? Kalau tanya anak saya yang Tahun Dua pun dia kata dia nak pahala.
Tapi persoalannya, kenapa lembu yang diberi sedekah tu harganya sampai RM2,400 lebih. Lembu apa yang mahal sangat tu?
Kat kampung saya, paling bodoh pun harga RM1,000. Paling cerdik mau la dalam RM1,600 ke RM1,800 seekor. Tu pun kira dah besar, sihat dan dagingnya banyak lagi mantap.
Kalau sekadar lembu yang disedekahkan tak besar, kursus, nampak tulang punggung, dibeli sampai lebih RM2,400... dah ada benda lainlah tu... Harga tu kalau kat Kelantan boleh beli sekor kerbau.
Jadi, kalau nak guna kereta mewah dan sedekah lembu...kalau guna jalan yang betul, sesiapapun tak marah. Bukan saja tuanku... Islam pun tak larang. Malah menggalakkan umatnya beramal ibadah.
Tapi, yang musykilnya... semuanya tu guna duit kerajaan. Duit rakyat. Ada faham kaa...

Di mana keadilan...


























Diana Danielle Danny Beeson vs Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi

12 Januari 2009
Kes 1

Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi dari Kampung Titi Serong, Jalan Kuala Perlis adalah merupakan pemuda pertama yang didapati bersalah kerana gagal menghadiri PLKN pada 11 Mei 2005. Beliau didakwa dengan sengaja mengingkari notis bertarikh 9 Julai 2004 yang memintanya melaporkan diri di Kem Dusun Resort, Kuala Nerang, Kedah.
Ahmad Hafizal yang merupakan seorang daripada empat beradik kepada seorang ibu tunggal telah berhenti persekolahan selepas tamat pelajaran tingkatan dua di SMK Syed Alwi di Kayang. Dia yang bekerja mengambil upah membuat bendang secara harian untuk menanggung ibu dan dua adiknya, memilih untuk menjalani hukuman penjara. Abangnya pula (21 tahun) dilaporkan berada di Melaka mencari pekerjaan dan dua adiknya berusia 16 dan 15 tahun.
Ahmad Hafizal dilaporkan oleh akhbar The Star sebagai meminjam RM7 daripada ibunya untuk menghadiri kesnya di mahkamah. Majistret Wan Norzanuar Wan Ahmad menjatuhkan hukuman penjara 14 hari atau RM600 ke atas Ahmad Harizal selepas dia gagal membayar denda berjumlah RM600. Ahmad Harizal yang kesempitan wang telah memilih untuk menjalani hukuman penjara 14 hari.

Kes 2
Pelakon Diana Danielle Danny Beeson, 17, tidak akan mendaftar menyertai PLKN. Pelakon itu membuat rayuan supaya diberi kelonggaran untuk menangguhkan penyertaannya dalam program itu yang sepatutnya bermula hari ini selama tiga bulan.
Penangguhan itu dibuat kononnya kerana Diana terikat dengan kontrak penggambaran sebuah filem berjudul Kecoh Betul. Menurut pengarah filem itu, Baldev Singh, syarikat produksi White Merpati Entertainment yang menerbitkan filem berkenaan telah berurusan dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dalam mendapatkan kelonggaran bagi pihak Diana..
Permohonan itu dibuat minggu lepas setelah Diana terikat dengan perjanjian penggambaran filem arahannya dari 22 Disember sehingga 22 Januari depan. Alasan penangguhan Diana itu tiada langsung dalam peraturan PLKN.

Sabtu, 21 Februari 2009

Cerita benar

SEMALAM, selepas habis kerja. Dalam sekitar jam 11.30 malam MZ singgah di kedai makan berhampiran rumah.

Seperti biasa, apabila singgah di kedai Kelate tu, MZ oder mihun kungfu dan jus tembikai panas. Sambil tunggu makanan dan minuman tu siap, MZ tengok-tengok talipon bimbit, kot-kot ada missed call atau SMS yang tak terjawab atau terbalas.

Selang 10 minit kemudian, pekerja kedai bawa sepinggan mihun kungfu dan segelas jus tembikai panas. MZ dapat rasakan, mihun kungfu tu bukan Husin yang masak. Mungkin tukang masak baru barang kali. Sebab tengok pada warna dan bau masakan tu pun MZ dah tau. "Ni mesti tak sedap," getus hati MZ.

Tiba-tiba saja MZ hilang mood. Timbul dalam hati tak mahu datang lagi ke kedai tu. Sepatutnya sebagai regular costumer, Husin kena pastikan mihun kungfu yang MZ mintak tu, dia yang masak, bukan serah pada budak lain.

Dalam merajuk marah-marahkan Husin (marah dalam hati), tiba-tiba datang dua mamat separuh abad memberi salam. Sebagai orang Islam, MZ jawab salam mereka dan sambut tangan mereka yang nak berjabat tu.

MZ langsung tak pelawa mamat tu duduk, sebab MZ tak kenal. Lagipun banyak lagi meja kosong di setiap ruang kedai itu. Pergilah duduk kat mana-mana satu meja yang ada. Kenapa perlu duduk bersama MZ.

Dua mamat yang kedua-duanya memakai serban dan berjanggut tu masih lagi berdiri depan MZ. Mungkin mengharapkan MZ pelawanya duduk. Ahh!! MZ peduli apa. MZ tak kenal mereka pun. Lagipun di KL ni mana boleh percaya sangat. Semuanya nak makan free. Itulah sangkaan MZ.

MZ sedut jus tembikai panas. Mihun kungfu dah dibawa masuk ke dapur oleh pekerja kedai sebab MZ tak nak makan dan tak nak tengok masakan tu. Makanan yang tak menepati citarasa MZ, akan dihantar balik. Itu perangai MZ. Tapi di kedai Kelate ni jer yang MZ tunjuk agah atau meto (ego), kedai lain tak bolehlah sebab MZ tak kenal.

Yalah, mana tak frustnya... masa di pejabat lagi MZ bayangkan nak hirup kuah mihun kungfu yang pekat dan sedap dan nak ratah udang harimau yang Husin masak. Tapi dua-duanya tak jadi kenyataan.

Mamat dua orang tu memulakan bicara (dia duduk di meja MZ tanpa kerelaan MZ). Dan seorang darinya bertanya; "Adik ni orang surat khabar ke?"

MZ terkejut beruk. Dalam hati MZ tertanya-tanya; "Eh... dari mana mamat ni tau aku kerja dengan surat khabar?"

Mamat 1: Adik kerja dengan Sinar Harian ke?

MZ: Ermm... (sambil sedut jus tembikai yang dah suam).

Mamat 1: Pakcik tengok lambang Sinar Harian pada baju yang adik pakai ni. Tu yang pakcik tanya tu.

MZ: (Diam... dlm hati MZ berkata, patut pun dia tau MZ kerja dengan Sinar Harian sebab masa tu MZ pakai baju rasmi Sinar Harian).

Mamat 2: Pakcik nak tanya ni... tentu adik tau banyak pasal politik.

MZ: Ishh...saya bukan wartawan pun. Saya kerja budak pejabat jer.

Mamat 2: Tak apalah, kerja budak pejabat pun tentu tau banyak kan sebab hari-hari baca surat kabar dan tengok televisyen.

MZ: (Diam... sambil keluarkan sekotak rokok dalam poket baju dan nyalakan sebatang. Mamat 1 minta sebatang - binawe... dahlah duduk tak dipelawa, mintak rokok kita pulak. Gitulah getus hati MZ dalam mood yang amat-amat down).

Mamat 2: Pakcik nak tanya pasal Perak nih... Kenapa BN jahat sangat nak ambil kerajaan dengan tidak diadakan pilihan raya? Raja Perak pun satu, takut sangat pada BN... sampai tak berani nak bubarkan DUN.

Mamat 1: Alahhh... dia (Raja dan BN) tahu kalau bubar DUN, mesti ada pilihan raya. Kalau ada pilihan raya, mestilah Pakatan Rakyat menang. Tu yang dia (raja atau BN) takut sangat tu. Pah tu berlindung atas undang-undang perlembagaan.

MZ: (Diam... masih sedut jus tembikai. Masa tu rasa nak angkat punggung, nak lari jer dari dua mamat yang tak diundang ni).

Mamat 2: Adik orang surat kabar... apa pandangan adik?

MZ: Tak tau (MZ jawab ringkas sambil angkat kedua-dua bahu).

Mamat 2: Takkan kerja dengan Sinar Harian tak tau. Adik dari (asal) mana?

MZ: Pasir Mas.

Mamat 1: Ooo ore kelate. Lamo doh duduk sini (kerja di Shah Alam).

MZ: Baru setahun.

Mamat 1: Pokcik pun ore kelate jugok. Duduk Bunut Payong. Hok ni (sambil tunjuk pada mamat 2) duduk Kube Kerie (Kubang Kerian).

Pekerja Kedai: Nak odar apa?

Mamat 1: Wat mari roti cana kosong so gan teh o.

Mamat 2: Supo arr...

Mamat 2: Adik tok make ko?

MZ: Dok ahh... kenye lagi. (MZ tipu. Padahal perut kosong belum diisi).

Mamat 1: Acu gak oyak pasal Perak tu pokcik nok dengar.

Mamat 2: BN ni dari dulu lagi jahat. Tak patutlah ambil alih kerajaan dengan cara jahat. Cara diktator. Patutnya buatlah pilihan raya. Barulah adil. Barula demokrasi.

MZ: (MZ hembus asap rokok... masih buat dono)

Mamat 2: Adik rasolah, bakpo BN tak nak adakan pilihan raya? Dia takut kaloh ko?

MZ: Tok tau...

Mamat 2: Alahhh cerito la sikit. Nok dengar jugok pandange adik pasal politik Perok ni.

MZ: Kito tok tau. Kalu pokcik nok tau, pokcik gi tanyo abe depe nuh... dio tu ketua cawangan Umno sini.

Mamat 1: Ishh wat gapo tanyo ore Umno. Tentulah dia pihok ko BN.

MZ: Kalu pokcik tanyo ambo pun, pokcik mano tahu ambo tak pihak ke BN?

Mamat 1: Ore surat kobar lain sikit pandange dia.

MZ: Samo jah pokcik. Ambo tok tau pasal politik ni. Tapi ambo ado dengar jugoklah dua tiga soalan hok puak-puak Umno duduk kecek dengan orang Pas atau PKR ni dua tigo malam lepas.

Mamat 1: Hohh!! dia kecek gapo?

MZ: Pokcik ingat tak tarikh 16 September 2008 hok Nuar Berahim duk gege gegok dulu?

Mamat 1: Tok berapo ingat weh. Mu Mat? Mu tau?... (dia tanya rakannya si Mamat 2).

Mamat 2: Aku pun tok tau... Bakpo dengan tarikh tu?

MZ: Ambo pun tok tau jugok, tapi ni ore duk kecek lah... Maah lah kato la deh...

Mamat 1 dan 2: Tak apo, tak apo... nok tau jugok...

MZ: Dulu Nuar duk gege gegok nok ambil alih kerajaan Malaysia pada 16 September. Pokcik ingat tak?

Mamat 1 dan 2: Ingat sangatla... sepatutnya 30 wakil rakyat BN tu lompat parti doh, tapi wat ko Pok Loh gan Najib ni jahat... dia ugut wakil rakyat tu.... takutla weh. Tu tak jadi lompat tu.

MZ: Katalah kalu jadi... apa berlaku?

Mamat 2: Kalu jadi lompat gak, PR merintah Malaysia la. Haji Hadi jadi Perdana Menteri, Nuar Berahim jadi timbalan perdana menteri.

MZ: Pah tu Pok Loh gan Najib?

Mamat 2: Dua-dua ekor tu keno letok jawatanla. Nok buat gapo lagi. Dia buke lagi pemimpin.

MZ: Takkan begitu mudah PR nak ambil alih. Tentulah Pok Loh mintok Tuan Agong bubar Dewan Negara untuk adakan pilihan raya umum.

Mamat 2: Mano boleh. Bilo 30 wakil rakyat BN lompat parti... otomatik wakil rakyat PR jadi ramai dan hok ramailah akan jadi kerajaan.

MZ: Mana boleh gitu. Keno ado pilihan raya dulu.

Mamat 1: Gini adik... adik ni tak faham politik. Dalam negara atau negeri, kalau wakil rakyat yang memerintah lompat parti masuk ke parti satu lagi hingga parti itu ada majoriti, otomatik parti baru tu akan jadi kerajaan.

MZ: Bakpo pulok gitu. Mana adil. Kalu di Perak, pokcik marah ke BN dan Raja sebab tak adakan pilihan raya, tapi di peringkat pusat, kalau tarikh 16 September jadi kenyataan, pokcik kata tak payah adakan pilihan raya... apa hal ni?

Mamat 2: Kes Perak lain adik. Kes pusat lain.

MZ: Okay lah pokcik... ambo mintok diri dulu. Banyok ambo rugi maso bual pasal politik bodoh ni.

(MZ terus beredar dari meja tu. Dan bangun dari tidur keesokkan hari baru tau MZ tak ingat bayar jus tembikai dan mihun kungfu yang dihantar semula tu).

Ini pun satu hal

HARAPAN untuk melihat Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz dan naibnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bertentang mata selepas kedua-duanya sah akan berentap merebut jawatan nombor satu pergerakan itu - hampa.

ULASAN: Sebenarnya MZ dah meluat dengan politik Pergerakan Wanita ni. Tak habis-habis nak bertelagah. Yang nombor dua nak rebut kerusi nombor satu. Yang nombor satu pula, bila dah syok sangat duduk kerusi tu, tak moh turun-turun.

Teringat MZ akan kata-kata penuh bermakna Ayah Sin (Tan Sri Hussein Ahmad). "Jadi timbalan menteri, timbalan ketua atau timbalan apa sahaja, dosa pahala yang dia dapat setakat timbalan jerlah.

Tapi bila dah jadi menteri, ketua atau ketua apa sahaja, dosa dan pahalanya yang dia dapat lebihlah sikit.

Mungkin itu yang dia orang kejar agaknya. Kejar harta yang lebih besar lagi daripada jumlah yang dapat sekarang. Adat manusia... kalau dah hati bertuankan syaitan dan iblis, dapat 1,000 nak 2,000. Dapat 5,000 nak lagi 10,000.

Tak cukup yang dapat cara halal, usaha cara haram supaya dapat lebih banyak.

Begitulah adat orang politik sekarang. Bila tiba hari bertanding, berebut-rebut tawarkan diri. Alasannya: "Kalau dapat duduk jawatan nombor satu, barulah saya ada kuasa nak bela orang Melayu".

"Sekarang saya hanya orang nombor dua, saya tak ada kuasa nak bela atau perjuangkan nasib bangsa Melayu".

Terharunya MZ dengar alasan itu. Betapa baiknya hati calon ni nak bela orang Melayu. Tapi kena menang kerusi nombor satu. Inilah yang MZ selalu kata, nak bela rakyat pun kenalah cermin diri sendiri dulu.

Sejarah merekodkan, tak ada seorang pun pemimpin nombor satu (kecuali Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh) dalam parti politik bermula tahun 1989 berjuang untuk membela orang Melayu.

Lihat sajalah penipuan yang berlaku. Tengok sahajalah lakonan dan sandiwara pemimpin-pemimpin yang lantang hendak memperjuangkan orang Melayu. Kelantangan ini hanya nampak ketika musim berkempen sahaja. Selepas itu hilang entah ke mana.

Jadi, kepada Shahrizat dan Rafidah, MZ nasihatkan sudah-sudahlah bertelagah. Rakyat sudah naik muat dan benci dengan kerenah anda berdua, termasuk barisan-barisan Exco Wanita yang berdiri di belakang ketua mereka.

Pada MZ, mereka berada di situ bukan untuk memberi sokongan kepada ketua ibarat kata, "Kami berdiri teguh di belakang pemimpin", tetapi berdirinya mereka di belakang itu kerana nak pamerkan muka-muka lakonan pada kamera TV dan kamera akhbar.

Adakah ini juga mainan UMNO?

HARI ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai bukti dan keterangan berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kes penyelenggaraan sebuah kereta mewah jenis Lexus milik peribadi dan pembelian 46 ekor lembu korban bernilai RM110,400.

Berikut adalah butiran Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran pecah tanah pembangunan perumahan SPRM di sini, hari ini:

* Siasatan berhubung kes Menteri Besar Selangor sudah selesai.
* SPRM mempunyai bukti kukuh iaitu wujud penyalahgunaan kuasa dalam kedua-dua kes tersebut.
* Suruhanjaya itu akan cadangkan untuk diambil tindakan pendakwaan dan perkara itu akan kemukakan kepada pihak Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.
* Penggunaan kereta persendirian sebagai kereta rasmi, penyelenggaraan dan sebagainya tidak dibenarkan.
* Berlaku salah guna kuasa dan juga kegunaan peruntukan kerajaan Selangor untuk membeli lembu-lembu korban.

ULASAN: Apa komen pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat (PR) mengenai kes ini? Apakah kamu mahu terus menuding jari mengatakan semua ini perancangan UMNO? Pemimpin buat salah, kita sebagai rakyat diperkudakan dengan alasan tidak masuk akal.

Ingat tak beberapa bulan lalu, apabila Khir Toyo mendedahkan kereta Lexus yang dinaiki Khalid dilihat sering keluar masuk ke pejabat pentadbiran kerajaan negeri? Apa Khalid jawab? Dia kata, itu (Lexus) dia yang punya. Tak ada kaitan dengan kerajaan.

Kemudian apabila Mohd Khir mendedahkan banyak duit kerajaan digunakan untuk menyelenggara kereta Lexus, Khalid jawab: Lexus tu kereta rasmi kerajaan negeri.

Yang mana satu Tan Sri? Bila terperangkap dengan pendedahan pertama, Tan Sri kata, kereta tu Tan Sri yang punya. Tapi bila tak boleh beri alasan banyak duit ditaburkan untuk selenggara Lexus, Tan Sri kata, kereta itu milik kerajaan negeri pulak.

Yang mana satu ni Tan Sri? Masih mau tipu ka??

Begitu juga dengan lembu korban. Sejumlah RM110,400 digunakan hanya untuk beli 46 ekor lembu? Wow!! mahalnya lembu tu Tan Sri. Lebih RM2,400 seekor. Lembu apa yang Tan Sri beli? Rasanya seekor gajah atau seekor unta tak semahal tu.

Lagipun, penerima daging korban pernah merungut daging yang diberikan kepada mereka tak cukup. Dan gambar-gambar lembu disembelih ketika lepas solat sunat Aidiadha yang disiarkan dalam surat-surat khabar nampak kecil-kecil jer Tan Sri.

Mungkin Tan Sri oder bapak lembu, tapi yang sampai anak lembu. Kenapa boleh jadi begitu Tan Sri?

Lain kali, bila rakyat dah bagi amanah untuk jadi MB, Tan Sri kena betul-betul jadi MB. MB yang jujur, MB yang bertanggungjawab, MB yang berwawasan, MB yang berdisiplin, MB yang bekerjasama, MB yang adil dan MB yang prihatin. Bukan MB yang gelap mata dan MB yang buta hati.

Saya taklah menuduh seratus peratus pada MB, tapi sebagai rakyat Malaysia dan lama jugak duduk kat Selangor ni, saya ikuti banyak perkembangan Tan Sri sebaik duduk kerusi MB.

Ingat MB. Zaman sekarang ni semuanya mudah. Nak jadi pemimpin mudah. Nak songlap duit rakyat mudah. Nak kena disumbatkan ke lokap pun mudah.

Rabu, 18 Februari 2009

Alahai Elizabeth

Kesian Elizabeth. Disangkakan hubungan asmaranya dgn bekas kekasihnya akan diabadikan hingga ke jinjang pelamin, rupanya tidak kesampaian.

Beginilah nasib ADUN Bukit Lanjang ini apabila dia telah ditelanjangkan secara aib oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Walaupun saya melihat sekali imbas gambar yang tersebar luar di internet itu. Pada saya ternyata Elizabeth telah dianiaya. Dia tidak bersalah. Sama ada dia nak telanjang, berbogel atau buat seribu satu aksi dalam rumahnya, itu adalah haknya.

Dan sudah tentulah dalam keadaan dirinya sedang tidur nyenyak, dia tidak terperasan kain sarung yang dipakainya terselak atau diselak yang membolehkan bekas kekasihnya merakamkan aksi itu.

Saya enggan mengulas panjang mengenai penganiayaian yang berlaku ke atas Elizabeth. Cuma saya boleh katakan, apa yang berlaku kepada Exco itu adalah sebagai hak peribadinya.

Walaupun ada pihak cuba menyamakan kesnya dengan adegan seks melampau Chua Soi Lek dengan pasangan kekasihnya, tetapi secara peribadi saya katakan, kes Elizabeth berbeza dan tidak wajar disamakan.

Soi Lek memang merancang untuk mengadakan hubungan seks. Soal dia sedar atau tidak aksinya dirakamkan, itu hak dia. Pokoknya, dia telah merancang untuk bersenggama. Tetapi dalam kes Elizabeth, dia tidak merancang (walaupun sebelum atau selepas itu) dia melakukan hubungan seks dengan pasangannya, kita tak boleh ambil kira.

Gambar separuh bogelnya diambil ketika dia sedang TIDUR. Bukan dalam keadaan sedar. Hanya aksi itu sahaja. Tidak ada pun gambar atau video yang merakamkan hubungan seksnya dengan kekasih beliau.

Kalau kes peribadi pun hendak didedahkan dan dijadikan isu, dimana hak kebebasan kita. Saya pun tidur tertonggeng dan entah macamana keadaan kain sarung saya, tetapi tak dirakam pun.

Ahad, 15 Februari 2009

Calon Ahli Majlis Tertinggi UMNO

Pengerusi Tetap
1. Datuk Paduka Badruddin Amiruldin
2. Tan Sri Onn Ismail

Timbalan Pengerusi Tetap
1. Datuk Mohamad Aziz
2. Datuk Paduka Badrulddin Amiruldin
3. Datuk Ahmad Bahari Abdul Rahman
4. Datuk Mohd Ali Hassan
5. Tan Sri Onn Ismail
6. Datuk Abdul Rahman Suliman
7. Senator Datuk Ridzuan Abdul Hamid

Timbalan Presiden
1. Tan Sri Muhyiddin Yassin
2. Datuk Seri Mohd Ali Rustam
3. Senator Tan Sri Muhammad Muhd Taib

Naib Presiden
1. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
2. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
3. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
4. Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
5. Datuk Seri Syed Hamid Albar
6. Tan Sri Mohd Isa Abd. Samad
7. Datuk Seri Rais Yatim
8. Datuk Seri Jamaluddin Jarjis
9. Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik

Ahli Majlis Tertinggi
1. Datuk Noh Omar
2. Datuk Mohd Zin Mohamed
3. Datuk Seri Musa Aman
4. Daruk Mustapa Mohamed
5. Datuk Abdul Ghani Othman
6. Datuk Ismail Sabri Yaakob
7. Datuk Zainal Abidin Osman
8. Senator Datuk Azian Osman
9. Datuk Tajuddin Abd. Rahman
10. Datuk Seri Adnan Yaakob
11. Datuk Azalina Othman Said
12. Datuk Abd. Latiff Ahmad
13. Datuk Seri Mohamad Hasan
14. Datuk Shahrir Abdul Samad
15. Datuk Seri Mahadzir Khalid
16. Datuk Ahmad Husni Mohd Hanadzlah
17. Datuk Hamzah Zainuddin
18. Datuk Ahmad Shabery Cheek
19. Dr Mohd Puad Zarkashi
20. Datuk Noraini Ahmad
21. Datuk seri Zulhasnan Rafique
22. Datuk Dr Awang Adek Husin
23. Datuk Mohamad Norza Zakaria
24. Datuk Mohd Johari Baharum
25. Datuk Seri Shahidan Kassim
26. Datuk Idris Haron
27. Datuk Abd. Aziz Sheikh Fadzir
28. Datuk Anifah Aman
29. Datuk Lajim Ukim
30. Datuk Shaziman Abu Mansor
31. Datuk Dr Zambry Abd. Kadir
32. Datuk Saifuddin Abdullah
33. Datuk Seri Ahmad Said
34. Datuk Idris Jusoh
35. Datuk Md. Alwi Che Ahmad
36. Senator Datuk Syed Ali Alhabshee
37. Datuk Seri Md. Isa Sabu
38. Datuk Bung Mokhtar Radi
39. Datuk Abdul Latiff Mirasa
40. Datuk Dr. Hilmi Yahaya
41. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim
42. Datuk Dr. Norraesah Mohamad
43. Datuk Hasan Malek
44. Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah
45. Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis
46. Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
47. Senator Abdul Rahman Bakar
48. Datuk Seri Abdul Aziz Shahsuddin
49. Datuk Mohd Radzi Manan
50. Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar
51. Datuk Halimah Mohamed Sadique
52. datuk Ghazali Ibrahim
53. Datul Masidi Manjun
54. Datuk Astaman Abdul Aziz
55. Datuk Ishak Ismail
56. Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali
57. Datuk Seri Siti Zaharah Sulaiman
58. Datuk Md. Salleh Md. Said
59. Datuk Subhan Kamal
60. Datuk Zahidi Zainul Abidin
61. Datuk Adnan Mamat
62. Datuk Azhar Ibrahim
63. Datuk Dr. Abdullah Md. Zin
64. Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad
65. Tengku Putera Tengku Awang
66. Datuk Azimi Daim
67. Mohd Nasir Ibrahim Fikri
68. Datuk Sazmi Miah
69. Senator Tan Sri Mohamed Jin Samsudin
70. Datuk Lilah Yasin

Sabtu, 14 Februari 2009

Pilihan raya kecil Perak / Kedah

Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah akan diadakan serentak pada 7 April ini.

Penamaan calon bagi pilihan raya kecil tersebut ditetapkan pada 29 Mac ini sekali gus memberikan peluang kepada calon dan parti yang akan bertanding berkempen selama sembilan hari.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof selepas mempengerusi mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil tersebut di sini hari ini.

Baru dia tau nikmat perhimpunan haram

NI apa hal tetiba pi cari publisiti kat Penang nuh... Kat sini (Selangor) dah tak laku ke Datuk Seri? Orang lain boleh buat (bantahan) kat kampung, kat daerah dan kat negeri masing-masing, kenapa Datuk Seri dok gatai kaki pi Penang nak hantaq memorandum bantahan kepada Karpal anak lelaki Kebal itu?

Satu lagi nak tanya Datuk Seri Mohamad Khir Toyo, boleh ke sertai atau adakan perhimpunan haram? Hantar memorandum bantahan? Pekik sana, pekik sini? Kutuk orang itu, kutuk orang ini? Tidakkah sebelum ini, ketika YB pegang jawatan MB Selangor, Datuk Seri pernah tegur mana-mana pihak yang mengadakan perhimpunan haram, walaupun diadakan secara aman?

Lupakah YB sebelum ini pernah sokong anggota Polis Simpanan Persekutuan (FRU) menyembur air gatal ke arah penunjuk perasaan. Lupakah sebelum ini YB pernah kutuk kumpulan yang diwakili pembangkang mengadakan perhimpunan haram?

Tapi kenapa YB dan konco-konco sertai juga perhimpunan haram di Penang itu? Atau YB sengaja hadir hanya kerana nak tunjuk jaguh atau jadi hero ketika menjelangnya Perhimpunan Agung UMNO Mac ini? Ada apa-apa ke YB????

Jangan biadab - amaran Sultan Selangor

‘Jangan biadab’
KENYATAAN AKHBAR KHAS PENEGASAN TERHADAP PERGOLAKAN POLITIK YANG BERLAKU DI NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN
(DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ) SULTAN SELANGOR
13 Februari 2009

Perkembangan politik, peristiwa demonstrasi jalanan serta pertelingkahan antara pelbagai pihak, bersabit dengan pelantikan kerajaan baru negeri Perak baru-baru ini, yang sehingga membawa pada beberapa gelagat biadab terhadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, amat mendukacitakan dan mengecewakan beta.

Perkara ini lebih-lebih lagi dirasai oleh beta kerana DYMM Paduka Seri Sultan Perak adalah ayahanda saudara beta. Malah, keluarga diraja kedua-dua buah negeri ini mempunyai sejarah pertalian yang erat sehingga hari ini.

DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah yang beta kenali adalah seorang tokoh yang tinggi ilmu serta pengalaman perkhidmatan perundangan dan kehakiman baginda, sesuai dengan kedudukan baginda sebelum ini sebagai mantan Ketua Hakim Negara.

Baginda dan keluarga baginda juga mempunyai latar belakang serta kelayakan keilmuan yang cemerlang dan sangat peka pada kepentingan rakyat jelata, sehinggakan kebanyakan tindakan baginda akan bersandarkan pada budaya ilmu, pertimbangan syumul serta amalan bermusyawarah bersama pakar-pakar dalam mana-mana satu isu yang bersabit.

Apa yang kita dapat saksikan yang telah dan sedang berlaku semenjak minggu lalu di negeri Perak amat membimbangkan sesiapapun yang mengaku mencintai agama, bangsa, negara Malaysia, kestabilan, kesejahteraan, kemajuan, keselamatan dan masa depan kita bersama.

Kejahilan terhadap peruntukan undang-undang negeri dan persekutuan, ketaksuban terhadap pihak-pihak tertentu, kehilangan pertimbangan ketika emosi terganggu, keangkuhan yang membutakan diri terhadap hak dan kuasa DYMM Paduka Seri Sultan Perak, kebiadaban sebagai anak watan negeri Perak dan warga negara Malaysia serta mudahnya golongan-golongan tertentu terpedaya dengan budaya “mob" amat memalukan.

Bak kata pepatah, ketika peristiwa sebegini berlaku, "barulah kita kenal siapa kaca siapa permata". Malah dapat juga kita menyelami jati diri pihak-pihak tertentu yang "marahkan nyamuk, kelambu yang dibakar".

Beta ingin menasihati dengan penuh keikhlasan dengan mengambil kira kepentingan masa depan agama, bangsa dan negara tercinta kita. Janganlah kita mudah terpedaya dengan gelagat serta tindakan yang hanya akan mencemarkan martabat kita, mengundang risiko yang tinggi terhadap kemajuan kita, serta menghakis asas-asas kedaulatan negara ini dengan sifat-sifat keji seperti biadab, derhaka, angkuh, jahil ilmu dan kemaruk kuasa.

Kegawatan ekonomi yang semakin meruncingkan di peringkat global dan serantau menuntut kita supaya memantapkan perpaduan sesama kita walaupun ada perbezaan pendirian. Jangan sehingga nasi menjadi bubur, di mana terlajak kata boleh dimaafkan, tetapi terlajak perbuatan mungkin akan mengundang bencana.

Kepada mereka yang telah berkali-kali mencabar hak, peranan serta kedudukan yang telah dijamin melalui Perlembagaan Persekutuan, termasuk peranan institusi raja-raja, maka beta ingin menasihatkan supaya rakyat menggunakan pertimbangan dari akal fikiran yang waras sebelum mengambil sebarang tindakan.

Beta terus mendoakan agar Allah SWT akan terus memelihara kita bersama dan menganugerahkan kita dengan hati yang terang, jiwa yang tenang, fikiran yang tajam, perjalanan yang mudah, tindakan yang betul, perhubungan yang harmonis serta waja diri yang unggul untuk mengemudikan negara kita secara bersama dalam mengharungi proses kemajuan seterusnya.

Sekilas Pandang

Hati rakyat luka, masa untuk rawat

SUASANA politik di Perak sudah mula reda. Masing-masing mula kembali menjalani kehidupan seperti biasa. Alhamdulillah. Inilah yang kita mahu dari dulu, kini dan selama-lamanya. Hidup aman, damai, sejahtera dan harmoni.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) pun sudah mengangkat sumpah. Barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) pun telah dilantik. Malah bekas Menteri Besar dari kerajaan Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin pun sudah mula mengaku kalah dan berundur secara terhormat dari kubu rasmi yang didudukinya 10 bulan lalu.

BN yang 'berjaya' mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan Perak tanpa melalui pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) seharusnya mengamalkan sikap terbuka.

Tidak berdendam, pilih kasih atau menganaktirikan penyokong PR. Selagi mereka bergelar rakyat, selagi itu mereka perlu diberi pembelaan oleh kerajaan yang memerintah.

Bukan senang untuk memenangi hati rakyat yang sudah terguris dengan sikap kita, tetapi bukan suatu yang payah atau susah untuk kita memujuk dan memenanginya semula.

Sekeras-keras kerak nasi pun, kalau direndam air dua tiga malam, akan lembut juga.
Inikan pula hati manusia. Nalurinya sangat unik. Hanya Jauhari yang mengenal Manikam.

Pada saya, ini adalah masa yang sesuai untuk pemimpin BN turun padang. Menyelesaikan masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh kerajaan terdahulu. Mendekati masyarakat luar bandar dan pedalaman.

Kunjungi mereka. Makan bersama mereka, pimpin dan papah mereka yang uzur. Banyakkan masa bersama rakyat. Gambarannya, buat sebagaimana kamu berkempen dalam pilihan raya umum lalu.

Kalau ketika itu boleh buat, kenapa sekarang tidak boleh? Jijik sangatkah atau busuk sangatkah rakyat sehingga selepas pilihan raya, wakil rakyat tidak lagi menghampiri mereka? Atau memandang sebelah mata pun tak mahu?

BN harus ingat. Mereka tidak boleh berdendam atau benci rakyat. Tetapi mereka harus tahu, rakyat Perak kini menyimpan dendam dan benci kepada mereka.

Bagaimanapun, dua sifat yang ada pada rakyat itu tidak boleh dijadikan alasan untuk kita sebagai wakil rakyat membalas dendam. Ingat! kalau sering melemparkan senyuman pada musuh, lama-kelamaan akan membuka pintu hatinya untuk menghormati kita.

Tempoh pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi. Walaupun kedengaran tiga tahun lagi, tetapi bagi BN dan PR, tempoh itu agak pendek dan singkat. Banyak perkara perlu dilakukan untuk mendapatkan sokongan dan kepercayaan rakyat. Nampak memang mudah.

Boleh buat andaian si anu akan memihak kepada kita kalau kita sogok dengan sekeping zink, tetapi rakyat kini bukan seperti dahulu. Beri gula, ambil. Beri kain, pakai. Bila undi, calon lawan dipilihnya.

Kenapa mereka pilih calon lawan ketika mengundi? Ada sesuatu yang tidak kena berlaku antara kita (wakil rakyat) dengan rakyat. Ada kesilapan yang mungkin kita lakukan, tetapi kita lupa untuk meminta maaf.

Kita hanya anggap dengan memberikan sebuah basikal untuk memudahkan anak penduduk berulang alik ke sekolah, segala kesalahan kita dimaafkan. Mereka akan memberi undi kepada kita. Tidak.

Sejarah setiap kali pilihan raya umum telah membuktikan sikap dan sifat rakyat (pengundi). Mustahil kita sebagai pemimpin tidak menyedari atau tak dapat 'membaca' isyarat rakyat. Selalunya, pemimpin BN dan PR cuai. Mereka mudah sangat lupa daratan.

Tidak pernah menjadikan sejarah silam sebagai pengajaran. Mereka suka membuat keputusan berdasarkan kata hati sendiri. Walaupun kata hati itu sebenarnya tercetus daripada perasaan gundah, gementar, takut dan keyakinan yang palsu. (Siaran 14hb Feb 09)

Khamis, 12 Februari 2009

Aku ke Edisi Perak

ESOK (13hb Feb 2009), aku akan memulakan tugas di edisi baru, Edisi Perak. Setelah empat bulan 12 hari bersama edisi Utara (Perlis, Pulau Pinang dan Kedah), aku diberi tanggungjawab membantu Editor Perak untuk edisi itu.

Mulai esok juga, aku tidak lagi berada di tingkat satu bersama rakan-rakan Edisi Utara, Kelantan, Terengganu dan Pahang. Aku akan berada di tingkat bawah bersama rakan-rakan Edisi Selangor, Nasional dan Melaka/Negeri Sembilan.

Bertugas di Edisi Perak sebagai Penolong Editor adalah satu tugas berat yang perlu aku pikul. Bagaimanapun, pengalaman lalu sebagai Ketua Wartawan, Senior Sub-Editor dan Pemangku Penolong Editor akan aku gunakan sebaik mungkin untuk membantu Editor Perak, Puan Najwa agar penerbitannya selancar edisi lain.

Bosan dengan PR, muak dengan BN


KEMELUT politik di Perak dah sampai ke penamat. Dari segi kehangatannya, boleh diibaratkan macam suam-suam taik ayam. Orang ramai tidak lagi ghairah atau bersemangat membicarakan mengenai rampasan kuasa atau peralihan kuasa yang berlaku.

Semuanya memandang sepi dan semakin muak mendengar berita mengenai kemelut itu. Ia tidak memberi faedah kepada rakyat sebab dua-duanya iaitu Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah sama.

Yang menang akan pertahankan tindakannya. Walaupun tak betul, tetapi mereka anggap betul. Yang kalah pula akan terus mengecam dan mengkritik tidak puas hati...KENAPA mereka boleh kalah. Dua-duanya tidak mahu terima kenyataan dan hakikat.

PR tidak mahu terima kenyataan mereka bukan lagi kerajaan, manakala BN pula tidak mahu menerima hakikat cara mereka mengambil alih Perak adalah salah. Yang menjadi mangsa ialah rakyat. Terumbang ambing mengikut rentak 'dua kerajaan' mereka.

Bagi Mohamad Nizar... usahlah keras kepala berulang alik dari rumah rasmi Menteri Besar ke pejabat pentadbiran kerajaan negeri. Terimalah hakikat awak dah tak diterima lagi masuk ke situ.

Kenapa perlu bazirkan duit rakyat dengan menaiki kereta rasmi kerajaan negeri dan mengupah pengawal untuk menjaga keselamatan rumah rasminya. Apa yang kamu buat itu tak akan berkekalan kerana satu hari nanti kamu akan hadapi hari-hari yang mana kamu terpaksa merangkak pulang ke rumah sendiri, bukan lagi rumah rasmi.

Kepada Dr. Zambry...usahlah yakin sangat akan kekal sebagai MB, kerana kalau tak ada aral melintang, kamu hanya dapat pegang jawatan MB untuk tempoh tiga tahun sahaja dari sekarang.

Selepas ini (pilihan raya umum ke-13), kamu dan konco-konco kamu akan kecundang teruk dalam pilihan raya itu. Kamu tidak perlu yakin rakyat akan berpihak kepada BN. Situasi dahulu (sejak tahun 1990) sehingga kini menyaksikan rakyat tidak lagi menaruh keyakinan kepada BN.

Dari situ barulah kamu tahu sebenarnya rakyat dari tarikh 5hb Februari 2008 lagi tidak sukakan BN mentadbir Perak.

Jumaat, 6 Februari 2009

Beginilah kalau tidak beringat...

Derhaka Nizar tidak boleh dipandang ringan - Muhyiddin

KENYATAAN Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mahu derhaka terhadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak boleh dipandang ringan, kata Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Saya begitu terperanjat apabila beliau membuat kenyataan mahu derhaka kepada raja, sesuatu yang langsung tidak menggambarkan beliau menghormati Perlembagaan dan kedudukan Sultan Azlan Shah sebagai Raja bagi negeri Perak.

Muhyiddin berkata 'keberanian' Mohammad Nizar menyanggah keputusan Sultan Azlan Shah berhubung perkara itu, malah mahu mencabar Baginda di mahkamah, amat dikesali.

Katanya, semua pihak sepatutnya menghormati keputusan Sultan Perak kerana Baginda juga amat arif dalam bidang perundangan selaku bekas Ketua Hakim Negara.

"Lagipun ini demokrasi yang kita amalkan. Walaupun keputusan itu tidak memihak kepada pembangkang, kita mesti hormatinya.


Penunjuk perasaan enggan beredar

SEBAHAGIAN besar penunjuk perasaan yang berhimpun di pekarangan Masjid Ubudiah masih enggan bersurai walaupun diarahkan berbuat demikian oleh salah seorang ahli jawatankuasa Pas Perak.

Sebahagian besar daripada mereka masih berkumpul di kawasan itu sambil melaungkan protes terhadap majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak di Istana Iskandariah.


Dr. Zambry angkat sumpah sebagai MB ke-11

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, 47, baharu sahaja selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak ke-11 di hadapan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Balai Istiadat Istana Iskandariah, di sini.


Gesa tarik balik anugerah Datuk Seri

GELARAN “Datuk Seri” yang dianugerahkan Sultan Perak Sultan Azlan Shah kepada bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin disaran ditarik balik sebagai pengajaran kepada mereka yang menderhaka.

Ketua Umno Bahagian Cheras, Senator Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, beliau kecewa kerana seorang pemimpin Melayu seperti Mohamad Nizar telah menunjukkan sikap biadap terhadap Sultan Perak dengan enggan melepaskan jawatan Menteri Besar walaupun dititah berbuat demikian.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi dalang kepada krisis tersebut dan bersikap “lempar batu sembunyi tangan”.

“Saya amat kesal dan dukacita kerana pemimpin Melayu seperti beliau telah menunjukkan pekerti yang tidak baik kepada generasi muda dengan menderhaka kepada institusi Kesultanan Raja-Raja Melayu kerana lebih mengutamakan kepentingan politik.”


Sultan Perak ke Istana Iskandariah hadiri upacara angkat sumpah MB

SULTAN Perak, Sultan Azlan Shah akhirnya berjaya memasuki Istana Iskandariah pada pukul 3.10 petang selepas Polis Simpanan Persekutuan (FRU) berjaya mengawal lalu lintas berikutan adanya perhimpunan haram di hadapan Masjid Ubudiah.

Pada pukul 3.15 petang pula, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir bersama beberapa ADUN Barisan Nasional (BN) dilihat melepasi kawasan perhimpunan haram itu menghala ke istana untuk menghadiri upacara angkat sumpah.


FRU sekali lagi bertindak surai perhimpunan

POLIS Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa sekali lagi melepaskan gas pemedih mata apabila penyokong pembangkang yang berhimpun di atas jalan raya di hadapan Masjid Ubudiah enggan bersurai.

Anggota-anggota FRU terpaksa turun ke jalan raya bagi mengarahkan mereka mengosongkan jalan tersebut, ia bagi membolehkan kenderaan orang kenamaan menghala ke Istana Iskandariah bagi upacara angkat sumpah.

Tindakan tegas FRU itu, akhirnya sedikit demi sedikit membolehkan kenderaan boleh melalui jalan tersebut.


FRU kawal penyokong pembangkang serbu Istana Iskandariah

UNIT Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menghalang kemaraan ribuan penyokong pembangkang menuju ke Istana Iskandariah bagi menghalang upacara angkat sumpah Menteri Besar yang baru.

Kebanyakan mereka lari bertempiaran menghala semula ke Masjid Ubudiah bagi menyelamatkan diri.

Sehingga kini mereka masih berhimpun di hadapan masjid tersebut sambil memegang kain rentang dan berteriak bagi menghalang upacara tersebut.


Keadaan di Istana Iskandariah, Masjid Ubudiah terkawal

SUASANA di sekitar Istana Iskandariah dan Masjid Ubudiah di sini terkawal meski pun timbul ura-ura ribuan penyokong pembangkang akan bertindak menghalang upacara angkat sumpah menteri besar petang ini.

Tinjauan mendapati anggota polis diletakkan di merata tempat untuk memantau keadaan.

Jalan masuk ke istana dan Masjid Ubudiah juga disekat bagi mengelak kemasukan pihak yang berhasrat mencetuskan huru-hara.


Mohammad Nizar akan saman Sultan Perak

BEKAS Menteri Besar Perak Mohammad Nizar Jamaluddin akan memfailkan saman terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Mahkamah Tinggi Ipoh pada Selasa ini.

Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, langkah itu akan dilakukan berikutan Sultan Perak bertindak melampaui bidang kuasanya untuk mengisytiharkan kerajaan pakatan pembangkang di negeri itu sebagai tidak sah.

Pada sidang akhbar di pejabatnya di sini Karpal berkata, di dalam saman tersebut Sultan Perak akan dinamakan sebagai defendan pertama dan kerajaan negeri Barisan Nasional yang baru di negeri itu sebagai defendan kedua.

Naik pangkat, naiklah tanggungjawab

Pada 4hb Feb 2009, semua staf Sinar Harian menerima emel dengan notis Pengarah Urusan Karangkraf Sdn Bhd, Datuk Husamuddin Yaakob akan mengadakan perjumpaan tergempar dengan kakitangannya di kafeteria ofis bertarikh 5hb Februari 2009 jam 3 petang.

Dalam notis itu, semua staf WAJIB hadir, termasuk yang bercuti.

Pada malam sebelum perjumpaan itu, Ketua Pengarang Kumpulan KKSB, Tuan Haji Jalil Ali ada datang ke meja saya untuk memperingatkan saya mengenai perjumpaan dengan bos keesokkan hari dan pastikan semua staf Edisi Utara akan hadir termasuk yang sedang bercuti.

Berdebar kencang jugak memikirkan apakah yang akan berlaku esok. Memikirkan apakah Pengarah Urusan hendak nyatakan. Adakah beliau mahu menutup operasi Sinar Harian? Atau beliau akan mengumumkan tidak ada pembayaran bonus tahun ini kerana kesan kegawatan ekonomi global.

Semua perkara yang pro dan kontra bermain dalam benak fikiran. Masing-masing tertanya-tanya, apakah yang hendak dinyatakan oleh Haji (gelaran kepada Datuk Husamuddin).

Maka pada hari ditetapkan itu, berkumpullah semua staf Sinar Harian pelbagai peringkat usia dan jawatan di kafeteria. Yang kebetulan mengikuti bengkel gaya penulisan pun tidak terkecuali untuk hadir.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Yani. Lama dan panjang doa tu. Semuanya mengaminkan setiap yang dimohon oleh Ustaz Yani. Selepas itu, Haji pun memulakan amanatnya.

Rupa-rupanya Haji mengumumkan perubahan struktur besar-besaran organisasi Sinar Harian. Perubahan itu dilakukan berikutan pertambahan edisi bagi Perak dan Johor iaitu dua negeri yang akan melengkapkan operasi Sinar Harian di seluruh negara.

Aku dan rakan-rakan Sub-Editor duduk di barisan belakang sekali. Bukan hendak menyembunyikan diri, tetapi ketika aku masuk ke kafeteria, semua kerusi sudah penuh. Hampir 500 staf hadir.

Lebih kurang 20 minit berucap, Haji pun mengumumkan carta baru stafnya untuk lapan edisi. Ada yang naik pangkat dan ada yang ditukarkan ke unit-unit yang diwujudkan untuk menguatkan operasi Sinar Harian.

Apabila tiba giliran Edisi Perak yang akan beroperasi pertengahan bulan ini, tiba-tiba nama aku disebut sebagai Penolong Editor. Terkejut, tidak percaya dan terkesima. Biar betul aku diberi tanggungjawab yang begitu berat untuk melancarkan penerbitan Sinar Harian ke Perak?

Tidak sampai tiga minit, aku menerima sms daripada sahabat mengucapkan tahniah.

Aku pun membalas balik, terima kasih Tuan Haji (Datuk), terima kasih Tuan Haji (Bos Jalil), terima kasih kak (Puan Sri Diah) dan terima kasih kepada rakan-rakan (Editor) yang memberi sokongan kepada aku sehingga diberi kepercayaan memegang jawatan Penolong Editor.

Besar jawatan ini dan besar pulalah tanggungjawab aku nanti. Apapun, aku berjanji akan cuba sedaya upaya untuk membawa Sinar Harian ke mercu kejayaan. Insya-Allah.

Sekali lagi aku hendak ucapkan jutaan terima kasih Haji, bos Jalil, Kak Sri, Puan Harlina Kassim, rakan-rakan Editor, Penolong-Penolong Editor, Sub-sub Editor, Grafik, Ketua Wartawan, Penolong Ketua Wartawan dan skuad-skuad.

Rabu, 4 Februari 2009

Antara Bota, Botak, Kotak, Katak.

Ada satu jenis manusia yang saya amat benci dan pandang jijik. Iaitu manusia yang jenis lupa daratan dan menyusahkan banyak pihak lain.

Sehingga kini, hanya seorang manusia seperti ini yang saya jumpa. Dia tak lain tak bukan, ADUN Bota.

Inilah manusia yang tidak ada pendirian, pengecut, dayus dan yang sama waktu dengannya. Dia keluar BN 10 hari lalu kerana merasakan akan beroleh sesuatu yang dihajati.

Tetapi setelah 10 hari melompat, tiba-tiba parti baru yang disinggahinya itu terumbang ambing. Melihat keadaan itu, dia terus lompat semula ke tempat asal.

Malangnya, UMNO yang nampak sangat lapar dan mentak (bahasa Kelantan), terus mengambilnya. Kononnya ADUN Bota itu kata dia menyesal masuk PR.

“Maka saya dengan perasaan penuh kesedaran dan tanggungjawab kembali semula menyertai UMNO dan Barisan Nasional mulai hari ini,” katanya kepada pemberita selepas sidang akhbar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.

Sebenarnya, dia bukan menyesal masuk PR, sebaliknya dia ni telah melakukan kesilapan besar. Perkiraan dan perhitungannya PR Perak akan terus gah dan dia akan memperoleh jawatan penting dalam kerajaan itu, telah meleset sama sekali.

Kalau saya menjadi Presiden atau Timbalan Presiden, saya tak akan ambil orang seperti ini. Sebab, untuk makluman semua, inilah jenis atau rupa sebenar gunting dalam lipatan, duri dalam daging, api dalam sekam, ulat dalam daun dan lalat dalam najis.

Kronologi PR vs BN Perak

Calon MB Perak belum difikirkan lagi, kata Zahid
PUTRAJAYA — Pucuk pimpinan Barisan Nasional belum memikirkan mengenai calon Menteri Besar Perak selepas parti itu hari ini diumumkan memperoleh majoriti untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negeri itu daripada Pakatan Rakyat.

“Itu belum difikirkan oleh Datuk Seri Najib dan Pak Lah tetapi kita ada 28 calon sekarang ini,” kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika ditemui pemberita selepas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan BN memperoleh majoriti mudah untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negeri itu di sini hari ini.

PM: BN sedia tubuh kerajaan baru di Perak
PUTRAJAYA — Barisan Nasional (BN) bersedia untuk menubuhkan kerajaan baru di Perak berikutan kesediaan empat Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu yang telah meninggalkan parti masing-masing untuk menyokong BN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“Terima kasihlah kalau mereka sudah ambil keputusan untuk menyatakan sokongan kepada BN, BN terima dan kita ucapkan terima kasihlah,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kesembilan di sini hari ini. - Bernama

Nasaruddin sertai semula UMNO untuk kuatkan kerajaan Perak
PUTRAJAYA — Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak kawasan Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang kembali semula ke pangkuan UMNO hari ini setelah 10 hari menyertai Parti Keadilan Rakyat berkata, beliau berbuat demikian kerana mahu melihat tertubuhnya sebuah kerajaan negeri yang kuat dan stabil.

“Maka saya dengan perasaan penuh kesedaran dan tanggungjawab kembali semula menyertai UMNO dan Barisan Nasional mulai hari ini,” katanya kepada pemberita selepas sidang akhbar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.

MB Perak tinggalkan istana tanpa umum keputusan Sultan
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin yang mengadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah untuk meminta perkenan baginda membubarkan Dewan Undangan Negeri meninggalkan Istana Kinta di Ipoh tanpa memaklumkan kepada media keputusan baginda.

“Saya sudah menerangkan (explained) keadaan politik terkini, terserah kepada Tuanku,” katanya kepada wartawan sejurus sebelum meninggalkan perkarangan istana tersebut.

Speaker Perak terima surat peletakan jawatan Yit Foong
IPOH - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar telah menerima surat peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelapang, Hee Yit Foong.

Surat berkenaan diterima pukul 8.10 pagi ini di pejabatnya di Aras 2, Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini.

MB Perak umum bubar DUN serta-merta
IPOH - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini mengambil tindakan drastik dan luar biasa apabila mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) serta-merta.

Beliau berkata dalam satu sidang akhbar di Ipoh hari ini bahawa beliau akan menghadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah petang ini untuk mendapatkan perkenan baginda.

BN bentuk kerajaan baru di Perak
PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan baru di Perak dengan kelebihan majoriti tiga kerusi.

Ini berikutan keputusan tiga calon Bebas iaitu Jamaluddin Mohd. Radzi, Mohd. Osman Jailu, Hee Yit Foong yang telah menghantar surat kepada Sultan Perak semalam mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Perak dan menyatakan sokongan kepada BN.

Datuk Nasharuddin Hashim yang keluar BN Sabtu lalu turut mengumumkan kembali kepada UMNO.

Dengan pengumuman itu, BN kini memiliki 31 kerusi berbanding PKR sebanyak 28 kerusi.

Menurut Najib, Jamaluddin, Mohd. Osman dan Yit Foong masih kekal sebagai wakil rakyat Bebas tetapi akan memberi sokongan kepada BN dalam sidang DUN termasuk sesiapa sahaja yang bakal dilantik Menteri Besar Perak.

Najib berkata, beliau akan mengadap Sultan Perak dalam masa terdekat bagi memaklumkan perkara itu.

Empat ADUN Perak sertai sidang akhbar bersama Najib
PUTRAJAYA – Empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak, Jamaluddin Mohd. Radzi, Mohd. Osman Jailu, Hee Yit Fong dan Nasharuddin Hashim akan menyertai sidang akhbar khas bersama Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan diadakan sebentar lagi di pejabat Timbalan Perdana Menteri di sini petang ini.

Najib adakan sidang akhbar khas petang ini
PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan sidang akhbar khas pada pukul 4 petang ini dipercayai ada kaitan dengan perkembangan terbaru pergolakan politik di Perak.

Sekilas Pandang

Muhasabah diri, terima hakikat

BERCAKAP mengenai UMNO. Saya amat simpati dengan nasib parti Melayu ini kerana sering dikritik. Parti terbesar yang mengikut matlamat asalnya hendak membela orang Melayu ini dikecam kiri kanan, depan belakang dan atas bawah oleh pelbagai pihak termasuk ahlinya sendiri.

Kenapa dan mengapa, hanya pucuk kepemimpinan, ahli serta penyokongnya yang tahu apa krisis sebenar berlaku. Sebagai orang luar, saya sekadar menjadi pemerhati dan cuba menzahirkan atau menterjemahkan rasa kurang puas hati atau dengan kata lain, kepincangan yang tercetus secara rawak.

Pada pemerhatian saya, sejak mutakhir ini, apa sahaja luahan rasa kecewa, tidak puas hati, kritikan, cadangan dan pandangan mengenai UMNO yang dibangkitkan oleh golongan berautoriti sebagai ahli parti, semuanya dipandang sepi, tidak diambil iktibar atau pengajaran.

Malah dibalasnya dengan kenyataan berbaur negatif lagi menyakitkan hati. Inilah yang berlaku dan yang saya perhatikan. Sebagai contoh, seorang veteran UMNO yang bersama parti itu sebelum merdeka lagi, mengeluarkan cadangan agar sayap parti dibubarkan bagi mengelak gejala politik wang, tidak semena-mena veteran berpengalaman luas itu dikritik, diselar dan dikecam hebat.

Ada yang mengatakan cadangan itu tidak masuk akal dan menyamakannya seperti tikus membaiki labu. Agaknyalah, golongan ini lebih suka dengan UMNO sekarang. Tenat. Mereka bimbang kalau berlaku pemulihan, mereka tidak lagi menikmati kekayaan dan kemewahan sebagaimana diperoleh ketika ini. Mereka takut namanya tersingkir dalam senarai pemimpin.

Untuk peringatan kepada pemimpin UMNO yang ketika ini sedang leka dan lena, adalah wajar setiap teguran dan kritikan itu diambil kira atau dipandang serius. Jangan lagi ada jawapan bersifat retorik. Cuba muhasabah diri. Terima hakikat. Walaupun pahit dan pedih, mereka perlu akur. Perlu menerima hakikat demi masa depan Melayu dan parti.

Sekarang bukan masa untuk tidur atau yakin kapal bocor yang dinaiki mereka tidak akan tenggelam. Perjalanan masih jauh. Transformasi perlu dilakukan untuk menampal kebocoran. Membaiki kesalahan dan memperbetulkan kesilapan.

Kesilapan dilakukan UMNO adalah jelas. Ahli merungut, penduduk kampung kecewa, kenapa hanya seorang pemimpin peringkat akar umbi memegang sekurang-kurangnya tiga atau empat jawatan serentak. Tidak adakah orang lain yang lebih layak?

Jawatan Ketua cawangan dipegang oleh si A. Jawatan Penyelia Pembangunan Mukim, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga, Pengerusi Komuniti Bestari, Pengerusi Masjid dan Ketua Peti Undi pun dipegang oleh si A.

Tidak cukup dengan itu, jawatan Ketua Pemuda cawangan diberikan kepada anak lelakinya. Jawatan Ketua Puteri cawangan dipegang anak perempuannya dan jawatan Ketua Wanita cawangan pun diserahkan kepada isteri. Mana yang lain? Tidak layakkah mereka memegang jawatan itu.

Beginikah UMNO hendak berkembang maju dan berkembang biak? Protes yang ditunjukkan pengundi Melayu dalam pilihan raya, tidak kira umum atau kecil adalah kerana sistem tidak teratur ini. Tetapi jika dibangkitkan masalah itu, pucuk kepemimpinan enggan menerima alasan itu.

Mereka menyalahkan pengundi seratus peratus. Mereka menuduh pengundi tidak sedar diri, tidak berterima kasih, tidak tahu membalas jasa dan sebagainya. Mereka membangkitkan jasa mereka kepada rakyat, usaha mereka untuk ‘memajukan’ kampung dan bermacam-macam lagi. Hanya satu mereka lupa, mereka retorik kepada rakyat.

Ini punca kenapa UMNO hilang banyak sokongan, sama ada daripada golongan dewasa, suri rumah (wanita), remaja (pemuda, puteri dan putera) dan veteran. Walau seribu kali UMNO post-mortem pun, kalau perkara yang sama juga mereka lakukan, sejuta kali bedah siasat, UMNO tidak akan dapat mencari punca ‘kematian’ parti itu.

Sebenarnya, saya sedih keadaan UMNO sekarang. Tidak seperti di tahun 60 hingga 70-an dahulu. Ketika itu, ramai menolak untuk menjadi pemimpin kerana berasakan diri mereka belum layak. Mereka tidak mementingkan duit (wang), tetapi mereka utamakan DUIT (Doa, Usaha, Iltizam dan Takwa).

Berbeza pemimpin sekarang. Mereka menolak DUIT, mereka merebut duit. Tidak mustahil setiap kali tiba musim pemilihan jawatan, golongan mementingkan duit lebih ramai daripada DUIT menawarkan diri.

Hatta yang tidak lulus Penilaian Menengah Rendah (PMR) pun berebut-rebut hendak menjadi ketua, timbalan atau naib. Kenapa begitu jadinya? Kerana mereka sudah nampak duit akan datang mencurah-curah. (Siaran 2hb Feb 2009) Minta maaf kerana lewat create Sekilas Pandang.