Khamis, 12 Februari 2009

Aku ke Edisi Perak

ESOK (13hb Feb 2009), aku akan memulakan tugas di edisi baru, Edisi Perak. Setelah empat bulan 12 hari bersama edisi Utara (Perlis, Pulau Pinang dan Kedah), aku diberi tanggungjawab membantu Editor Perak untuk edisi itu.

Mulai esok juga, aku tidak lagi berada di tingkat satu bersama rakan-rakan Edisi Utara, Kelantan, Terengganu dan Pahang. Aku akan berada di tingkat bawah bersama rakan-rakan Edisi Selangor, Nasional dan Melaka/Negeri Sembilan.

Bertugas di Edisi Perak sebagai Penolong Editor adalah satu tugas berat yang perlu aku pikul. Bagaimanapun, pengalaman lalu sebagai Ketua Wartawan, Senior Sub-Editor dan Pemangku Penolong Editor akan aku gunakan sebaik mungkin untuk membantu Editor Perak, Puan Najwa agar penerbitannya selancar edisi lain.

1 ulasan:

Ceri berkata...

Tahniah sekali lagi dan selamat berjuang untuk terbitkan akhbar edisi Perak. Kejo yop kejo...

Pic kt blog tu bukan anak2 saya, yg adik n abg tu anak angkat. Dua beradik tu baru kehilangan ibu, meninggal sakit asma. Kiranya saya ni ibu tumpang jer... Yg sorang lgi tu anak jiran...

Semoga terus success dgn jawatan baru nih! Bile nk blnja makan, kena open table tauuu... he he he