Kesian Elizabeth. Disangkakan hubungan asmaranya dgn bekas kekasihnya akan diabadikan hingga ke jinjang pelamin, rupanya tidak kesampaian.
Beginilah nasib ADUN Bukit Lanjang ini apabila dia telah ditelanjangkan secara aib oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Walaupun saya melihat sekali imbas gambar yang tersebar luar di internet itu. Pada saya ternyata Elizabeth telah dianiaya. Dia tidak bersalah. Sama ada dia nak telanjang, berbogel atau buat seribu satu aksi dalam rumahnya, itu adalah haknya.
Dan sudah tentulah dalam keadaan dirinya sedang tidur nyenyak, dia tidak terperasan kain sarung yang dipakainya terselak atau diselak yang membolehkan bekas kekasihnya merakamkan aksi itu.
Saya enggan mengulas panjang mengenai penganiayaian yang berlaku ke atas Elizabeth. Cuma saya boleh katakan, apa yang berlaku kepada Exco itu adalah sebagai hak peribadinya.
Walaupun ada pihak cuba menyamakan kesnya dengan adegan seks melampau Chua Soi Lek dengan pasangan kekasihnya, tetapi secara peribadi saya katakan, kes Elizabeth berbeza dan tidak wajar disamakan.
Soi Lek memang merancang untuk mengadakan hubungan seks. Soal dia sedar atau tidak aksinya dirakamkan, itu hak dia. Pokoknya, dia telah merancang untuk bersenggama. Tetapi dalam kes Elizabeth, dia tidak merancang (walaupun sebelum atau selepas itu) dia melakukan hubungan seks dengan pasangannya, kita tak boleh ambil kira.
Gambar separuh bogelnya diambil ketika dia sedang TIDUR. Bukan dalam keadaan sedar. Hanya aksi itu sahaja. Tidak ada pun gambar atau video yang merakamkan hubungan seksnya dengan kekasih beliau.
Kalau kes peribadi pun hendak didedahkan dan dijadikan isu, dimana hak kebebasan kita. Saya pun tidur tertonggeng dan entah macamana keadaan kain sarung saya, tetapi tak dirakam pun.
Rabu, 18 Februari 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
2 ulasan:
Ni satu konspirasi untuk menjatuhkan Eli, biasa lar... dunia politik mmg mcm ni.
Nak jatuhkan/malukan org smpai sanggup bongkar kisah atas katil...
Padahal itu 'personal collection'
Kita lihat selepas ini, apa lgi agenda panas & kotor org2 politik untuk dijadikan mangsa sesama mereka...
Apa yg berlaku dlm dunia politik byk memberi pengajaran kpd kita sebenarnya. Untuk kita lebih berhati-hati dn tidak cuba utk mendekatkan diri dgn politik yang serba kotok, jijik dan tidak memberi manfaat ini.
Catat Ulasan