Selasa, 17 Mac 2009

Rupanya ini muka penyangak

Setelah Lembaga Disiplin UMNO selesai menjalankan siasatan, barulah kita tahu muka-muka yang didapati bersalah mengamalkan politik wang dan muka-muka yang sebelum ini naik kerana kewangan bukan melalui perjuangan.

Wajarkah muka-muka yang disahkan bersalah itu diberi ruang dan tempat dalam parti politik? Tentulah tidak. Sebab kerana mereka dan ada lagi yang lain yang masih disiasat, menyebabkan UMNO hampir hancur.

Muka-muka ini, sebelum ini amat lantang 'mencaci' dan 'mengutuk' ahli-ahli yang mengamalkan politik wang. Tetapi hari ini baru kita tahu, mereka sebenarnya mengutuk diri sendiri.

Sebab itu, jangan sekali-kali menuding jari mencari kesalahan orang lain, kerana daripada lima jari itu, hanya satu jari ke arah orang, empat lagi ke arah diri sendiri.

Sekarang, terimalah pembalasan hasil daripada sumpah seranah diri sendiri. Dalam media, bukan main lagi membuat kenyataan, "mana-mana pemimpin yang amalkan politik wang, jangan beri tempat."

Sekarang, siapa yang amal? Orang lain atau kita?

Kalau sebelum ini, rakan kita dikenakan tindakan tatatertib dan rakan itu memberontak tidak berpuas hati dengan hukuman dikenakan, kita pula marah-marah kepada rakan itu, kita kata tak wajar rakan itu bersikap demikian. Rakan itu kena terima hakikat diri dihukum.

Sekarang, apabila sudah terkena pada diri sendiri, terimalah hakikat. Jangan memberontak sebagaimana keadaan rakan di awal hukuman dulu.

Kita harus ingat, setiap apa yang berlaku ke atas rakan, akan berlaku ke atas kita. Itu pun kalau kita tidak pernah insaf dan sedar daripada melakukan perkara buruk.

Alahai politik sekarang. Sudah gaharu cendana pula. Sudah tahu, bertanya pula.

2 ulasan:

Mr Priceless berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Mr Priceless berkata...

Abg Man,

Scr ikhlas sy agak sangsi, adakah para pemimpin kita pada hari ni mempunyai niat yang ikhlas untuk memimpin tidak kira di mana sekalipun, hatta di Kelantan sendiri pun.
Sbg mana contoh UMNO di Kelantan, smmgnye kita lihat kesepaduan tdk wujud. Bila mana, Ku Li menawarkan diri sbg calon utk jwtn presiden, namun hanya Gua Musang saja mencalonnya sbg Presiden. Dimana UMNO Kelantan yang lain. Ini persoalannya?
Memang diakui Ku Li pernah keluar masuk UMNO, namun 'dosa' Ku Li mengkhianati UMNO dan menubuhkan S46 amat sukar diampun, malah populariti Ku Li makin berkurangan di Kelantan bila bertelagah dengan PAS, sedekad lalu. Jika di kira, penglibatan Ku Li dalam pembangunan negara cukup besar, namun di pandang sepi, umpamanya penglibatannya selepas pristiwa 13 Mei yang membawa penggubalan DEB, Penubuhan Petronas, sbg Menteri Kewangan paling lama, dan ketika itu kedudukan mata wang yang kukuh(Malaysia dan Singapore hampir sama).
Dlm hal ini, bkn bermaksud sy pro Ku Li. Malah diakui Ku Li pun mempunyai kontrevesi tersndiri. Tp keboleh dan kredibiliti seseorang tidak akan dipandang dalam politik Malaysia, hanya mereka lihat adalah kepentingan, wang, dia orang aku, aku orang dia.

Cuma pandang peribadi.

Kes Hafizul: Peringatan dan pengajaran