Rabu, 20 Ogos 2014

AL-FATIHAH: Datuk Haji Noor Zahidi meninggal dunia



12.11.1957 - 20.08.2014

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor, Tumpat, Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia kira-kira jam 5.45 pagi tadi akibat penyakit kanser hati.

Beliau menghembuskan nafas terakhirnya di sisi anak dan isterinya, Siti Mona Abdul Kadir di Hospital, China.

Allahyarham Noor Zahidi yang juga Ketua UMNO Bahagian Tumpat menjadi ADUN Pengkalan Kubor selama tiga penggal sejak pilihan raya umum tahun 2004.

Beliau hanya tewas kepada calon Pas ketika bertanding di kerusi Parlimen Tumpat pada tahun 1999.

Menurut Naib Ketua UMNO Bahagian, Wan Mohd Hanapi Wan Yaacob, Allahyarham mula menyedari menghidap penyakit kanser pada tahap kronik Julai lalu setelah mengadu sakit dada dan dimasukkan ke wad sebuah hospital swasta di Kota Bharu.

“Ketika itu tidak ada siapa, malah termasuk Allahyarham sendiri tahu dia menghidap penyakit kanser sehinggalah dimaklumkan oleh pakar sebuah hospital swasta.

“Sejak itu, keadaan kesihatannya merosot dan Allahyarham dinasihatkan agar mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur,” katanya ketika dihubungi Malaysia Gazette.

Noor Zahidi yang juga Pengerusi Lembaga Tembakau dan Kenaf Negara antara pemimpin yang disayangi penduduk Tumpat, khususnya masyarakat Siam.

Tiada ulasan: