Selasa, 19 Ogos 2014

Rodziah desak Malaysia Gazette mohon maaf

rodziah ismail

ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail mendesak portal Malaysia Gazette memohon maaf kepada beliau dalam masa 24 jam berikutan artikel yang mengaitkan dirinya.

Menurut Rodziah, dalam artikel bertajuk “Rodziah lupa diri, tolak Khalid demi jawatan Ketua Wanita PKR” yang ditulis oleh Hamdan Othman disiarkan pada 18 Ogos 2014 adalah dusta semata-mata, berniat jahat, berunsur fitnah dan sengaja mengaibkan dirinya, kata ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail.


“Malaysia Gazette dituntut untuk mengemukakan permohonan maaf secara bertulis di laman hadapan portal tersebut, di semua laman sosial medianya dan dalam salah satu akhbar arus perdana harian bercetak dalam masa 24 jam,” katanya ringkas.

Rodziah akan meneruskan tindakan undang-undang, termasuklah tindakan undang-undang jenayah sekiranya pihak Malaysia Gazette dan Hamdan Othman gagal berbuat demikian.

Pada tengah hari tadi, Rodziah telah membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam hari di mana beliau mohon agar pihak polis menyiasat perkara tersebut bagi kesalahan di bawah seksyen 500 kanun keseksaan.

Tiada ulasan:

Kes Hafizul: Peringatan dan pengajaran