Jumaat, 31 Oktober 2014

Liwat II: 45 keraguan untuk bebaskan Anwar

Liwat II 31-okt : 45 Keraguan Untuk Bebaskan Anwar

Sebanyak 45 keraguan telah disusun oleh Gopal Sri Ram untuk bebaskan Anwar…

Kesemuanya akan dibalas balik sebegini :

Sampel Sperma boleh di swab selepas 3 jam.
 
 Kajian sains membuktikan DNA sperma boleh di swab daripada dubur dan dna boleh kekal sampai 72 jam… Ini adalah hasil kenyataan pakar Anwar sendiri dalam kes ini (Mallard Medical Journal).

Satu spesimen ‘higher rectal swab‘ iaitu swab di penghujung rektum dalam dubur Saiful telah berjaya diswab… Hasil uji kaji memberi keputusan sampel yang dinamakan “Profil Male Y” (profil bersih..bermaksud spesimen tidak tercemar.

Namun, memandangkan kes ini telah berlangsung sebelum enakmen Akta DNA, Anwar tidak wajib untuk beri DNA-nya seperti prosedur sekarang… 

Seperti biasa, tuduh UMNO akan manipulasi situasi dengan DNA-nya… Profil DNA Anwar telah diperoleh melalui 3 barang yang ditinggalkannya dalam lock up selepas dia ditangkap pihak polis…

Tiga barang ini adalah bukti yang diperoleh tanpa ikut prosedur, maka sampel itu tidak boleh diterima oleh mahkamah

Profil Male Y tadi daripada dubur Saiful padan dengan Profil DNA Anwar… Nak kata ianya ditanam selepas berjaya ambil DNA Anwar dulu masa dia ditangkap pun pada tahun 1999… Itu pun tak logik sebenarnya.

Apa-apa spesimen DNA ada hayat iaitu "521 year half life"… selepas satu tempoh masa dna akan mula melalui satu proses yang dipanggil "degradation"… Melalui proses ini, kita boleh ketahui "usia" dna sampel tersebut…Cara inilah yang digunakan untuk kenal pasti bila dinasour wujud dan tahun bila sesuatu artifak itu didapati..

DNA Anwar dalam dubur Saiful tidak melalui proses degradation… Erti kata lain, sperma itu baru dipancut ke dalam dubur Saiful… Bukti DNA ini tidak dapat digunakan di mahkamah kerana barang-barang yang diperoleh daripada lokap yang menjadi sumber untuk profil DNA Anwar telah diambil tanpa kebenaran Anwar…

Memandangkan sampel DNA harus diperoleh dengan kebenaran dan sampel DNA yang diambil tanpa izin individu berkaitan DNA itu tidak boleh digunapakai untuk apa-apa tujuan berkaitan kes ini… Bukti tersebut tidak boleh diterima Mahkamah walaupun keputusan makmal adalah betul dan sahih… Evidence Act

Hujah sains bukan konspirasi… Harus faham… Guilty beyond reasonable doubt… Jika boleh timbulkan kesangsian (misalnya, Anwar pakai baju merah ke hitam masa insiden dan Saiful jawab hitam walhal Anwar pakai merah… Itu sudah cukup untuk menolak bukti lain…. Satu keraguan cukup untuk atasi 10 bukti kukuh)

Tiada ulasan: