Jumaat, 31 Oktober 2014

Liwat II: Penemuan Baru, Checkmate !!

Liwat II 30-okt : Penemuan Baru, Checkmate !!

Hujah Tan Sri Shafiee Abdullah menjadi faktor penting dalam menentukan nasib Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Adakah Shafiee akan mengemukakan penemuan baharu berhubung perbicaraan ini berbanding pasukan peguambela yang hanya mengemukakan hujah dan fakta lama?

Para peguam Anwar telah berpeluang memberi hujah terhebat mereka, ianya suatu perbicaraan yang sangat panjang, banyak perkara diulang-ulang, tiada penemuan baharu dan ramai peguam pemerhati menyatakan ianya adalah tanda aras yang sukar kepada pasukan Anwar. 

Tambahan pula ramai pengamal undang-undang sangat terkejut dengan keputusan ketua pasukan peguam Anwar, Sulaiman Abdullah menarik diri lagi.

Anwar sangat gerun kepada Shafiee, bukan sahaja kerana mereka seangkatan, sangat kenal-mengenali berpuluh-puluh tahun, malah tiada satu pun helah Anwar yang tidak difahami oleh Shafiee.

"Saya lebih kenal Anwar berbanding Tun Dr. Mahathir," demikian kata Shafiee.

Jika anda mahu menggunakan perkhidmatan Shafee, bukan perkiraan wang intinya, tetapi apakah anda sanggup bangun subuh buta jika dipanggil, adakah anda akan terkejut jika yang mengetuk pintu rumah anda bukannya posmen Shafee, tetapi beliau sendiri, dan adakah anda sanggup menerima panggilan telefon di kala anda sedang lena diulit mimpi. Adakah anda sanggup datang ke pejabatnya pada subuh jantan sekiranya dipanggil. Guaman adalah dirinya dalam dirinya.

Anda tidak akan menerima sehelai kertas pun daripada Shafiee melalui orang ketiga. Beliau akan membuatnya sendiri dari A hingga Z. Sampai ke tahap itu integriti dan sekuriti yang diamalkannya.

Maka tiada siapa mampu mencuba belinya jauh sekali merasuahnya, jika sesiapa mencubanya pasti akan kecewa. 

Anwar tahu hal ini, kerana itu Anwar berusaha membatalkan Shafiee daripada menjadi pendakwaraya.

10,000 patah perkataan yang dilontarkan oleh peguam-peguam termahal Anwar, tidak akan sama dengan 100 patah perkataan yang dikeluarkan oleh Shafiee.

Kita tidak bercakap siapa salah siapa betul, itu hak peguam kedua-dua belah pihak dan hak hakim untuk menentukan selepas selesai semua hujah masing-masing. Asasnya ialah keadilan mesti ditegakkan, sama ada kepada Anwar atau Saiful.

Kerajaan tidak ada apa-apa kepentingan dalam isu ini, ianya kes Anwar dengan bekas pembantunya Saiful Bukhari.

Ianya bukan soal siapa kalah siapa menang. Rakyat dan negara kita mesti kekal aman, damai dan harmoni selepas selesai perbicaraan ini. Kita perlu ada muka buku yang baharu.

Kalah atau menang adalah di luar kuasa kita sebagai hamba-Nya, tetapi insya-Allah berkat ketulusan Shafiee menentang yang mungkar kemenangan akan memihak pada yang benar.

Tiada ulasan:

Kes Hafizul: Peringatan dan pengajaran