Sabtu, 13 Disember 2014

Ali Abd Jalil ditangkap Interpol dan akan dihantar pulang ke Malaysia


Ali Jalil DItangkap 
 

Kuala Lumpur – Aktivis pakatan pembangkang yang melarikan diri ke luar negara ditahan pihak berkuasa Interpol selepas Jabatan Imigresen pada Isnin membatalkan pasportnya.

Ali dikatakan telah ditahan pihak berkuasa Dublin.

Dalam posting terbaharu di akaun Facebook miliknya, Ali turut mengesahkan mengenai perkara itu.

Menurut Ali beliau telah ditahan dan akan dihantar pulang.

“Aku diangkut interpol.. Sultan Johor punya balaci ada sekali.

“Malam ni dibawa pulang ke Malaysia.. esok tiba di KLIA dalam jam 12 tgh hari..” ujarnya.

Bagaimanapun sehingga ini tiada sebarang pengesahan rasmi dari pihak Wisma Putra.

Ali sebelum ini berkata telah memohon suaka politik dan dilindungi oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pada 8 September lalu, dia didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan kerana mengkritik sistem raja berpelembagaan.

Ali bagaimanapun dibebaskan sehari selepas itu dengan jaminan polis, namun beliau ditahan semula dan didakwa atas dua lagi pertuduhan di bawah seksyen dan akta yang sama.

Beliau akhirnya dibebaskan pada 29 September lalu.

Pada Oktober, Ali melarikan diri ke Sweden untuk memohon suaka politik, beliau mendakwa tidak dibicarakan dengan adil dan diancam oleh kumpulan gangster serta rasis di Malaysia.

Tiada ulasan:

Kes Hafizul: Peringatan dan pengajaran