Khamis, 4 Disember 2014

Anwar maklum gelaran Datuk Seri ditarik

Anwar Ibrahim
 
Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan meneruskan tugasnya seperti biasa walaupun selepas mengetahui penarikan balik Darjah Kebesaran Seri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSSA) berkuatkuasa 3 November lalu oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menurut Anwar, biar pun gelaran tersebut telah ditarik balik namun beliau tetap akan meneruskan tugas sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.

“Saya mengambil maklum berdasarkan kenyataan media setiausaha sulit Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani bahawa darjah kebesaran SSSA telah ditarik balik berkuatkuasa 3 November lalu.

"Saya menjunjung kasih kepada Almarhum Tuanku Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang telah berkenan mengurniakan penghormatan ini kepada saya,” katanya dalam satu kenyataan media di sini petang tadi.

Sultan Sharafuddin bertindak menarik balik darjah kebesaran yang yang dikurniakan baginda pada tahun 1992 dan membawa gelaran Datuk Seri itu daripada Anwar selepas mendapati ketua pembangkang lantang mengkritik baginda dan Institusi Raja semasa kemelut perlantikan Menteri Besar Selangor beberapa bulan lalu.

Tiada ulasan:

Kes Hafizul: Peringatan dan pengajaran