Selasa, 16 Disember 2014

Tebusan wanita 'terlepas lari' pelajar cemerlang

Post Pic

PETALING JAYA: Tebusan wanita yang berjaya melarikan diri dari kafe Lindt yang ditawan lelaki bersenjata di Sydney, Australia, adalah seorang pelajar universiti terkemuka dan ahli sukan berkemahiran.

Elly Chen, adalah salah seorang daripada dua pelayan yang berlari keluar dari kafe tersebut kira-kira pukul 5 petang (2 petang waktu Malaysia), satu jam selepas dua pelanggan dan seorang lagi pekerja kafe melarikan diri dari premis itu.

Halaman Facebook komuniti menyaksikan kebanjiran ucap selamat, yang tidak putus-putus bercakap tentang keberaniannya melarikan diri, dengan rata-rata menyatakan kelegaan apabila tindakannya itu tidak mendatangkan sebarang kecederaan.
Netizen Melynda Smith memuji keberaniannya kerana beliau mempunyai kekuatan dan tekad untuk melarikan diri daripada cengkaman seorang lelaki bersenjata, dengan berkata, "Ingatan saya terhadap anda dan semua yang telah melalui pengalaman pahit dan menakutkan, semoga bebas dengan selamat."
Menurut profil LinkedIn, Chen merupakan pelajar Aktuari dan Kewangan di University of New South Wales, di mana beliau juga menjadi secara sukarelawan alam sekitar.
Sebagai atlet peringkat kebangsaan, beliau juga berkhidmat sebagai pengajar renang dan tenis di alma mater beliau, Kolej Presbyterian Ladies di Sydney.
Walaupun terlibat dalam sukan di peringkat kebangsaan dan negeri, ia tidak menjejaskan pembelajaran Chen apabila beliau dengan cemerlang menamatkan pengajian di institusi ini dengan mendapat markah Australian Tertiary Admission Rank (ATAR)  99.25.

Polis serbu kafe, tamatkan episod tebusan di Sydney

Post Pic
SYDNEY: Sepasukan polis bersenjata menyerbu masuk ke dalam sebuah kafe di tengah-tengah pusat bandar Sydney, mengakhiri pengepungan di mana lelaki bersenjata telah menawan tebusan yang tidak diketahui jumlahnya selama lebih daripada 16 jam.
Jurucakap polis mengesahkan bahawa operasi telah berakhir, tetapi tidak akan mendedahkan sebarang maklumat lanjut mengenai nasib lelaki bersenjata itu atau orang-orang yang menjadi mangsa tawanannya.
Lain-lain laporan menyatakan bahawa lelaki bersenjata itu dan tebusan telah terbunuh.
Selepas bunyi tembakan dan letupan yang kuat, polis menyerbu masuk ke dalam kafe Lindt Chocolat di Martin Place tidak lama selepas lima atau enam tebusan dilihat melarikan diri dari bangunan itu.
Selepas polis bergerak masuk ke dalam, seorang wanita yang sedang menangis telah dibantu oleh pegawai-pegawai dan sekurang-kurangnya dua orang yang lain telah dibawa keluar dengan kerusi roda.
Tidak lama selepas adegan dramatik berlaku,  lelaki bersenjata telah dikenal pasti oleh media tempatan sebagai Man Haron Monis seorang pelarian Iran yang disabitkan atas kesalahan serangan seksual dan dikenali kerana menghantar surat kebencian kepada keluarga tentera Australia yang terkorban di luar negara.
Seorang pegawai polis berkata 'anda tidak salah' dalam mengenal pasti Monis berusia 50 tahun sebagai lelaki bersenjata itu. Di bawah peraturan jabatan, pegawai-pegawai tidak memperkenalkan identiti diri mereka kecuali berbuat demikian pada sidang akhbar rasmi.
Monis telah lama dipantau pasukan keselamatan. Tahun lepas, dia dijatuhi hukuman 300 jam khidmat masyarakat kerana menulis surat menyinggung perasaan keluarga tentera yang terbunuh di Afghanistan.
"Ini adalah individu yang melakukannya secara rawak.
"Ia bukan satu perbuatan atau peristiwa keganasan bersepadu. Ia adalah perbuatan individu perosak yang melakukan sesuatu yang keterlaluan, " kata bekas peguamnya, Manny Conditsis, kepada Australian Broadcasting Corp," katanya.

Suspek tebusan di Sydney terkenal di kalangan pihak berkuasa Australian - Tony Abbott

Post Pic
 SYDNEY: Lelaki bersenjata kelahiran Iran yang menahan tebusan di sebuah kafe di Sydney amat cenderung kepada golongan pelampau dan mempunyai mental yang tidak stabil, kata Perdana Menteri Australia, Tony Abbott, pada Selasa.
"Dia mempunyai sejarah yang panjang dalam jenayah kekerasan, tergila-gilakan ekstremisme dan mempunyai mental yang tidak stabil," kata Abbott.
"Apabila pengepungannya mula terbuka...dia cuba menutup tindakannya dengan muslihat menggunakan lambang ISIL dan kematian."
Lelaki berusia 50 tahun itu, secara meluas dinamakan dalam media sebagai Man Haron Monis, menahan 17 orang tebusan di kafe Lindt di pusat bandar Sydney pada Isnin.
Dia telah dibunuh apabila polis Pasukan Taktik dan Senjata Khas (SWAT) menyerbu masuk ke kafe itu pada awal pagi Selasa. Dua tebusan juga terkorban.
Abbott berkata dia juga sangat terkenal di kalangan pihak berkuasa Australia.
"Kita tahu bahawa dia telah menghantar surat menyakitkan hati kepada keluarga tentera Australia yang terbunuh di Afghanistan dan telah didapati bersalah di atas kesalahan berkaitan perkara ini," katanya.
"Kita juga tahu bahawa dia menyiarkan bahan grafik pelampau dalam talian. Malang sekali, ada orang-orang dalam masyarakat kita yang bersedia untuk melibatkan diri dalam keganasan bermotifkan politik. "
Abbott memuji polis kerana cara mereka bertindak, sambil berkata rakyat Australia 'perlu diyakinkan melalui agensi-agensi keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang bahawa kita bertindak balas untuk menghapuskan keganasan".
"Jelas, terdapat pengajaran yang boleh dipelajari dan kita akan mengkaji dengan teliti kejadian ini untuk memutuskan apakah pengajaran yang boleh dipelajari," katanya, sambil menambah sedikit masa akan diambil untuk menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku di Martin Place dan mengapa.

Tiada ulasan: