Pagi
tadi saya sempat bersama Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri
Muhyiddin Yassin dalam majlis taklimat banjir di Kelantan yang telah
disampaikan oleh Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) di lapangan
terbang Sultan Ismail Petra pagi tadi.
Saya mengucapkan terima
kasih kepada YAB Timbalan Perdana Menteri yang telah mengeluarkan arahan
agar dipertingkatkan keperluan aset air, udara dan darat dalam usaha
membantu serta menyelamat seluruh mangsa banjir di Kelantan.
Kerajaan
Negeri akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Kerajaan Persekutuan
dalam mengurus bencana banjir yang kritikal ini.
Saya mewakili
pihak Kerajaan juga turut berterima kasih kepada Menteri Besar Selangor
YAB Haji Mohamed Azmin Ali kerana dengan keprihatinan beliau sanggup
turun ke Kelantan menyerahkan sumbangan sebanyak RM1 juta dan membuat
kerahan rasmi akan menghantar jentera khusus bagi operasi membersih pada
fasa kedua setelah banjir surut nanti.
Saya memohon maaf kepada
sekalian rakyat khususnya rakyat di Dun saya kerana pada masa ini saya
menghadapi kesukaran untuk keluar mengagihkan bantuan kerana saya turut
terperangkap dengan air yang mulai masuk ke rumah.
Sama-samalah
kita berdoa, solat hajat dan jangan putus munajat kepada Allah agar
diselamatkan sekalian rakyat Kelantan daripada bencana ini.
USTAZ DATUK AHMAD YAKOB
Menteri Besar Kelantan
Bertarikh: 4 Rabiul Awwal 1436 / 25 Disember 2014 - HARAKAHDAILY | .
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
NEGARA menyaksikan perkahwinan selebriti yang bernilai jutaan ringgit. Terbaru, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan didakwa melan...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan