Kenyataan Media - 29 Jul 2015
1. Sehari selepas pemecatan Timbalan Perdana
Menteri dan Peguam Negara, telah sampai ke pengetahuan saya bahawa
sasaran seterusnya untuk dimangsakan dan dianiaya ialah mereka yang
dikatakan terlibat di dalam Pasukan Petugas Khas menyiasat Skandal 1MDB
dan kes penyaluran wang RM2.67 bilion ke dalam akaun peribadi yang
dikatakan milik Perdana Menteri. Teratas di dalam senarai sasaran
tersebut ialah Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz,
Timbalan Gabenor Bank Negara, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus, Timbalan
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato’ Sri Shukri Abdul dan beberapa orang lagi
Pegawai-Pegawai Kanan Bank Negara dan SPRM.
2. Saya juga mendapat
maklumat, pelantikan Ketua Cawangan Khas (SB) PDRM yang baru yang
diumumkan kelmarin adalah juga berkaitan dengan perkembangan terbaru
ini. Kesemua Pegawai Bank Negara dan SPRM yang dijadikan sasaran ini
dipercayai terlibat secara langsung di dalam proses penyiasatan Pasukan
Petugas Khas tersebut.
Dipercayai dapatan hasil penyiasatan yang
dijalankan mereka tersebut amat menakutkan pihak-pihak tertentu hingga
menyebabkan berlaku pemecatan ke atas Peguam Negara dan sekarang ini
giliran Pegawai-Pegawai Bank Negara dan SPRM pula untuk diganggu,
dipaksa, diugut dan ditakut-takutkan terutamanya dengan pendakwaan
jenayah seperti di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan.
3. Tidak
semena-mena, dalam tempoh 24 jam ini muncul beberapa blog misteri yang
menamakan Pegawai-Pegawai ini sebagai konspirator menjatuhkan Perdana
Meteri dan Kerajaan yang dipilih secara demokratik di mana saya percaya
ini adalah sebahagian daripada taktik licik untuk mengolah persepsi umum
bahawa Pasukan Petugas Khas ini mempunyai niat yang buruk untuk
memfitnah dan menjatuhkan Perdana Menteri dan Kerajaan menggunakan isu
1MDB dan juga penyaluran wang RM2.6 bilion tersebut. Ianya juga jelas
bertujuan untuk menakut-nakutkan Pegawai-Pegawai tersebut daripada
menjalankan siasatan secara telus, adil dan objektif.
4. Dalam
hal ini, saya memberi amaran kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana
Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, PDRM dan Peguam Negara yang baru
supaya mengambil tanggungjawab segera untuk menghentikan serta merta
segala bentuk serangan, gangguan dan ugutan yang dilakukan pihak-pihak
tertentu ke atas mana-mana pihak terutamanya Pegawai-Pegawai Kerajaan
dan agensi penguatkuasaan yang terlibat di dalam penyiasatan kes-kes
berkaitan skandal 1MDB.
"Selamatkan Rakyat Dan Malaysia Tercinta!"
DATO’ MAHFUZ HAJI OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
29 July 2015/ 13 Syawal 1436H
Rabu, 29 Julai 2015
Himpunan anak muda selamatkan Malaysia
Kenyataan Media-29 Julai 2015
Ketidaktentuan negara rentetan jenayah kewangan paling dahsyat sejak kemerdekaan negara, skandal 1MDB yang kekal tidak terjawab serta tindakan balas Perdana Menteri memecat YB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Peguam Negara serta beberapa anggota kabinet yang kritikal terhadap isu 1MDB telah meletakkan negara dalam keadaan bermasalah dan berisiko besar untuk hilang kepercayaan warga dunia.
Situasi ini tidak hanya akan memberikan impak yang buruk kepada ekonomi, malah turut menjejaskan prioriti bernegara memandangkan perseteruan antara kedua-dua kem tertinggi parti pemerintah dilihat akan berlarutan dan meletakkan rakyat sebagai taruhan yang akan tersepit di tengah-tengah kemelut ini.
Anak Muda Harapan Baru melihat bahawa pihak yang paling banyak terkesan daripada kemelut ini ialah anak muda.
Dalam keadaan ekonomi yang sedia 'sakit' lama sebelum krisis politik ini yang telah pun menjerut leher anak-anak muda untuk survive dalam kehidupan seharian, ianya bertambah perit apabila negara dirundung malapetaka konflik yang pastinya melebarkan lagi kesusahan dan keperitan anak-anak muda akibat prioriti pemimpin-pemimpin politik yang pastinya dihalakan untuk 'membunuh' seteru masing-masing.
Konflik pertembungan politik ini seakan-akan melengkapkan kitaran pembulian kepada rakyat setelah kerajaan dengan penuh zalim memaksa rakyat terbanyak membayar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang telah semua sedia maklum menjadi punca segala kenaikan kos kehidupan yang telah menyempitkan hela nafas anak-anak muda khususnya di kawasan-kawasan bandar.
Hal itu belum termasuk ura-ura kenaikan harga minyak yang diramalkan berlaku sekitar Ogos dan September ini.
Jalan yang terbaik untuk menamatkan kemelut ini dan memangkin keyakinan warga dunia kepada Malaysia ialah Peguam Negara yang baru perlu meneruskan pendakwaan ke atas Perdana Menteri.
Beliau perlu membuktikan kewibawaan beliau sungguhpun kita akui amat mustahil Peguam Negara yang 'direstui' Perdana Menteri ini untuk mengheret Dato' Sri Najib Tun Razak ke muka pengadilan.
Kegilaan melantik anggota PAC sebagai Menteri bagi mengendurkan siasatan ke atas 1MDB, pemecatan tiba-tiba Peguam Negara yang membelakangkan Perkara 145 (6) Perlembagaan Persekutuan, memecat Timbalan Perdana Menteri yang bersuara atas jenayah yang berlaku merupakan tindakan-tindakan yang cenderung mewujudkan culture of fear kepada rakyat.
Seolah-olah kedudukan Perdana Menteri sentiasa betul, tidak pernah salah dan sentiasa perlu dituruti sekalipun curang dalam menggalas amanah.
Anak Muda Harapan Baru merasakan bahawa keadaan negara tidak boleh berterusan begini lagi. Satu tindakan tuntas perlu dilakukan. Lantas pada 8 Ogos 2015, Anak Muda Harapan Baru akan menggerakkan 'Himpunan Anak Muda Selamatkan Malaysia'.
Himpunan ini bertujuan mengumpulkan suara ramai generasi muda dalam memulihkan kembali keadaan negara yang telah rosak akibat tangan-tangan kotor orang politik.
Justeru satu jelajah akan diadakan ke negeri-negeri dalam usaha meningkatkan penglibatan segenap segmen anak muda untuk hadir dalam himpunan tersebut. Jelajah yang dijadualkan bermula di Pantai Timur itu nanti diharapkan bakal memuncak dengan kehadiran seramai mungkin anak muda untuk bersuara dalam himpunan 8 Ogos itu nanti.
SANY HAMZAN
Penyelaras Anak Muda
Gerakan Harapan Baru

Selasa, 28 Julai 2015
Saya redha - Muhyiddin
Tan
Sri Muhyiddin Yassin tetap mempertahankan prinsip dan pendiriannya
dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), justeru beliau redha jika
alasan digugurkan dari Kabinet kerana membangkitkan perkara tersebut
secara terbuka.
"Selama saya berkhidmat saya sentiasa menyokong semua dasar kerajaan dan menyokong kepimpinan YAB Perdana Menteri.
"Kecuali dalam isu 1MDB saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, nama baik parti dan kepentingan negara.
"Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada Kabinet maka saya redha," katanya dalam kenyataan di sini.
Perdana Menteri yang melakukan rombakan Kabinet hari ini menggugurkan nama Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Jawatan itu akan dipegang oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Muhyiddin berkata, beliau menerima keputusan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan hati terbuka dan menghormati kuasa prerogatif Perdana Menteri untuk melantik dan menggugurkan mana-mana anggota Kabinet.
"Sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya telah terlibat secara langsung dalam pembuatan dasar-dasar kerajaan dan melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada saya dengan penuh amanah.
"Selama saya berkhidmat, saya sentiasa mendokong semua dasar kerajaan dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri kecuali dalam isu 1MDB," ujarnya.
Beliau berikrar akan terus setia kepada perjuangan UMNO dan sebagai Timbalan Presiden UMNO akan terus melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan dan mencurahkan khidmat bakti demi memperkukuhkan parti serta mengembalikan keyakinan orang Melayu dan rakyat kepada UMNO.
Dalam kenyataan itu, Muhyiddin turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana telah memberikan peluang untuk berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan persekutuan sebagai Timbalan Perdana Menteri bermula 10 April 2009.
"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan semua pihak yang telah menyokong saya sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri," kata Muhyiddin. - MalaysiaGazette

Kenyataan media Tan Sri Muhyiddin Yassin
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan persekutuan sebagai Timbalan Perdana Menteri bermula 10 April 2009.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan semua pihak yang telah menyokong saya sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Saya menerima keputusan YAB Perdana Menteri untuk menggugurkan saya daripada kabinet dengan hati yang terbuka. Saya menghormati kuasa prerogatif YAB Perdana Menteri untuk melantik dan menggugurkan mana-mana anggota kabinet.
Sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya telah terlibat secara langsung dalam pembuatan dasar-dasar kerajaan dan melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada saya dengan penuh amanah. Selama saya berkhidmat, saya sentiasa mendokong semua dasar kerajaan dan menyokong kepimpinan YAB Perdana Menteri.
Kecuali dalam isu 1MDB, saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, nama baik parti dan kepentingan negara. Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet maka saya redha.
Saya akan sentiasa setia kepada perjuangan UMNO. Sebagai Timbalan Presiden UMNO, saya akan terus melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya dan mencurahkan khidmat bakti saya demi memperkukuhkan parti serta mengembalikan keyakinan orang Melayu dan rakyat kepada UMNO.
Kepada Allah saya berserah.
TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
27 Julai 2015

Imej UMNO merudum dengan pemecatan Muhyiddin - Sanusi Junid
Pengguguran
Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri jelas
menunjukkan kepimpinan kerajaan cepat melatah apabila ditegur.
Veteran UMNO, Tan Sri Sanusi Junid berkata, penguguran Muhyiddin akan memecahbelah dan menyebabkan imej UMNO merudum kerana Ahli Parlimen Pagoh itu juga mempunyai sokongan dan pengaruh di peringkat akar umbi.
Lebih-lebih lagi nama beliau digugurkan selepas membuat teguran terbuka kepada kerajaan atas rasa tanggungjawab dan kasih sayang kepada UMNO.
Sanusi menyifatkan apa yang berlaku kepada Muhyiddin tidak pernah dipraktikkan sebelum ini, meskipun pernah berlaku individu nombor dua tidak senada dengan perdana menteri.
"Tengku Razaleigh Hamzah tidak pernah senada dengan Tun Dr. Mahathir, tetapi beliau tidak digugur dalam Kabinet. Jangan sama kes Tun Musa Hitam, itu berbeza," katanya kepada MalaysiaGazette.
Sanusi mendedahkan Muhyiddin memang selama ini menjadi pilihan pemimpin UMNO sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana nilai-nilai teguh Islam dan Melayu, sesuai dengan kedudukannya sebagai anak seorang ulama.
"Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah menolak Najib sebagai timbalannya kerana mahu Muhyiddin. Tengku Razaleigh juga akan memilih Muhyiddin jika menjadi perdana menteri.
"Malah, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut pernah menyatakan akan memilih Muhyiddin kalau impiannya menjadi perdana menteri," tambahnya.
Tegasnya, Najib sebenarnya tidak perlu bimbang dengan Muhyiddin sebagai timbalannya kerana lebih berusia, sepatutnya dijadikan untuk mengimbangi keadaan dalam banyak situasi.
"Kalau dia (Muhyiddin) dibuang, entah siapalah yang menjadi penasihat Najib supaya berbuat demikian," ujarnya. - MalaysiaGazette

Apa tindakan Muhyiddin seterusnya
Pemecatan
Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri sudah
diumumkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
yang melantik Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan beliau.
Namun kini apa yang penting kepada UMNO bagaimana Muhyiddin
bertindak balas terhadap apa yang telah dilakukan oleh Najib
terhadapnya.
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hubungan Ekonomi
(IDEAS), Wan Saiful Wan Jan berpendapat, Muhyiddin boleh memanggil
Mesyuarat Agung Luar Biasa UMNO atau menunggu persidangan Parlimen
selepas ini untuk melaksanakan undi tidak percaya kepada Najib.
"Apa yang bakal berlaku kepada UMNO sekarang adalah bergantung
kepada reaksi Tan Sri Muhyiddin Yassin ke atas pemecatan beliau.
Sekiranya Muhyiddin memulakan langkah untuk memanggil Mesyuarat Agung
Luar Biasa UMNO bagi melaksanakan undi tidak percaya kepada Najib, kita
memang menjangkakan perang besar akan berlaku di dalam parti.
"Namun begitu, sekiranya beliau memilih untuk menantikan
persidangan Parlimen seterusnya bagi memulakan undi tidak percaya kepada
Perdana Menteri di Parlimen, ini juga pastinya akan mencetuskan krisis
yang besar di dalam negara," katanya dalam satu kenyataan di sini hari
ini.
Wan Saiful yang menyifatkan pemecatan Muhyiddin sebagai langkah terdesak telah memberi impak buruk kepada kerajaan.
Selain ia akan menimbulkan lebih banyak persoalan, tindakan ini
juga dibimbangi bakal memberi impak kepada situasi ekonomi dan
sosio-politik negara.
Tambahnya, rombakan Kabinet bukanlah sesuatu yang mengejutkan
kerana tiada perdana menteri yang mampu memiliki ahli jemaah kabinet
yang mengkritik beliau secara umum.
Bagaimanpun, masa dan cara rombakan dilakukan telah mengundang
persoalan baharu di mana Perdana Menteri bukan sahaja tidak memberi
jawapan yang baik kepada kritikan yang dilemparkan kepada beliau,
sebaliknya memilih untuk memecat para pengkritiknya.
"Setiap persoalan dan kritikan masih belum terjawab. Apa yang lebih
buruk, rombakan kabinet dilakukan serentak dengan penamatan
perkhidmatan seorang indvidu yang mempunyai kuasa untuk mendakwa atau
tidak mendakwa sesiapa yang bersalah dalam skandal 1Malaysia Development
Bhd. (1MDB)
"Masa dan cara rombakan ini dibuat memberi gambaran seolah-olah
Perdana Menteri hanya mahu mendiamkan para pengkritiknya dan
menghentikan sebarang pendakwaan atas kesalahan jenayah sekiranya ada,"
dakwanya.-MalaysiaGazette
Ahmad Zahid dilantik Timbalan Perdana Menteri
Datuk
Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri
Dalam Negeri dalam rombakan Kabinet yang diumumkan Datuk Seri Najib
Razak di sini hari ini.
Beliau menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan dari Kabinet bersama empat menteri yang lain dan seorang timbalan menteri termasuk Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Seri Hasan Malek dan Datuk Seri G. Palanivel.
Senarai Kabinet baharu menyaksikan Najib terus memegang jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, tujuh menteri baharu dilantik dan sementara sembilan muka baru menjawat jawatan timbalan menteri.
Najib dalam sidang media mengumumkan rombakan itu berkata, keputusan yang dibuat bertujuan memperkukuhkan lagi barisan Jemaah Menteri dalam menghadapi cabaran menguruskan negara sebelum Pilihan Raya Umum ke-14.
"Keputusan saya menggantikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menggugurkan empat orang menteri dan seorang timbalan menteri, serta perubahan portfolio dibuat setelah mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentadbiran.
"Ini bagi memastikan pentadbiran di bawah saya terus komited, sentiasa fokus kepada usaha pembangunan negara sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat pada pilihan raya umum yang ke-13," katanya.
Menurut Perdana Menteri, Jemaah Menteri perlu bertindak sebagai satu pasukan yang jitu dalam apa juga keaaan, melangsungkan agenda pembangunan negara serta menguruskan isu-isu negara yang berbangkit agar dapat bertindak dengan berkesan.

Rabu, 22 Julai 2015
Lim Kok Wing letak jawatan pegawai strategik perhubungan awam Najib
Tan Sri Lim Kok Wing yang pelantikannya sebagai penyelaras kempen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini menimbulkan kekecohan, meletakkan jawatan awal bulan ini, menurut sumber kepada The Malaysian Insider.
The Malaysian Insider difahamkan penjawatan singkat pakar pengiklanan itu sebagai penasihat Najib berakhir awal bulan ini selepas mengemukakan surat peletakan jawatannya.
Ini terjadi ketika perdana menteri sedang bergelut meningkatkan sokongan yang semakin berkurangan berikutan isu yang berkaitan dengan kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), penyaluran dana ke dalam akaun peribadinya dan desakan supaya beliau meletakkan jawatan.
Lim difahamkan menerima surat pelantikannya awal tahun ini daripada setiausaha sulit kanan di Pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Azlin Alias yang meninggal dunia April lalu dalam nahas helikopter yang turut membunuh ahli Parlimen Rompin Tan Sri Jamaluddin Jarjis.
The Malaysian Insider pada 22 Mei lalu melaporkan Lim yang menggerakkan kempen pilihan raya Barisan Nasional sebelum ini dilantik sebagai penyelaras baharu kempen awam Najib dalam usaha memenangi hati rakyat Malaysia dan meningkatkan populariti perdana menteri yang semakin berkurangan.
Lim, 69, yang juga seorang pendidik terkenal dilantik ketika kemuncak skandal 1MDB yang menyaksikan Najib berdepan dengan kritikan cukup keras dalam kerjaya politiknya dengan tuduhan rasuah dan penyelewengan dana dikaitkan dengan syarikat pelaburan negara itu.
Baru-baru ini, Najib didapati terlibat dalam skandal pembiayaan pilihan raya di mana beberapa syarikat yang dikaitkan dengan 1MDB didakwa menyalurkan berbilion ringgit ke dalam akaun peribadinya.
Lim menyertai kumpulan penasihat perdana menteri yang termasuk Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin, Datuk Johari Baharum, Tan Sri Rais Yatim dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Beliau juga pernah berkata, pelantikannya "bukanlah sesuatu yang istimewa" sambil menyatakan beliau sudah bekerja untuk kerajaan Malaysia sejak 1974 dalam penggubalan Dasar Ekonomi Baru.
Pelantikannya bagaimanapun, mengundang kemarahan pengguna media sosial yang mempersoalkan integriti Lim dalam membantu Najib yang diselubungi skandal kewangan.
Ramai juga menegaskan, Lim walaupun dengan kelayakan yang mengagumkan, tidak akan dapat membantu Najib kerana dakwaan yang terlalu serius terhadap Najib, sambil menambah bayaran kepadanya adalah "satu pembaziran wang rakyat".
Dilaporkan juga sebaik saja Lim menerima pelantikan itu, beliau merangka rancangan untuk Najib pergi menjelajah di seluruh negara bagi mengumpul sokongan dan mendengar aduan daripada rakyat.
Pengasas Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing itu juga diambil bekerja dengan Najib bagi menjalankan kempen politik untuk beliau dalam usaha menentang bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang secara terbuka meminta beliau meletak jawatan berikutan skandal 1MDB.
Nama Lim, yang terlibat dalam kerja kempen pilihan raya selama hampir empat dekad, meningkat naik semasa pentadbiran Dr. Mahathir.
Dr. Mahathir pernah menegur Lim kerana memintanya berhenti menyerang Najib berhubung skandal 1MDB, menuduh beliau "bertungkus lumus" cuba menutup salah laku dalam 1MDB.
Merujuk kepada Lim, negarawan itu menulis dalam blognya yang beliau dinasihatkan oleh "rakan" yang baru-baru ini dilantik sebagai ahli strategi perhubungan awam kepada perdana menteri, supaya tidak menyerang Najib berhubung isu 1MDB.
Namun, Dr. Mahathir berkata, sebelum ini "rakannya" itu pernah menyatakan kebimbangan mengenai dasar dan prestasi pentadbiran Najib dan menggesa beliau (Dr. Mahathir) melakukan sesuatu mengenainya.
Bagaimanapun katanya, ketika menerima kunjungan rakannya itu, beliau nampaknya sudah berubah dan menggesa Dr. Mahathir agar tidak menyerang perdana menteri.
The Malaysian Insider berusaha menghubungi Lim untuk pengesahan berhubung peletakan jawatannya, tetapi panggilan dan teks WhatsApp tidak berjawab.
Selasa, 21 Julai 2015
Gelombang Harapan Baru di Kota Baru dan Kangar
Ia kini bukan lagi satu harapan baharu, tetapi gelombang yang akan melanda negara, kata para pemerhati terhadap 2 majlis perhimpunan Gerakan Harapan Baru (GHB) yang pertama di Kota Baru, Kelantan dan Kangar, Perlis malam tadi.
Dewan Himpunan Cina Kota Baru dilimpahi hingga ke luar, begitu juga Dataran Paduka Sena, Kangar. Orang ramai memenuhi kedua-dua himpunan pertama itu selepas GHB dibentuk dengan rasminya Isnin 13 Julai lalu.
Mengulas perkara itu, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib berkata:”Suatu ombak kini bermula. Ombak ini kian membesar.”
"Kepimpinan Mohamad Sabu dan seluruh pendukungnya dalam GHB dilihat bergerak sebagai satu pasukan dan tahu membaca gerak hati rakyat Malaysia yang kini amat dahaga kepada kepimpinan yang baik serta beramanah sesuai dengan ajaran Islam," kata pemimpin PAS yang pernah menjadi menteri besar Selangor itu.
Bagaimanapun, pemimpin PAS lain dalam komen spontan mereka berkata, program pusingan pertama ini memang dijangka akan mendapat sambutan baik kerana orang ramai ingin tahu mengenainya.
Namun, mereka percaya, ia akan mula kehilangan tarikan selepas itu.
Perhimpunan di Kota Baru diketuai Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.
Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa mengutus ucapan bertulis kerana beliau masih tidak sihat untuk menyertai himpunan itu.
Turut serta bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim yang turut memberikan ucapan sebagai bekas ahli Parlimen Kota Baru.
Di Kangar pula, himpunan dipimpin sendiri Mohamad Sabu, pengerusi GHB, platform yang dibentuk kumpulan progresif dalam PAS yang dipinggirkan parti Islam itu dalam pemilihan awal Jun lalu.
Turut serta ialah Ahli Parlimen Parit Buntar Mujahid Yusof yang menjadi antara tokoh penting gerakan ini di samping Pengarah Pilihan Raya PKR Datuk Saifudin Nasution Ismail.
Mohamad yang lebih dikenali Mat Sabu ketika memberikan ucapan di Kangar berkata GHB tidak mempunyai pemimpin utama kerana mereka semua pemimpin.
"Kita mahu kuasa rakyat yang menjadi kuasa menurunkan kerajaan Barisan Nasional. Kalau esok lusa pakatan yang akan ditubuhkan menjadi zalim pula, kita mahu kuasa rakyat ini pula yang turunkan kami," kata Mat Sabu.
Mujahid dalam ucapannya di Kangar berkata, pakatan baharu yang mereka tubuhkan nanti tidak berhasrat mahu menukar Datuk Seri Najib Razak saja sebagai perdana menteri, tetapi mahu menukar kerajaan Umno yang zalim.
"Kita bukan mahu tukar Najib dengan perdana menteri Umno yang lain," katanya disambut sorakan orang ramai.
Husam, yang sepatutnya menjadi penceramah utama di Kota Baru, dalam surat yang diutusnya, memohon maaf kepada semua yang hadir kerana masih belum sihat sepenuhnya.
"Derita rakyat adalah derita kita bersama, harapan rakyat adalah harapan kita bersama," katanya dalam kenyataannya.
Selepas Kota Baru dan Kangar, mereka akan ke Perak pula pada 26 Julai ini dalam program jelajah seluruh negara gerakan ini.
Jho Low, PetroSaudi berpakat tipu Malaysia RM7.3 bilion menerusi 1MDB
The Edge Financial Daily dalam laporan muka depan hari ini melaporkan bukti yang mereka kumpul menunjukkan urus niaga di antara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan PetroSaudi International adalah penipuan bagi mencuri AS$1.83 bilion (RM6.9 bilion) dari Malaysia semata-mata.
Ia menamakan Low Taek Jho (Jho Low), Tarek Obaid dan Patrick Mahony, dengan dibantu beberapa lagi eksekutif tertinggi 1MDB, sebagai dalang penipuan yang bermula pada 2009 dengan pelaburan awal AS$1 bilion yang kemudian berkembang menjadi AS$1.83 bilion menjelang 2011.
Harian niaga itu melaporkan pada asalnya PetroSaudi sepatutnya melaburkan aset bukan tunai sebanyak AS$1.5 bilion bagi menjadikannya usaha sama bernilai AS$2.5 bilion.
Usahasama itu kemudiannya dibatalkan namun 1MDB tidak pernah mendapat semula wang mereka dan hanya mendapat murabahah serta nota hutang.
Menurut akhbar itu, AS$1.83 bilion yang dilaburkan 1MDB dimasukkan ke pelbagai akaun mereka yang terbabit di bank global di New York, Switzerland, London dan Singapura sementara 1MDB pula sekadar diberikan kertas maya yang tidak bernilai.
Bank berkenaan termasuk JP Morgan, RBS Coutts, Credit Suisse, HSBC dan BSI Bank. Ini menunjukkan berlaku penipuan dan penggubahan wang haram di peringkat antarabangsa.
Akhbar itu turut menyertakan carta yang menunjukkan aliran keluar wang berdasarkan penyata bank penerima dan pengirim.
Ia juga menjelaskan cara 1MDB cuba menutup lubang yang terhasil daripada usahasama dengan PetroSaudi itu dengan membayar yuran penamatan sebanyak AS$2.22 kepada Aabar Investments bagi melupuskan opsyen yang dikeluarkan kepada Aabar.
Katanya, dua pengarah 1MDB termasuk Bakke Mohd Salleh, meletak jawatan berhubung pembayaran sebanyak AS$700 juta kepada Good Star Limited tanpa izin lembaga pengarah dan mencabuli kelulusan Bank Negara.
Dalam nota kepada pembaca, penerbit Ho Kay Tat berkata akhbar itu mempunyai tanggungjawab awam melaporkan penipuan untuk menipu rakyat Malaysia berbilion ringgit.
Katanya, laporan itu adalah yang terakhir berkenaan 1MDB dan pihaknya akan menyerahkan apa saja yang ada pada mereka kepada agensi yang menyiasat 1MDB.
"Bagaimanakah perkara yang kami lakukan ini boleh dianggap konspirasi politik?" soalnya.
Akhbar harian itu dan penerbitan The Edge Weekly diberikan surat tunjuk sebab daripada Kementerian Dalam Negeri berkenaan laporan tentang 1MDB.
Jumaat, 10 Julai 2015
Sarawak Report: RM2 juta dideposit ke akaun ‘Rosmah Binti Mansor’ tahun ini
Laman pembocor maklumat Sarawak Report mendakwa RM2 juta dideposit ke dalam akaun bank yang dikatakan milik Rosmah Mansor.
Laporan itu mendakwa laporannya berasas maklumat diterima berkaitan sebuah akaun dengan Affin Bank Berhad.
Ia mendakwa sejumlah besar wang dideposit ke dalam akaun itu dalam tempoh dua bulan bermula pada awal tahun ini.
Memetik dokumen didakwa berkaitan siasatan 1MDB, Sarawak Report mendakwa seorang individu bernama "Roslan Sohari" antara 10 Februari dan 23 April tahun ini memasuki sebuah cawangan bank itu di Kuala Lumpur sebanyak lapan kali.
Akaun Bank PM Di Ambank Ditutup Lebih Awal
KUALA LUMPUR – Akaun bank milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak tidak terlibat dalam arahan pembekuan pada 6 Julai kerana ia telah ditutup lebih awal.
Pasukan petugas khas yang menyiasat dakwaan dana disalurkan kepada akaun perdana menteri, hari ini berkata dua akaun Najib di bank itu telah ditutup pada 30 Ogos, 2013 dan 9 Mac 2015.
Bagaimanapun, pasukan petugas khas itu telah memperoleh dokumen bank berkaitan dengan dua akaun itu, menurutnya dalam satu kenyataan.
Rabu, 8 Julai 2015
Masuk akaun PM, ini kenyataan Peguam Negara
BERHUBUNG SIASATAN PASUKAN PETUGAS KHAS BERKENAAN DAKWAAN DANA DISALURKAN KE AKAUN PERDANA MENTERI
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, menekankan kebimbangannya berhubung pembocoran dokumen berkaitan dengan suatu siasatan jenayah yang sedang dijalankan dan meminta supaya siasatan penuh dibuat ke dalam perkara itu.
Kebimbangan itu turut disokong oleh Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
Peguam Negara mengambil maklum bahawa dokumen yang didedahkan dalam artikel Wall Street Journal, “Malaysia Orders Freeze of Accounts Tied to Probe of Alleged Transfers to Prime Minister Najib” bertarikh 7 Julai 2015 merupakan hal perkara suatu siasatan dan menekankan kepentingan menjaga integriti siasatan itu agar tidak timbul kemusykilan di kalangan orang awam.
Peguam Negara menekankan bahawa ini bukan persoalan “whistle-blowing” kerana perkara yang berkenaan sudah dalam siasatan. Suatu lagi isu yang membimbangkan adalah bahawa dokumen itu dikatakan telah dibocorkan dari dalam siasatan itu sendiri.
Peguam Negara juga memperjelas bahawa perintah pembekuan yang dikeluarkan pada 6 Julai 2015 tidak melibatkan mana-mana akaun yang dikatakan dipunyai oleh Perdana Menteri.
Peguam Negara turut menyatakan kebimbangannya tentang sindiran dan pengataan yang telah dibuat yang mengaitkan Peguam Negara dengan agenda politik tertentu.
Peguam Negara menekankan bahawa tujuan Pasukan Petugas Khas antara agensi itu ditubuhkan untuk menyiasat perkara ini adalah untuk memastikan bahawa tidak timbul sebarang salah guna mekanisme siasatan.
Peguam Negara menekankan bahawa beliau tidak akan teragak-agak untuk mendakwa mana-mana orang yang didapati telah membocorkan maklumat sulit yang berkaitan siasatan kerana adalah suatu kesalahan jenayah di bawah masing-masing seksyen 133 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan seksyen 145 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 untuk mana-mana orang yang mempunyai akses kepada apa-apa dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan hal ehwal atau akaun mana-mana pelanggan suatu institusi kewangan, termasuk institusi kewangan itu atau mana-mana orang yang ialah atau pernah menjadi pengarah, pegawai atau ejen institusi kewangan itu, untuk mendedahkan kepada seorang lain apa-apa dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan hal ehwal atau akaun mana-mana pelanggan institusi kewangan itu.
Adalah juga menjadi suatu kesalahan jenayah di bawah seksyen 203A Kanun Keseksaan untuk mana-mana orang menzahirkan sebarang maklumat atau perkara yang telah diperolehinya pada melaksanakan tugasnya atau menjalankan fungsinya di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan untuk mana-mana orang yang mempunyai apa-apa maklumat atau perkara yang dia tahu telah dizahirkan dengan melanggar undang-undang untuk selanjutnya menzahirkan maklumat atau perkara itu kepada mana-mana orang lain.
TAN SRI ABDUL GANI PATAIL
Peguam Negara Malaysia
8 Julai 2015

Sabtu, 4 Julai 2015
PM percaya Dr Mahathir di belakang dakwaan terbaru beliau ambil dana RM2.63 billion menerusi 1MDB
inShare
Datuk Seri Najib Tun Razak lewat Jumaat malam mengeluarkan satu
kenyataan menerusi laman facebooknya dakwa Tun Dr Mahathir Mohamad
bergandingan dengan pihak luar negara serta Sarawak Report dibelakang
pembohongan terbaru beliau ambil dana menerusi 1MDB.
“Biar saya lebih jelas.Saya tidak pernah ambil dana untuk kepentingan peribadi seperti didakwa oleh musuh politik – samaada dari 1MDB,SRC International atau lainlain entiti, seperti mana syarikat-syarikat ini sudah mengesahkannya”,katanya.
Najib menegaskan adalah jelas sekarang dakwaan–dakwaan paslu ini adalah sebahagian dari kempen terancang sabotaj politik untuk jatuhkan seorang Perdana Menteri yang dilantik secara demokratik.
Kenyataan Perdana Menteri itu jelas merujuk kepada laporan Wall Street Journal dan Sarawak Report Jumaat yang dakwa wang berjumlah RM2.67 bilion dipindahkan ke pelbagai entiti yang ada berkaitan 1MDB untuk masuk ke akaun peribadinya dalam 5 deposit berasingan.
BERIKUT IALAH KENYATAAN PENUH PERDANA MENTERI: In recent months, various allegations – all unsubstantiated, and many simply outrageous – have been directed against me and my family.
These attacks began when I refused to implement Tun Mahathir’s personal demands. I refused, because I do not believe it is right for Malaysia to be ruled by proxy.
Tun then created a crisis when he recklessly claimed that RM42 billion was missing from 1MDB, when in fact these are audited debts backed by RM51 billion audited assets.
The latest allegation is that I have taken state-linked funds for personal gain. I believe Tun, working hand in glove with foreign nationals, including the now discredited political attack blog Sarawak Report, is behind this latest lie.
Let me be very clear: I have never taken funds for personal gain as alleged by my political opponents – whether from 1MDB, SRC International or other entities, as these companies have confirmed.
It is now clear that false allegations such as these are part of a concerted campaign of political sabotage to topple a democratically elected Prime Minister.
At no point have those making these allegations offered any evidence. All we have heard is that these allegations are based on leaked documents and unnamed investigators. Not once has the source of these documents ever been shown, neither have the documents themselves been provided for verification by lawful authorities.
As we now know, a number of the documents on which recent allegations have been based were reportedly doctored. The person who was leaking these documents is under investigation by authorities overseas for attempting to extort and blackmail his former employer. This says a lot about the reliability of the documents, and those who are using them to damage our government and our country.
Those who continue to mount these attacks should be prepared to face the consequences of their actions. These gutter tactics - in some cases criminal tactics - to overthrow the government will fail. Where appropriate, they will be met with the full force of the law.
It’s a shame that these false attacks motivated by self interest come at a time of unique opportunity for Malaysia – with our Chairmanship of ASEAN this year, and the prize of developed nation status around the corner. I will stay focused on the work of nation building for the people.

Sabotaj politik terhadap PM jalan terus…terbaru kisah songlap RM2.63 billion
0inShare
Cerita macam ini memang seronok dibaca.Konon satu pendedahan sensasi .Apa lagi jalan ceritanya macam real mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bukan sikit.Bayangkan AS$700 juta yang bersamaan dengan RM2.67 bilion didakwa dipindahkan ke pelbagai entiti yang ada berkaitan 1MDB .Duit itu akhirnya masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri dalam 5 deposit berasingan.
Wang itu didakwa disonglap sebelum pilihanraya umum ke 13.
Isu dakwaan ini mencuri perhatian sepanjang Jumaat ekoran laporan dakwaan itu disiarkan oleh Wall Street Journal dan Sarawak Report.

Jumaat, 3 Julai 2015
RM2.64 bilion masuk ke akaun Najib? - kata WSJ
BANGI, Jumaat – Dalam apa yang dikatakan ‘perkembangan mengejutkan’, penyiasat yang meneliti syarikat pelaburan negara mengesan hampir AS$700 juta (kira-kira RM2.64 bilion) telah didepostikan ke dalam akaun yang mereka percaya adalah milik Datuk Seri Najib Razak, lapor The Wall Street Journal.
Berdasarkan dokumen yang diperoleh daripada siasatan kerajaan oleh akhbar kewangan berkenaan, ini adalah kali pertama Perdana Menteri secara langsung dikaitkan dengan siasatan terhadap syarikat kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Laporan yang diterbitkan hari ini menyebut, Najib yang mengasaskan 1MDB dan mengetuai Lembaga Penasihat syarikat itu, berdepan tekanan politik yang semakin meningkat di mana 1MDB bergelut untuk membayar hutang terkumpul berjumlah AS$11 bilion (kira-kira RM41.5 bilion).
Rabu, 1 Julai 2015
Pesawat tentera Indonesia terhempas: 141 mayat ditemui setakat ini
Pihak berkuasa Indonesia berkerja sepanjang malam untuk mengeluarkan mangsa pesawat pengangkut Hercules milik Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI AU) yang terhempas di Medan, Sumatera Utara, tengah hari Selasa.
Sehingga jam 5 pagi Rabu, 141 mayat mangsa korban ditemui lapor Detik.com.
Pesawat yang membawa 113 penumpang termasuk 12 anggota tentera itu berlepas dari Pangkalan Udara Soewondo menuju ke Kepulauan Riau sebelum terhempas kira-kira dua minit sebaik berlepas.
Ia melanggar beberapa tiang menara telekomunikasi sebelum terhempas ke satu blok bangunan perniagaan yang menyebabkan bangunan tiga tingkat itu ranap sama sekali.
Langgan:
Catatan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...