Rabu, 1 Julai 2015
Pesawat tentera Indonesia terhempas: 141 mayat ditemui setakat ini
Pihak berkuasa Indonesia berkerja sepanjang malam untuk mengeluarkan mangsa pesawat pengangkut Hercules milik Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI AU) yang terhempas di Medan, Sumatera Utara, tengah hari Selasa.
Sehingga jam 5 pagi Rabu, 141 mayat mangsa korban ditemui lapor Detik.com.
Pesawat yang membawa 113 penumpang termasuk 12 anggota tentera itu berlepas dari Pangkalan Udara Soewondo menuju ke Kepulauan Riau sebelum terhempas kira-kira dua minit sebaik berlepas.
Ia melanggar beberapa tiang menara telekomunikasi sebelum terhempas ke satu blok bangunan perniagaan yang menyebabkan bangunan tiga tingkat itu ranap sama sekali.
Antara yang disahkan terkorban adalah lima pekerja sebuah spa pusat rawatan tradisional.
Kerja-kerja mencari dan menyelamat masih diteruskan bagi mencari mangsa yang dipercayai masih berada di bawah runtuhan bangunan dan bangkai pesawat.
Kepala Staf Angkatan Udara (KSAU), Marshal Agus Supriyatna dipetik sebagai berkata, masalah teknikal dipercayai punca pesawat Hercules C-130 itu terhempas di Jalan Jamin Ginting, di Kota Medan.
Katanya, sebelum pesawat itu terhempas, juruterbang pesawat telah menghubungi pangkalan udara dan meminta kebenaran untuk berpatah balik.
"Juruterbang sempat meminta untuk berpatah balik ke pangkalan. Dalam kondisi itu, biasanya ada masalah sama pesawat. Kemungkinan persoalan mesin," katanya.
Pesawat Hercules A-1310 itu terhempas di Jalan Jamin Ginting, Medan dan merempuh beberapa bangunan rumah kedai dan pusat rawatan tradisional.
Pesawat yang membawa 113 penumpang termasuk 12 anggota tentera itu berlepas dari Pangkalan Udara Soewondo menuju ke Kepulauan Riau sebelum terhempas kira-kira dua minit sebaik berlepas.
Presiden Republik Indonesia Joko Widodo dipetik oleh siaran televisyen sebagai berkata kerajaan telah mengarahkan supaya semua pesawat jenis Hercules diaudit secara keseluruhan bagi memastikan ia selamat untuk digunakan.
Katanya, buat masa ini keutamaan ialah memberi tumpuan kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa.
Sementara itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein merakamkan ucapan takziah kepada Indonesia susulan lebih 70 orang terkorban dalam nahas udara paling buruk angkatan udara republik itu di Medan.
Hishammuddin dalam laman twitter beliau malam ini menzahirkan ucapan takziah dan dukacita yang mendalam kepada Pak Ryamizard (Menteri Pertahanan Indonesia Ryamizard Ryacudu, TNI (Tentera Nasional Indonesia) dan rakyat Indonesia atas tragedi C130 di Medan."
"Saya telah berhubung dengan Pak Ryamizard untuk menyampaikan takziah, kami turut berasa sedih bersama seluruh rakyat Indonesia,' katanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan