Sabtu, 4 Julai 2015

Sabotaj politik terhadap PM jalan terus…terbaru kisah songlap RM2.63 billion

0Share

Cerita macam ini memang seronok dibaca.Konon satu pendedahan sensasi .Apa lagi jalan ceritanya macam real mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bukan sikit.Bayangkan AS$700 juta yang bersamaan dengan RM2.67 bilion didakwa dipindahkan ke pelbagai entiti yang ada berkaitan 1MDB .Duit itu akhirnya masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri dalam 5 deposit berasingan.

Wang itu didakwa disonglap sebelum pilihanraya umum ke 13.

Isu dakwaan ini mencuri perhatian sepanjang Jumaat ekoran laporan dakwaan itu disiarkan oleh Wall Street Journal dan Sarawak Report.

Kata orang bagi yang tidak usul periksa memang mudah terpengaruh laporan itu yang lengkap dengan dokumen itu ini.

Serangan terhadap Perdana Menteri mengenai isu 1MDB dan sewaktu dengannya nampaknya jalan terus

Untuk mengelak pelbagai andaian 1Malaysia Development Bhd (1MDB) segera mengeluarkan kenyataan menjelaskan yang syarikat itu tidak pernah menyalurkan sebarang dana kepada Perdana Menteri.

"Pendedahan terbaharu telah membangkitkan kebimbangan mengenai kesahihan beberapa dokumen 'bocor' yang digunakan beberapa saluran media dan blog dalam talian seperti Sarawak Report untuk memperdayakan orang ramai selain mewajarkan tuduhan yang dibuat terhadap syarikat ini serta kerajaan.

"Perbuatan sedemikian oleh sesetengah pihak media, amatlah tidak bertanggungjawab dan merupakan perbuatan yang disengajakan untuk menjejaskan syarikat ini," kata 1MDB.

Menurutnya, berdasarkan laporan media, dokumen berkaitan itu didapati telah dipinda dan digunakan oleh seorang individu yang ketika ini ditahan di negara asing, untuk memeras ugut bekas majikannya.

"Sehubungan itu, kami amat terkejut bagaimana dokumen sedemikian, yang kewujudan dan ketepatannya belum disahkan secara umum, terus digunakan sebagai asas bagi tuduhan tidak berasas terhadap 1MDB," katanya.

1MDB turut menegaskan ia sedang memberi kerjasama bagi beberapa siasatan oleh pihak berwajib termasuk Ketua Audit Negara, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan Bank Negara Malaysia.

"Pihak berwajib berkenaan mempunyai segala maklumat berkaitan dan 1MDB telah meminta semua pihak menunggu hasil siasatan mereka sebelum terus membuat dakwaan serta membuat keputusan secara melulu," katanya.

Kemudiannya pada sebelah tengahari Pejabat Perdana Menteri (PMO) menerusi satu kenyataan kata tuduhan terbaharu, bersumberkan daripada beberapa penyiasat tidak dinamakan, yang dijadikan asas untuk menyerang Perdana Menteri merupakan sabotaj politik yang berterusan.

Katanya terdapat usaha bersepadu oleh individu tertentu untuk melemahkan keyakinan terhadap ekonomi, memburukkan kerajaan dan menyingkirkan perdana menteri yang dipilih secara demokrasi, meskipun kejayaan Najib dalam mengemudi ekonomi Malaysia mengharungi keadaan tidak menentu global sekarang.

"Dilaporkan bahawa pembocoran dokumen, pemalsuan dan pemerasan berlaku untuk mengelirukan media dan orang ramai," kata PMO.

Menurutnya adalah menjadi kewajipan kepada anggota media yang bertanggungjawab untuk tidak menganggap dokumen-dokumen sebagai tulen melainkan disahkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.

Mengenai tuduhan itu sendiri, perlu diberi perhatian bahawa 1MDB telahpun menyatakan ia tidak pernah menyediakan dana kepada perdana menteri, kata PMO. -  Agendadaily 3/7/2015

Tiada ulasan: