PETALING JAYA: Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman kini berhadapan situasi
sukar untuk melaksanakan tugas selaku Menteri Besar Terengganu susulan
tindakannya yang dikatakan telah menyebabkan pihak istana negeri itu
murka.
Situasi itu tercetus Jumaat lalu ketika Ahmad Razif mengiringi Sultan
Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menunaikan solat Jumaat.
Ia dikatakan melibatkan isu pengumuman jumlah sumbangan menerusi program yayasan yang berkait rapat dengan pihak istana negeri.
Susulan itu, pihak istana dikhabarkan menarik balik semua gelaran
kebesaran yang dikurniakan kepada Ahli Dewan Undangan (Adun) Seberang
Takir itu.
Sumber memberitahu mStar Online, insiden pada Jumaat lalu yang
disebarkan menerusi media sosial sememangnya berlaku dan kini menunggu
pengesahan pihak Istana Terengganu.
"Dalam keadaan sekarang, susah untuk Ahmad Razif jalankan tugas selaku
MB kerana tiap minggu dia perlu menghadap Sultan Mizan untuk memaklumkan
perkembangan mesyuarat Exco terutama keputusan yang dibuat dan
membincangkan hal pentadbiran negeri.
"Kalau Ahmad Razif kekal sebagai MB, rasanya payah. Mungkin tak lama
lagi akan ada perubahan kepimpinan negeri, cuma tak pasti melalui kaedah
mana, sama ada pilihan raya atau kerajaan perpaduan," katanya ketika
dihubungi di Terengganu.
Desas-desus yang tersebar bagaikan diiyakan apabila pengacara pada
beberapa program yang dihadiri Ahmad Razif hanya mengumumkan
kehadirannya dengan menyebut jawatan beliau tanpa gelaran Datuk Seri.
Kata sumber itu, perjumpaan dengan semua Adun Barisan Nasional (BN) akan
berlangsung Ahad malam bagi memberi penjelasan berhubung situasi
terkini melibatkan Ahmad Razif dan pihak istana.
Tambahnya lagi, situasi terkini tentunya memberi ruang untuk bekas
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said untuk terus mengatur langkah bagi
memastikan Ahmad Razif tidak akan kekal mengisi jawatan itu.
Bagaimanapun, katanya, semuanya mungkin akan ditangani Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak
bulan depan.
Mengikut rekod, Umno mempunyai 17 Adun di Terengganu manakala PAS (14) dan PKR (1).
Pada 8 Mac lalu, Ahmad Said yang juga Adun Kijal membuat usul tidak
percaya kepada Ahmad Razif pada sidang Dewan Undangan Negeri, namun
ditolak Speaker, Datuk Mohd Zubir Embong.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan