Polis memburu Ng Woon Chieh @ Ah Chong, 37, kerana disyaki
memiliki lima bom buatan sendiri yang ditemui di sebuah kondominium di
Damansara Perdana pagi Ahad.
Malah dipercayai suspek juga sudah meletupkan bom di sebuah rumah di Jalan Wan Empok, Sri Petaling, awal pagi tadi.
Ketua
Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainudin Ahmad berkata,
dalam kejadian jam 1.30 pagi, suspek bersama dua rakannya pergi ke rumah
berkenaan dan memukul seorang lelaki berusia 48 tahun sehingga cedera.
“Mereka
mencari seorang wanita warga Vietnam dipercayai bekas teman wanita
lelaki yang dipukul itu. Suspek meletakkan objek dipercayai bom dalam
bilik di rumah itu.
“Mangsa mendengar beberapa letupan dari bilik berkenaan dan pada masa sama, dia dipukul hingga pengsan.
“Mangsa
dan keluarga (ibu dan bapanya) diselamatkan dalam keadaan bergari dan
dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM),” katanya.
Zainudin
berkata, berikutan kejadian itu, polis menyerbu sebuah unit kondominium
di Metropolitan Square, Damansara Perdana dan menemui lima bahan
letupan berkenaan.
Selain
Ah Chong, polis turut memburu Chow How Luen, 39, yang dipercayai
terbabit dalam kejadian itu dan memiliki bom buatan sendiri.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan