Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terus menyerang Pak Lah dengan mengajak ahli UMNO menyingkirkan segera Presiden parti itu demi untuk menyelamatkan UMNO daripada terus musnah dan hancur.
Pada masa sama, beliau turut menyebut beberapa nama seperti Tengku Razaleigh Hamzah, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pemimpin yang dilihat layak menggantikan Pak Lah untuk memimpin negara dan parti.
"Saya tak kisah siapa yang akan menjadi pengganti asalkan Abdullah disingkirkan segera," katanya ketika berucap pada forum bertajuk ‘UMNO Pasca Pilihan Raya Umum 12: Suara Hati Rakyat’ anjuran Badan Bertindak Gabungan Ahli-Ahli Akar Umbi UMNO Johor di Johor Bharu Sabtu lalu.
Antara ahli panel forum ialah anak Tun Dr. Mahathir yang juga Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz; bekas Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Ruhanie Ahmad; dan bekas Ketua Pengarang Kumpulan NSTP, Datuk A. Kadir Jasin.
Ketika sesi soal jawab dengan hadirin Tun Dr. Mahathir mengulangi perkara sama mengenai langkah-langkah yang akan dilakukannya jika beliau diberi kuasa.
Katanya, banyak yang akan dilakukan tetapi yang pertama ialah singkir Abdullah.
Ditanya mengenai hasrat anaknya Mukhriz nak bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO, Tun Dr. Mahathir berkata, itu adalah haknya.
"Dulu masa saya Perdana Menteri... saya tak bagilah," katanya.
Ditanya apakah ini bermaksud beliau merestui Mukhriz bertanding, Tun Dr. Mahathir lantas berkata, "ini bukan soal restu tetapi hak dia.
Mengenai andaian Mukhriz kelak akan hanya menjadi penyambung lidahnya menerusi jawatan itu, bekas Perdana Menteri itu secara sinis berkata, semua orang patut tutup mulut.
"Saya patut tutup mulut semua orang. Banyak orang dok bercakap semacam saya suruh Pak Lah turun jadi semua orang yang kata sedemikian adalah penyokong saya dan patut tutup mulutlah."
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan