PADA 21 Jun 2002 ketika Tun Dr Mahathir sedang menyampaikan ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung UMNO, beliau dengan tiba-tiba terhenti seketika setelah kerongkongnya tersekat sebaik beliau menyebut akan bersara daripada parti dan kerajaan.
Belum pun sempat beliau meneruskan ucapannya, setelah tersekat, tiba-tiba dua balaci UMNO menyerbu ke arahnya sambil memujuk dan melontar pertanyaan, "Why Dato' Seri?" "Why?"... "Dato' Seri sabar Dato' Seri"... "Kita masih memerlukan Dato' Seri sebagai Presiden"...
Kenalkah pembaca suara siapa dan siapakah yang bersungguh-sungguh sekali melontarkan kata-kata manis bagai lembut gigi dari lidah itu? Tidak bukan, mereka ialah Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Rafidah Aziz dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Gambar kedua-dua ini pemimpin sayap inilah yang melindungi wajah Tun ketika itu. Muka kedua-dua balaci itulah yang terpapar lebih besar di dada akhbar berbanding wajah Tun yang ketika itu sedang menangis sedih kerana hendak meninggalkan UMNO.
Seluruh perwakilan yang ada dalam dewan PWTC ketika itu heboh. Keadaan dan suasananya seperti sebuah pasar yang digegarkan dengan letupan bom oleh pengebom berani mati.
Hingar bingar, riuh rendah dan kelam kabut, sehinggalah Pak Lah muncul di resteron memegang mikrofon dan membuat pengumuman minta semua bersabar dan dengan 'bersemangatnya' melaungkan "Kita mahu Dr Mahathir bersama kita"... "Kita berdiri teguh di belakang Dr Mahathir"... "Kita tidak mahu Dr Mahathir meletakkan jawatan".
Mungkin pembaca dapat bayangkan bagaimana suara Pak Lah ketika melaungkan kata-kata itu. Suaranya yang serak serak basah dan tidak jelas tutur katanya itu mendapat tepukan daripada para perwakilan. Perhimpunan agung ketika itu terhenti seketika kerana memberi laluan kepada Dr Mahathir berehat.
Hebat sungguh mesyuarat ketika itu. Keesokkan hari semua akhbar, dari arus perdana sehingga akhbar nyamuk menyiarkan di muka depan gambar Tun Dr Mahathir. Malangnya, wajah Tun tidak jelas kerana dilindungi oleh dua balaci (Rafidah dan Hisammuddin).
Rafidah yang hangat dengan 'AP' nya dan Hishammuddin yang hangat dengan isu 'yuran persekolahan percuma', tetapi bila buka sekolah, pelajar dan murid dikenakan bayaran 'masuk sekolah' melebihi RM100 tiap seorang.
Sekarang, apabila Tun bertindak keluar UMNO, kedua-dua balaci itu tidak lagi tampil memujuk atau menangis, sebaliknya mengkritik keras tindakan bekas presiden UMNO itu. Macam-macam tuduhan mereka lemparkan kepada Tun yang sebelum ini telah menaikkan mereka.
Rafidah dan Hishammuddin merupakan dua ahli UMNO yang paling lama memegang jawatan menteri. Kini mereka sudah lupa diri. Macam pelanduk lupakan jerat.
Ramai pemimpin UMNO kini bagai si Tanggang lupakan asal usul dan ibu yang melahirkan, membesarkan dan mengasuhnya dari kecil hingga besar. Apabila sudah besar, ibu dilupakan, dimaki.
Ingat, satu masa nanti, mereka juga akan menerima nasib yang sama. Jadi, jangan terkejut kalau diri mereka diperlakukan sebagaimana mereka memperlakukan Tun. Allah Maha Agung.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
1 ulasan:
itulah perlunya sebuah kerajaan yang bukan dinaungi UMNO.
Catat Ulasan