Rabu, 6 Julai 2011

PERBICARAAN KES SOSILAWATI HARI KE 3: Sosilawati tunjuk cek RM1 juta daripada Pathmanabhan

SHAH ALAM 6 Julai - Jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya pernah menunjukkan cek bernilai RM1 juta yang diterimanya daripada bekas peguam N. Pathmanabhan di Banting awal Ogos lepas.

Sahabat karib Sosilawati, Junaidah Ismail, 52, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, cek itu ditunjukkan kepadanya selepas sahabat karibnya itu berjumpa dengan Pathmanabhan, yang merupakan antara yang didakwa membunuh Sosilawati dan tiga lagi, di hadapan pejabat bekas peguam itu yang terletak berhadapan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat pada 3 Ogos 2010.

Junaidah yang merupakan saksi ke 13 berkata demikian pada hari ketiga perbicaraan kes Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang, T. Thilaiyagan, R. Matan dan R. Khatavarayan yang didakwa membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44; di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara pukul 8.30 malam dan 9.40 malam pada 30 Ogos 2010. - Bernama

Tiada ulasan: