Dalam banyak-banyak isi kandungan Harian Metro, saya tertarik dengan ruangan SOAL JAWAB AGAMA ini dan saya terpanggil untuk copy paste untuk dikongsi baca oleh pembaca laman web saya.
Apa yang saya buat ini adalah untuk tatapan umum semata-mata bagi mendapatkan kesedaran dan pengajaran, ia tidak ada kaitan langsung dengan gaya atau budaya hidup yang berlaku dalam kepimpinan politik pembangkang hari ini. Selamat membaca.
SUKAR LUPA HUBUNGAN SONGSANG
SAYA seorang jurutera dan mempunyai 'hubungan kasih' songsang dengan sahabat saya seorang lelaki 'latino'. Kami menjalin hubungan lebih dua tahun dan dia juga mengasihi saya.
Saya cuba melupakannya dengan memperbanyakkan mendekatkan diri kepada Allah, tetapi jiwa dan fikiran saya tidak boleh melupakannya.
Pemuda 'latino' itu juga bekerja sepejabat dengan saya dan kami masih menghubungi antara satu sama lain.
Bagaimana saya hendak melupakan pemuda itu dalam hidup saya? Saya takut dengan azab Allah dan saya tidak mahu mengulangi perbuatan terkutuk dengan pemuda itu yang juga beragama Kristian. - AHMAD, Qatar
USTAZ JAWAB:
SECARA fitrah, setiap manusia ada rangsangan seksual dan secara normal manusia tertarik kepada jantina berlainan jenis. Gangguan seksual di luar fitrah adalah tidak normal dan manusia perlu berusaha untuk menjauhinya, malah mengikis perasaan sedemikian.
Kecenderungan sedemikian adalah satu penyakit. Ia berupa ketagihan atau kegilaan yang sukar dibendung manusia yang tunduk kepada nafsu dan bukannya ajaran Islam.
Dengan sebab itu, agama merawatnya melalui bentuk hukuman berat apabila didapati bersalah dalam hubungan songsang seperti hukuman rotan sama dengan kesalahan zina.
Selain itu, individu itu sendiri perlu mengubahnya. Kelakuan songsang sukar untuk dibuktikan dan disabitkan kesalahan. Bagaimanapun, keadaan dunia sekarang sudah berubah apabila manusia mulai mengakui terbabit dalam kelakuan songsang secara terbuka.
Mungkin apa yang berlaku di zaman Nabi Luth kembali menyerang masyarakat sekarang. Sebenarnya, budaya homoseksual akan menghancurkan diri dan masyarakat manusia seperti yang pernah terjadi di zaman Nabi Luth.
Mereka yang terbabit itu sudah merosakkan diri dan jiwa pasangannya. Daripada seorang lelaki yang berjiwa kental dan perkasa ia menjadi lemah lebih-lebih lagi pasangannya yang sudah menjadi 'effeminate' (lelaki lembut yang mempunyai peribadi seorang wanita).
Perkara utama yang perlu anda lakukan ialah bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat, iaitu berazam tidak mengulangi tabiat buruk itu.
Ia membabitkan perubahan dalaman termasuk dalam persoalan membina akhlak mulia dan baik. Antara akhlak dan nilai utama yang perlu ditanam dalam diri seseorang ialah nilai kebijaksanaan berdasarkan ilmu, nilai berani, menjaga maruah diri dan adil.
Mempunyai akhlak dan peribadi berdasarkan empat nilai utama itu, seseorang dapat menjaga diri, masyarakat dan negara. Ini ditambah dengan nilai keagamaan seperti patuh kepada perintah Allah.
Sebenarnya, kebebasan manusia secara sepenuhnya (al-bara’ah al-asliyyah) sudah dibatalkan (nasakh) dalam Islam apabila setiap individu Muslim perlu beribadat hanya kepada Allah dan perlu mematuhi perintah-Nya.
Apabila setiap Muslim memahami perkara itu, segala larangan Allah dapat dipatuhi tanpa banyak alasan. Seterusnya kita mesti ingat bahawa kehidupan di dunia bukannya kekal dan setiap orang akan kembali kepada Allah.
Segala kewajipan dan larangan yang dikenakan ke atas manusia akan disoal di akhirat nanti. Dengan adanya perasaan takut kepada Allah, ingat kepada mati dan hari akhirat seseorang dapat mengelak daripada terjebak melakukan aktiviti songsang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan