Sabtu, 18 Februari 2012

Sepatutnya dibuang dalam mangkuk jamban

Orangnya agak sedikit berisi, dengan rambut ala skema dan ketinggiannya boleh dikategorikan sebagai rendah, Datuk Ahmad Maslan, atau Tok Mad, merupakan Ketua Penerangan UMNO Malaysia.

Namun, jangan diperlekehkan ketinggiannya, atau rambut skemanya, kerana bicaranya sering kali mematahkan hujah lawan.

Beliau juga merupakan tokoh yang tidak jemu 'membelasah' pembangkang dalam setiap temubual atau program-program politiknya.

Sehingga ke hari ini, tugasnya selaku Ketua Penerangan dimanfaatkan sebagai modal terbaik untuk turun bertemu dengan rakyat. Rakyat disajikan dengan pelbagai informasi. Sebagai contoh, Majlis Penerangan Perdana yang dibuat di setiap negeri dengan berskala besar-besaran dilihat satu usaha untuk mendedahkan perihal kepincangan pembangkang.

Kali ini, Tok Mad berada satu tapak di hadapan berbanding dengan pemimpin BN yang lain dalam memperjuangkan agama, bangsa dan negara.

Menariknya, perlakuannya membuang buku Jingga ke dalam tong sampah boleh dianggap berani. Mungkin ramai yang memperlekehkan tindakan Tok Mad, namun tidak semua pemimpin BN berani untuk memperlakukan sedemikian rupa.

Ada risikonya untuk Tok Mad. Selepas ini, beliau mungkin menjadi sasaran bertali arus dari pembangkang, berikutan 'penghinaan' yang Tok Mad anugerahkan.

Apa tidaknya, Buku Jingga adalah 'umpan' terbaik dari pembangkang, dengan isi kandungannya yang menjanjikan bulan dan bintang. Namun standard buku tersebut rupanya hanyalah di dalam tong sampah!

Sememangnya itulah tempat yang paling molek untuk Buku Jingga, berdasarkan keupayaan Pakatan Pembangkang mengurustadbir negeri-negeri yang mereka tawan. Di Selangor, pelbagai janji PRU 2008 masih belum tertunai.

Antaranya ialah elaun sara untuk suri rumah sepenuh masa, bantuan RM75 sebulan untuk anak yang dihantar ke nurseri, RM50 untuk anak-anak yang dihantar ke tadika, dan berpuluh lagi janji palsu mereka.

Betapa pembangkang sebenarnya cuba untuk terus memperbodohkan rakyat dengan janji-janji terbaru, sedangkan 'hutang' mereka kepada rakyat sejak 2008 belum pun lunas.

Dan cuba lihat nilai amaun itu, sekadar berpuluh ringgit utk seorang pun tidak mampu dilaksanakan oleh mereka. Apakah mampu mereka menunaikan janji berbillion-billion kepada rakyat?

Penulis sekadar menyentuh kebajikan rakyat Selangor yang telah dijanjikan oleh pentadbiran Khalid Ibrahim.

Ingat, Selangor bukanlah negeri yang miskin. Akan tetapi, ke mana perginya hasil negeri? Yayasan Selangor menuju kehancuran, PKNS sudah tidak lagi dikuasai oleh kerajaan negeri.

Apakah ini yang dipanggil 'memfaraid harta rampasan perang'? Maka tidak silap seandainya Tok Mad memilih untuk meletakkan maruah buku Jingga ke dalam tong sampah, persis maruah mereka yang memperjuangkannya.

Rakyat tidak boleh dibiarkan terus dibuai janji-janji sang munafik, apatah pula si kafir harbi!

Tiada ulasan: