Syabas Nik Aziz
AWANG mahu menjadi orang pertama mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat kerana telah mengisytiharkan diri untuk bertanding lagi pada PRU13.
Pengumuman mengenai perkara itu dinyatakan kelmarin dalam ceramah beliau di pejabat parti negeri. Nampaknya tempoh 45 tahun belum cukup.
Jika tidak silap, Nik Aziz, 81, adalah wakil rakyat paling lama dalam sejarah tanah air. Beliau mula menjadi calon pilihan raya pada tahun 1967. Jawatan Menteri Besar pula sudah empat penggal iaitu melebihi 21 tahun. Pun tidak cukup lagi.
Tidak sangka dalam keadaan yang agak uzur, Nik Aziz masih mahukan jawatan tersebut. Khabarnya, hendak menyampaikan taklimat kepada beliau juga sukar atas masalah pendengaran dan fikirannya yang tidak lagi tajam. Kenyataannya juga selalu mencelarukan, yang tidak mencerminkan beliau seorang Menteri Besar dan Mursyidul Am Pas.
Itu belum menyentuh soal prestasi pentadbiran beliau yang dianggap lemah. Misalnya, isu air bersih, yang merupakan keperluan asas untuk rakyat Kelantan sehingga hari ini belum dapat diselesaikan.
Tetapi Nik Aziz ada kuasa untuk mewajarkan kedudukannya sampai bila-bila yang beliau mahukan.
Awang masih ingat tidak lama dahulu bagaimana beliau memburuk-burukkan Dr. Mahathir Mohamad kerana dikatakan begitu lama menjadi Perdana Menteri.
Malah Nik Aziz pernah menyatakan tidak sedikitpun akan mengikut jejak langkah mantan Perdana Menteri itu. Paku dulang, paku serpih mengata orang, dia yang lebih.
Keputusan terbaru itu menyerlah hakikat siapa sebenarnya Nik Aziz. Dakwaan beliau kononnya Pas masih mahukan khidmat beliau, sekadar alasan.
Mahathir berundur ketika majoriti rakyat masih memerlukan kepimpinannya dan ketika popularitinya berada di kemuncak. Biarpun setelah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, dunia termasuk negara-negara Islam mengagumi ketokohan beliau.
Beliau tetap dengan pendiriannya walaupun ramai yang menghalang beliau untuk bersara. Jika Dr. Mahathir yang tidak dikaitkan dengan imej ulama mempunyai keyakinan untuk berundur dan tidak selamanya mahu bergayut pada jawatan, mengapa Nik Aziz tidak boleh berbuat demikian?
Apakah beliau tidak yakin kepada pemimpin pelapis Pas Kelantan. Buruk dan dungu sangatkah mereka? Atau mereka dikaitkan dengan isu korup yang serius (sebagaimana menjadi buah mulut) sehingga tidak layak diberi kepercayaan? Nik Aziz juga ada isu integriti berkaitan menantunya, yang semua orang tahu.
Difahamkan, reaksi di kalangan pemimpin dan ahli Pas bercampur-campur. Ada yang suka dan ada yang menyambutnya secara sinikal. Makin ramai ahli dan penyokong Pas sesungguhnya kecewa dengan Nik Aziz kerana tunduk kepada agenda DAP dan PKR sehingga parti itu tergelincir daripada landasan perjuangan Islam sebenar.
Sesungguhnya Awang kasihankan Nik Aziz, beliau sudah hilang keyakinan untuk mencermin diri dan memahami realiti. Apa pun, kuasa sememangnya mudah melekakan manusia. Kalau Tok Guru sudah sedap - peduli apa - teruskan sahaja. (Bisik-Bisik Mingguan)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
2 ulasan:
org tua nyanyuk tak sadar diri. perasan dirinya alim ulamak, walhal inilah ahli neraka jahanam. atas dunia berimej warak, dlm kubur nanti taulah dia.
AKULAH ANOK KELATE PALIN MALANG ADO MB MCE NI.
Catat Ulasan