Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Sebisa-bisa ular tedong atau selar tewas dibibir gelas juga.
Begitulah halnya dengan encik Karpal Singh ini. Sebijak-bijak dia menjadi peguam sehingga menjadi rebutan ketua pembangkang untuk mengendalikan kes liwatnya dan sepandai-pandai dia memimpin parti politik, ada tikanya dia tertewas dan tergigit lidahnya sendiri juga.
Demikianlah encik Karpal Singh kita ini. Dalam keghairahannya hendak mempertahankan kemenangan parti pembangkang di Perak pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 empat tahun lalu, beliau sanggup dan berani mengeluarkan kenyataan menghasut Sultan Perak, Raja Azlan Shah.
Orang lain jadi pemimpin juga. Jadi ketua juga, tetapi kalau berlaku masalah dalam parti, kerana disebabkan kesilapan diri sendiri, mereka terima kenyataan dan hakikat. Tetapi sebaliknya pula bagi encik Karpal Singh kita ni.
Beliau dengan angkuh dan sombong, dengan andaian dialah peguam paling handal di muka bumi ini, boleh mengeluarkan apa saja kenyataan menghina termasuk Raja-Raja Melayu seperti Sultan Raja Azlan Shah.
Kenyataannya itu bukan saja biadab, tetapi mencerminkan beliau seorang yang amat daif mengenai perlembagaan dan perundangan.
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan memutuskan walaupun Karpal Singh seorang Ahli Parlimen dan peguam kanan terkenal berhak membuat ulasan politik dan memberi pandangan mengenai perlembagaan dan undang-undang, hak serta kebebasan bersuara yang dijamin Perlembagaan Persekutuan itu tidak mutlak.
Hakim Datuk Ahmad Ma’arop dalam penghakimannya 105 muka surat, berkata kebebasan bersuara yang dijamin itu bererti seseorang berhak bercakap, menulis atau menerbitkan apa yang disukainya asalkan tidak melanggar undang-undang.
Oleh itu, katanya, apa yang dinyatakan Karpal pada satu sidang media pada 2009 mengenai Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berhubung krisis politik di negeri itu melepasi garis yang memisahkan pernyataan perkataan yang dibenarkan undang-undang dengan pernyataan menghasut.
Hakim Ahmad juga berkata, pendakwaan hanya perlu membuktikan perkataan yang dinyatakan Karpal mempunyai kecenderungan menghasut.
Katanya, pendakwaan tidak perlu membuktikan bahawa perkataan itu menyebabkan keganasan sebenar atau reaksi adverse sebenar.
Hakim Ahmad berkata, sama ada kenyataan Karpal benar atau tidak, adalah tidak material.
"Dalam mempertimbangkan persoalan sama ada perkataan responden (Karpal) itu menghasut atau tidak, pandangan saksi yang mendengar perkataan berkenaan bukan penentunya dan sebenarnya adalah tidak relevan.
"Mahkamahlah yang mesti memutuskan sama ada perkataan responden itu menghasut atau tidak," katanya.
Pada 20 Januari lalu, Hakim Ahmad yang mempengerusikan panel tiga hakim memerintahkan Karpal membela diri terhadap tuduhan membuat kenyataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah pada sidang media pada 2009.
Panel berkenaan yang turut dianggotai dua Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Clement Allan Skinner dan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Jun 2010 yang melepas dan membebaskan Karpal daripada tuduhan itu tanpa memerintahkannya membela diri.
Karpal dituduh mengeluarkan perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak di firma guamannya di Jalan Pudu Lama di sini antara 12 tengah hari dan 12.30 tengah hari pada 6 Februari 2009.
Beliau didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa pengguguran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar oleh Sultan Perak boleh dipersoalkan di mahkamah.
Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Mahkamah Rayuan pada 20 Januari lalu, menetapkan hari ini untuk sebutan kes Karpal di Mahkamah Tinggi.
Dalam penghakimannya itu, hakim Ahmad berkata, perkataan yang dinyatakan Karpal mempunyai kecenderungan bagi mempersoalkan kuasa prerogatif Sultan Perak yang dilindungi mengikut Perkara 181(1) Perlembagaan Persekutuan.
Hakim Ahmad berkata, tiada keraguan di fikiran panel itu bahawa sidang media itu dibuat dengan niat atau sekurang-kurangnya dengan harapan supaya apa yang dinyatakan dalam sidang akhbar berkenaan akan disiarkan.
Dalam sidang media itu, beliau berkata, Karpal berulang kali menyatakan perkataan yang jelas membawa pengertian bahawa Sultan Perak melanggar undang-undang, tidak mengikut undang-undang atau tidak menghormati undang-undang. – BERNAMA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan