Ya, betul tu. Kalau Raja Petra Kamarudin (RPK) buat kenyataan tak betul, buat pendedahan tak tepat, dua YB Pakatan Rakyat ni patut kemukakan saman. Biar RPK sedar dan perit dan tak akan buat 'fitnah' yang boleh memalukan YB-YB Pakatan lagi.
Tapi kalau dakwaan RPK tu betul, benar dan tepat, sekurang-kurangnya dua YB ni patut letak jawatan kerana perbuatan mereka telah menjejaskan imej 'bersih' YB-YB Pakatan yang lain.
Namun, daripada kenyataan balas dua YB ini, 80 peratus ada kebenarannya dengan dakwaan RPK itu, terutama melibatkan wang sebanyak RM50,000 yang telah dimasyukkkkan ke akaun.
Duit dan jumlah yang dinyatakan oleh RPK itu benar-benar wujud dan ada faktanya. Ini diakui sendiri oleh dua YB berkenaan, cuma dalih dan alasannya, duit itu bukan dalam kategori minta (rasuah), tetapi 'pinjam'.
Aneh, dalam banyak-banyak bank yang ada di negara ini, yang kerjanya memberi pinjaman kepada rakyat termasuk YB-YB, dengan kontraktor pasir itu juga YB ni minta 'pinjam'. Dan YB 'minta pinjam' duit RM50,000 dari kontraktor itu pula serentak dengan permintaan kontraktor berkenaan nak keluarkan pasir.
Dah secara 'kebetulan', nak buat macam mana kan. Nama lagi 'kebetulan'. Kiranya YB-YB Pakatan ni bernasib baiklah sebab apa yang berlaku pada mereka, ia berlaku secara 'kebetulan'. Minta sogokan pun dikatakan 'minta pinjam'.
2 ADUN dicabar saman Raja Petra
KUALA LUMPUR 10 Feb. – Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor, Shuhaimi Shafie dan Amiruddin Shari dicabar menyaman pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin sekiranya dakwaan pembabitan mereka dalam skandal rasuah pasir di negeri itu tidak benar.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selayang, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, tindakan tersebut perlu dilakukan segera bagi membuktikan kedua-dua wakil rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak terlibat sekali gus membersihkan integriti dan nama baik mereka.
“Shuhaimi yang suatu ketika dahulu lantang bersuara dalam isu rasuah pasir di Selangor perlu tampil membela diri dengan memberi penjelasan bagi menafikan penglibatan beliau dalam isu tersebut.
“Ini sekali gus dapat membersihkan nama beliau selaku pemimpin masyarakat, bukan mengalih perhatian rakyat dengan menghentam Raja Petra di dalam blognya.
“Saya juga ingin menasihatkan Amiruddin supaya tidak membuat sindrom sepi atau membisu. Beliau perlu berani ke depan membuat kenyataan bagi membersihkan keadaan, bukannya menghilangkan diri,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan