Dari dulu lagi orang Cina dah tanam dalam kepala otak mereka bahawa orang
Melayu boleh atau mudah dibeli dengan wang ringgit. Ada yang kata
Melayu boleh dibeli dengan nilai RM100.00.
Mungkin ada antara kita berkata, itu di zaman dulu-dulu sewaktu orang Melayu belum cerdik atau pun belum maju seperti hari ini.
Hari ini walaupun orang Melayu dah maju dan dah cerdik, perkara yang sama masih lagi berlaku. Kaedahnya berbeza pula mengikut peredaran zaman. Hari ini Cina jajah Melayu cara moden pula.
Semua orang tahu Sinar Harian adalah akhbar milik syarikat orang Melayu. Kita pun banggalah dengan kemajuan syarikat yang dikuasai oleh orang Melayu itu. Berduyun-duyunlah kita pakat bagi sokongan kepada Sinar Harian.
Bila akhbar mereka laku, syarikat akan untung. Bila syarikat untung tentulah mereka akan besarkan lagi perniagaan mereka. Bila nak besarkan syarikat sudah tentulah kena tambah pekerja. Bila tambah pekerja sudah tentulah anak-anak Melayu akan dapat kerja. Maka tidak salah untuk kita tolong majukan syarikat orang Melayu.
Kita tolong Sinar Harian kerana nak tolong syarikat orang Melayu. Tetapi Sinar Harian guna akhbar mereka yang kita beri sokongan untuk menolong DAP menghapuskan keistimewaan orang Melayu. Ini yang saya cukup sedih dan saya mula hilang selera terhadap Sinar Harian semasa kempen PRU tempoh hari.
Kita tahu Sinar Harian berniaga dan setiap iklan yang diiklankan akan dibayar oleh pengiklan. Masa kempen PRU tempoh hari macam-macam parti politik atau calon yang iklan di Sinar Harian. Walaupun sesiapa bayar, mereka boleh iklan.
Pihak Sinar Harian sepatutnya menilai setiap iklan yang dibayar oleh pengiklan. Jangan hanya fikir orang bagi duit kau main iklan tanpa ada rasa tanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara.
Iklan DAP dalam akhbar Sinar Harian |
DAP tahu mereka sukar mendapat sokongan Melayu kerana dasar mereka yang
terlalu kecinaan. Dalam usaha meneutralkan otak Melayu terhadap DAP, maka
DAP menggunakan Sinar Harian sebagai alat.
Jika Sinar Harian ada otak dan tidak memikirkan keuntungan semata-mata serta memikirkan tanggungjawab mereka terhadap bangsa, mereka tidak patut menyiarkan iklan itu kerana iklan itu adalah pembohongan DAP semata-mata.
Sebab apa saya kata DAP bohong?
Dalam polisi parti DAP, terang-terang telah dinyatakan bahawa dasar mereka adalah MENGHAPUSKAN HAK BUMIPUTERA. Lihat di bawah...
Polisi DAP menghapuskan Melayu Bumiputera |
Bagaimana Lim Guan Eng kata DAP bukan anti Islam dan bukan anti Melayu,
sedangkan polisi mereka adalah MENGHAPUSKAN HAK BUMIPUTERA.
Menghapuskan hak Bumiputera bererti memusuhi Melayu dan kaum Bumiputera yang lain.
Sekarang ini kaum Bumiputera mendapat pelbagai kemudahan seperti diskaun pembelian rumah, kemudahan dengan MARA, biasiswa pendidikan, Felda, Felcra dan sebagainya lagi. DAP mahu menghapuskan semua itu dan memberi sama rata kepada semua. Itu adalah tindakan anti Bumiputera.
Apabila Sinar Harian bertindak menyiarkan iklan tersebut, ianya boleh membawa erti Sinar Harian bersetuju dengan polisi DAP yang memusuhi Melayu dengan hendak menghapuskan hak Bumiputera.
Bohonglah jika majunya Karangkraf bukan kerana dasar hak istimewa Bumiputera. Tidak banyak, sikit pun mesti ada dasar itu yang menolong memajunya Karangkraf hari ini.
Oleh demikian adalah baik kiranya pihak Sinar Harian meminta maaf kepada kaum Bumiputera di atas penyiaran iklan tersebut dan pulangkan kembali wang pembayaran iklan itu kepada DAP. Tunjukkan sikit kita ada maruah dan wang ringgit tidak boleh membeli maruah kita.
Jika Sinar Harian tidak melakukan semua itu, adalah wajar untuk pertubuhan-pertubuhan Melayu melancarkan kempen memboikot semua bahan yang diterbitkan Karangkraf. Kes ini lebih kurang sama dengan kes CEO Air Asia yang sedang hangat diperkatakan sekarang.
Lim Guan Eng kata DAP cuma anti rasuah...
Bangsa mana yang selama ini berleluasa merasuah orang?
Di negara China, pesalah rasuah dijatuhi hukuman mati. Jadi anda faham-faham sendirilah maksud yang cuba saya sampaikan.
Ingat Sinar Harian, orang Melayu yang menolong memajukan syarikat anda. Jangan sesekali kamu bersekongkol dengan DAP untuk mengkhianati Melayu. Saya ulang sekali lagi, polisi DAP menghapuskan kesitimewaan Bumiputra adalah polisi yang memusuhi Melayu. - RBF Online