PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
Hamid berkata, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng seharusnya memohon
maaf kepada beliau kerana telah memutar-belitkan kenyataannya mengenai
pihak yang tidak menerima sistem pilihan raya di negara ini perlu
berhijrah ke negara yang mempunyai sistem bersesuaian dengan mereka.
“Beliau telah menyalah tafsir kenyataan saya,” katanya kepada
pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua jabatan dan
agensi-agensi Kementerian Dalam Negeri di sini, Isnin.
Ahmad Zahid juga berkata, beliau tidak akan menarik balik kenyataannya itu.
Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang telah meminta Ahmad Zahid
memohon maaf kepada rakyat dan menarik balik atas kenyataannya itu
sebelum Parlimen bersidang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan