Selasa, 3 April 2012

Bodohnya... tololnya... bahalolnya... bengongnya...

Jam 8 malam tadi, saya sedang menghirup teh tarik dan makan capati di sebuah restoran mamak di Shah Alam. Dalam meniup-niup teh tarik yang panas itu, tiba-tiba kedengaran suasana bingit dalam televisyen.

Bila mendongakkan kepala ke skrin televisyen, terpaparlah visual mengenai perbahasan di Sidang Dewan Negara. Nampak jelas puak-puak bodoh, bahalol, bengap dan bengong sedang menjerit-jerit, menengking-nengking macam beruk digigit kerengga.

Bila diamat-amati, rupa-rupanya suara yang terjerit-jerit macam kera itu adalah pemimpin pembangkang yang diketuai Anwar Ibrahim.

Isyy isyy isyy... bodohnya. Apa boleh buat, inilah kawan baik Nik Aziz Nik Mat.

Cuba tengok dan amat-amat muka Anwar... Masya-Allah, dah hilang serinya.

Tiada ulasan: