NOTE: Aikkk???.... ingat ke bila dah jadi isteri atau anak atau ahli keluarga pemimpin Pas akan hidup bahagia kerana suami seorang yang alim fasal agama, al-quran, hadis, sunnah, hukum hakam, dosa pahala dan berlaku adil sebagaimana dituntut Islam.
Rupa-rupanya ku sangka panas hingga ke petang, tapi hujan lebat di tengah hari. Kalau tidak disebabkan bekas isteri wakil rakyat PAS yang dedahkan kepincangan suami mereka, tentu kita di luar sini menganggap mereka hidup bahagia.
Apa tidaknya, suami yang berpartikan PAS dah tentu tak tinggal solat, manakala kitab al-Quran dan hadis dibelek, dibaca dan dihafaz tiap-tiap hari untuk memastikan landasan hidup mereka lengkap dan sempurna sebagaimana dituntut agama.
Tetapi ini pula yang berlaku.... SELAMAT MEMBACA
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim mengaku dalam proses perceraian dengan isteri keduanya sebagaimana didedahkan sebuah portal berita semalam.
Beliau yang menjadi wakil rakyat PAS bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana menyifatkan kes itu adalah masalah peribadi dan tidak patut diketahui umum.
"Betul, sekarang ini dalam proses perceraian kerana dia (isteri kedua) telah memfailkan tuntutan itu (perceraian) di mahkamah.
"Jika itu jalan penyudah yang dia mahukan saya nak buat macamana, sebagai suami saya sayang isteri dan kalau boleh saya tidak mahu sebuah ikatan berakhir dengan perceraian apatah lagi setelah dianugerahkan cahaya mata sebagai penghubung kasih sayang antara kami.
"Tetapi kalau sudah tidak ada jalan lain lagi apa boleh buat. Walauapapun saya harapkan segalanya akan berakhir dengan cara baik,” katanya ketika dihubungi detikperubahan.com di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai laporan portal ini malam tadi, mengenai isteri keduanya telah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah di Kota Bharu kerana tidak tahan dengan sikapnya tidak melaksanakan tanggungjawab dengan baik.
Tuntutan tersebut dibuat pada 26 Mac lalu di Mahkamah Syariah Pasir Puteh, manakala semalam mereka dipanggil untuk sebutan kes, tetapi Wan Hassan tidak hadir.
Dalam pada itu, Wan Hassan meminta supaya masalah rumah tangganya tidak dimanipulasikan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik.
"Saya tak nak komen, ini masalah rumah tangga saya, tiada siapa pun berhak tahu apatah lagi kalau untuk dipublisitikan di dada akhbar atau sebagainya.
"Saya kira cukup dengan pengakuan telus ini," katanya.
Beliau juga enggan memberi sebarang reaksi berhubung dakwaan kononnya gagal memberikan nafkah, mengambil kesempatan untuk kerjaya politik, selain tidak bertanggungjawab apabila pulang ke rumah isteri keduaya itu hanya sekali dalam tempoh dua bulan.
"Biarkan, saya kira itu adalah sebahagian daripada hukum alam dan saya minta agar diri saya tidak akan terdorong untuk melakukan fitnah dengan membuka keaiban orang lain," katanya.
Difahamkan, Wan Hassan berkahwin dengan isteri keduanya yang dikatakan bertugas sebagai Penolong Kanan di salah sebuah sekolah di sini empat tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata.
Beliau dipilih sebagai wakil rakyat selepas memenangi Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu.
VERSI ISTERI WAN HASSAN
Isteri kedua Wan Hassan Wan Ibrahim telah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah di Kota Bharu kerana tidak tahan dengan sikap suaminya yang tidak melaksanakan tanggungjawab.
Wanita berusia 30-an itu mendakwa suaminya bukan sahaja gagal memberikan nafkah batin, tetapi juga tidak memberikan perbelanjaan harian terhadap dia dan anaknya.
Beliau yang bertugas sebagai penolong kanan sebuah sekolah di sini, telah memfailkan tuntutan penceraian ini pada 26 Mac lalu di Mahkamah Syariah Pasir Puteh.
Hari ini mereka dipanggil untuk sebutan kes, tetapi malangnya Wan Hassan tidak hadir dan gagal dihubungi.
"Tuntutan itu dibuat kerana dia kecewa dengan sikap suaminya yang tidak bertanggungjawab.
"ADUN Semerak ini hanya pulang ke rumah dua bulan sekali. Pulang malam dan esok paginya sudah pergi," katanya ketika ditemui di Kompleks Balai Islam Lundang dekat sini, petang ini.
Sementara itu, tinjauan di mahkamah di sini, mendapati isteri Wan Hassan hadir untuk menyelesaikan isu tuntutan tersebut bagaimanapun pulang hampa kerana suaminya tidak muncul.
Isteri ADUN ini, bagaimanapun enggan ditemu bual dan tidak mahu gambarnya dirakamkan.
Hasil perkahwinan mereka sejak empat tahun lalu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata.
"Beliau bukan sahaja tidak memberikan nafkah kepada isterinya malah mengambil kesempatan ke atas isterinya untuk kerjaya politiknya.
"Wan Hassan memang tidak bersetuju dengan penceraian yang dituntut isterinya ini dan berjanji akan berubah selepas pilihan raya umum akan datang," katanya.
Isterinya itu turut meluahkan isi hatinya yang dia tidak percaya lagi terhadap kata-kata suaminya itu yang dikatakan bijak menabur janji selama ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan