TAK habis-habis pemimpin pembangkang buat onar. Ada sahaja perbuatan yang memalukan malah tidak terfikir oleh akal.
Terbaru, seorang pegawai perubatan, Dr. Rahman Kadir mendedahkan perbuatan beberapa pemimpin pembangkang mempersendakan Raja-raja Melayu pada pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Rabu lalu.
Beliau yang bertugas ketika istiadat itu berlangsung, membuat pendedahan tersebut menerusi laman Facebook, yang kemudian disiarkan sebagai berita utama Utusan Malaysia, kelmarin.
Menurut Dr. Rahman, perbuatan itu paling ketara dilakukan pemimpin pembangkang apabila tetamu kehormat termasuk Raja-raja Melayu dan Yang Dipertua Negeri berjalan masuk ke dalam Balairong Seri.
"Seolah-olah seperti kanak-kanak sekolah, mereka mentertawakan penampilan dan fizikal Sultan. Saya tidak tergamak hendak menulis di sini kerana ia sama seperti menghina baginda semua," itulah antara lain kenyataan beliau.
AWANG setuju dengan gesaan beberapa pihak agar ditubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat tindakan beberapa pemimpin pembangkang menghina Raja-raja Melayu semasa upacara pertabalan Yang di-Pertuan Agong.
Begitu juga dengan laporan polis yang dibuat terhadap perbuatan mereka. Untuk berlaku adil bukan semua pemimpin pembangkang yang hadir pada upacara tersebut, berperangai demikian.
Ahli Parlimen Kepong, Dr. Tan Seng Giaw misalannya kelihatan cukup tertib, berdiam diri dan tidak menyertai gurauan mereka yang lain malah tidak senyum pun mendengar kata-kata rakan-rakannya . Sikap dan tingkah lakunya di dalam balai rong adalah terpuji.
Demikian antara kandungan tulisan Dr. Rahman Kadir dalam pendedahannya. Beliau begitu objektif, yang baik tingkah laku, diakui baik.
Perbuatan beberapa pemimpin pembangkang mempersenda dan mengejek raja-raja Melayu menjadi testimoni mengenai sikap sebenar mereka, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim hari ini.
Menurut beliau, perbuatan itu semasa istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong XIV, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara pada 11 April lalu adalah keterlaluan.
"Belum lagi berkuasa dah tunjuk kuasa mereka," kata Rais semasa berucap pada majlis perasmian Program Merakyatkan Seni dan Budaya, Komuniti 1Malaysia bersama masyarakat keturunan Siam peringkat negeri Perlis di sini hari ini.
Beliau turut menyifatkan sikap pemimpin-pemimpin pembangkang yang sebelumnya diberi penghormatan menghadiri istiadat itu sebagai mencabul negara mereka sendiri.
Perbuatan biadab pemimpin pembangkang mempersenda Raja-raja Melayu perlu ditangani dengan tegas termasuk cadangan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi mengheret mereka ke muka pengadilan.
Pemimpin kanan kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) berkata sebarang keputusan yang diambil itu sebagai satu pengajaran kepada generasi muda supaya menghormati institusi Raja-raja Melayu di negara ini.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata penubuhan suruhanjaya itu penting sebagai pedoman kepada semua pihak supaya lebih tertib apabila berada dalam majlis rasmi kerajaan dengan mengetepikan emosi walaupun mempunyai fahaman politik yang berbeza.
Katanya, terdapat saksi yang mendengar ejekan Ahli Parlimen pembangkang itu antaranya Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan dan pegawai perubatan, Dr Rahman Kadir yang bertugas ketika istiadat pertabalan berkenaan.
“Mereka mendengar dengan jelas kerana duduk berhampiran dengan Ahli Parlimen pembangkang yang boleh dijadikan sebagai saksi untuk membantu siasatan suruhanjaya berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Peduli Jujur Sinar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Parlimen Bagan Datoh di sini, semalam.
Beliau mengulas kenyataan Dr Rahman yang mendakwa Ahli Parlimen pembangkang mempersenda dan mengejek Raja Melayu pada majlis pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, pada Rabu lalu.
Di SITIAWAN, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal, berkata beliau berharap kerajaan atau pihak berwajib tertentu dapat mengambil tindakan tegas termasuk tindakan tatatertib selain nama mereka disenaraihitamkan daripada menerima sebarang undangan majlis di Istana Negara jika terbukti ada pemimpin pembangkang yang mempersenda dan mengejek Raja-raja Melayu.
Di KANGAR, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata perbuatan beberapa pemimpin pembangkang itu wajar men-jadi testimoni untuk membuktikan parti yang dinaungi kumpulan berkenaan tidak layak menerajui negara.
Di ALOR SETAR, Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, berkata beliau kecewa dengan tindakan kurang ajar pemimpin pembangkang itu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan