Khamis, 12 April 2012

Memang patutlah adakan perhimpunan haram bantah PTPTN

Dalam beberapa artikel saya sebelum ini, iaitu beberapa tahun yang lalu, saya ada menyatakan cadangan dan pandangan kepada kerajaan mengenai pinjaman PTPTN. Dalam tulisan itu, saya tidak cadangkan, apatah lagi memberi pandangan supaya kerajaan memansuhkan atau membatalkan pinjaman itu, kerana saya tahu ia mustahil untuk ditunaikan.

Tetapi, antara cadangan dan pandangan saya ialah kerajaan batalkan saja peratusan atau kadar faedah yang dikenakan kepada pelajar yang dapat pinjaman itu, selain JANGAN BERTINDAK MEMBUNUH KERAJAAN dengan menyenaraihitamkan pelajar yang gagal membayar hutang berkenaan.

Kerajaan yang menyediakan kemudahan itu (pinjaman PTPTN) bagi membolehkan pelajar melanjutkan pelajaran dengan sempurna, tanpa gangguan atau halangan berikutan keluarga tidak mempunyai sumber kewangan mencukupi untuk membiayai pengajian anak-anak mereka.

Justeru, kalau pinjaman yang diberikan kerajaan itu kepada pelajar dengan niat murni untuk melihat anak bangsa berjaya dalam pelajaran, adalah tidak munasabah kerajaan mengenakan kadar faedah dan bertindak tegas 'memblack listkan' mereka.

Adalah suatu yang zalim, ketika anak-anak kita yang masih muda remaja, yang baru tamat pengajian dan sedang mencari pekerjaan, jika gagal membayarnya dalam jangkamasa ditetapkan, mereka telah dihukum dengan namanya disenaraihitamkan.

Ada beberapa anak muda, yang apabila saya membelek-belek iklan syarikat penerbangan dalam surat khabar yang menawarkan tiket melancong ke luar negara dengan harga murah, mengeleng kepala mengatakan tidak dapat pergi kerana nama sudah disenaraihitamkan oleh kerajaan kerana tidak bayar hutang PTPTN.

Terfikir oleh saya.... kesian anak muda ini... dalam usia 20-an pun sudah berhutang dan sudah ada rekod buruk dalam institusi kewangan.

Jadi, kerajaan tidak boleh marah kepada pembangkang kalau parti itu mengambil kesempatan untuk bela pelajar yang meminjam dengan PTPTN. Kerajaan patut kaji benda-benda macam ni.

Jangan dengan pelajar pun nak berniaga. Kesian mereka. Masih muda dan masih mencari pekerjaan. Malah pekerjaan yang mereka dapat pun bukan gaji besar sangat. Cukup untuk makan dan sara keluarga. Fikir-fikirkanlah.

2 ulasan:

PenganutPAS berkata...

Kenapa nak bantah PTPTN ??? Sepatutnya desak kerajaan tambah biasiswa . Hanya pelajar yang kantoi jer yangnak mansuhkan PTPTN ni . Pelajar yang cemerlang nakkan biasiswa .

bagi 2011, bajet biasiswa ialah sebanyak RM254,900.00 bagi tawaran baru
kepada 500 orang pelajar, manakala bagi pinjaman, bajet adalah sebanyak
RM3,189,500.00 bagi tawaran baru kepada 600 orang pelajar IPT. http://www.yayasanselangor.org...

Takkan lah budget biasiswa setahun hanya RM254k saja . Pulak tu biasiswa ni merangkumi dari sekolah rendah hingga ke peringkat Phd. Logik ker sebuah kerajaan memperuntukkan biasiswa rm 254k untuk 500 orang pelajar .

Patut nya kerajaan macam ni didesak supaya sedar tentang kepentingan golongan pelajar !!!!!!

Tanpa Nama berkata...

So, PenganutPAS tergolong dlm yg mana satu? Pelajar yang kantoi atau Pelajar yang cemerlang?