Sebaik selesai solat Jumaat tengah hari tadi, aku singgah sekejap di Restoran Sri Syazz. Order sepinggan maggie goreng mamak dan segelas besar air laci. Sambil tunggu makanan siap dimasak, aku buka laptop untuk check berita-berita semasa dan apa isu terbaru yang dipaparkan dalam portal berita online.
Antara portal kegemaran aku, yang tak pernah ketinggalan tiap kali tinjau meninjau isu-isu semasa dan terkini ialah detikperubahan.com, iaitu portal berita yang hanya memaparkan berita-berita dan isu semasa mengenai negeriku, Kelantan Cik Siti Wan Kembang.
Dalam beberapa berita terkini yang disiarkan, aku tertarik dengan satu berita bertajuk Nik Aziz Bertanding 2 Kerusi? Rasa nak ketawa terbahak-bahak baca berita tu, tapi aku dapat kontrol sebab tika tu pelanggan di Restoran Sri Syazza ramai.
Sambil menyedut sebatang rokok, aku menyambung bacanya dengan penuh minat untuk mengetahui apa kesudahan mesej berita itu. Yang bercakap mengenainya bukan tok guru Nik Aziz, tapi besan beliau, Abdul Fatah Harun.
Selepas membaca berita tu, aku tinjau-tinjau pula pada ruangan komen. Ada satu komen yang tertera di situ: "Dua kerusi je? laaa sikit tuuu… bakpo mu tak ambil sampai 50 kerusi" - TokguruLawok.
Makinlah aku nak tersuka dengan komen tu. Tapi fikir punya fikir ada juga logiknya kata-kata penulis komen tu, TokguruLawok. Dia dengan sinisnya bertanya, kenapa tok guru Nik Abdul Aziz nak bertanding dua kerusi sahaja? Kenapa tidak bertanding di 50 kerusi yang diperuntukkan kepada Pas?
Nik Aziz Bertanding 2 Kerusi?
KOTA BHARU – Desas-desus Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan turut bertanding kerusi Parlimen selain kembali bertanding kerusi Dewan Undangan negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-13 akan datang ada kemungkinannya jika keadaan memerlukan beliau berbuat demikian.
Bekas Pengarah Pilihanraya Pas negeri, Abdul Fatah Haroon berkata, kemungkinan itu ada asasnya jika keadaan memerlukan pakatan pembangkang berbuat demikian.
“Boleh jadi ya dan boleh jadi tidak. Semuanya ada kemungkinan. Setiap orang mempunyai pendapat masing-masing berhubung desas desus ini. Mungkin kalau dilihat dari segi kesihatan akan ada yang kata tahap kesihatan membataskan beliau (Nik Aziz) untuk bertanding dua kerusi. Namun harus diingat beliau mempunyai aura tersendiri yang meungkin diperlukan oleh Pakatan Pembangkang.
“Langkah meletakkan Mursyidul Am Pas di kedua-dua kerusi berkenaan dilihat akan memberi kelebihan kepada pakatan pembangkang terutama Pas kerana ia akan memberi keyakinan kepada rakyat untuk menyokong parti itu memandangkan beliau sebagai dilihat tokoh yang mampu memimpin Kelantan dan Malaysia amnya,” ,” katanya kepada DetikPerubahan.com di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desas-desus yang mengatakan Nik Abdul Aziz akan bertanding dua kerusi iaitu kerusi DUN dan Parlimen pada pilihanraya umum akan datang.
Abdul Fatah berkata, semua keputusan itu akan ditentukan oleh keadaan semasa yang berlaku.
“Ini soal strategi. Bila sebut soal starategi ia boleh berubah bila-bila masa sehingga ke saat-saat akhir.
“Strategi ini tidak mustahil akan bertukar setiap minggu malah mungkin juga setiap hari kerana kita melihat kepada aliran pengundi. Kita akui sekarang kita memiliki 62 peratus aliran pengundi namun keadaan itu sentiasa berubah. Sebab itulah strategi kita juga akan sentiasa berubah,” katanya.
Untuk rekod Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan pernah bertanding kerusi Parlimen pada tahun 1967 sehingga 1986, bagaimanapun beliau kemudian mewakili kerusi DUN Chempaka pada tahun 1990 dan dilantik menjadi menteri Besar Kelantan sehingga kini.
Dari segi kesihatan beliau dikatakan mempunyai masalah kesihatan seperti jantung, darah tinggi dan gastrik.
Pada 2004 beliau dimasukkan ke hospital setelah mendapat serangan sakit jantung dan kemudiannya beberapa kali mendapat rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kerana masalah kesihatan.
Beliau sendiri mengakui bahawa kesihatannya semakin terganggu sejak akhir-akhir ini namun semua itu tidak menghalangnya untuk terus berbakti kepada masyarakat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan