Sabtu, 21 April 2012
Identiti hubungan sulit menteri dengan pelakon terbongkar
19 Apr - Laporan polis telah dibuat oleh pemandu peribadi seorang menteri, Noor Azman Azemi yang berusia 38 tahun dalam kenyataan balas terhadap dirinya yang dituduh oleh seorang pelakon, Zahida Rafik kononnya beliau membawa lari wang berjumlah RM200,00 awal bulan lepas.
Dalam laporan itu Noor Azman memberitahu, ketika itu dia berada di rumahnya di Flat PKNS Ampang dan didatangi dua lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai anggota polis bernama Hafiz dan Raj.
Kenyataan telah diberikan oleh Azman mengenai status hubungan sulit antara Zahida dengan seorang menteri. Dia turut memberitahu kenyataan yang telah diberikan adalah benar kerana dia adalah antara orang kepercayaan menteri berkenaan dalam merahsiakan hubungan sulit mereka yang telah terjalin hampir tiga tahun itu.
Noor Azman turut mengakui bahawa duit yang seringkali diberikan kepada Zahida, dialah orang kepercayan yang akan pergi ke bank.
"Saya telah dilantik oleh Datuk untuk menjadi pembantu peribadi Zahida, saya adalah antara orang kepercayaan Datuk. Dia turut memberitahu saya agar sentiasa memantau gerak-geri Zahida selama ketiadaannya dan akan melaporkan kepada Datuk.
"Datuk akan berjumpa secara rahsia dengan Zahida di beberapa hotel terkemuka di sekitar Kuala Lumpur pada setiap hujung minggu. Setiap kali selepas perjumpaan itu, Datuk akan memberikan wang sebanyak RM100,00 hingga ke RM200,000. Wang tunai itu kemudiannya akan dibawa ke bank oleh Zahida yang ditemani saya dan dimasukkan ke dalam akaun Maybank milik Zahida di Menara Perkeso, Ampang."
Kenyataan laporan polis di atas telah didedahkan sendiri oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin di lobi Parlimen yang lalu.
Melalui siasatan yang telah dilakukan, terdapat beberapa transaksi yang melibatkan sejumlah wang yang banyak telah dilakukan menteri itu kepada Zahida di antara Oktober 2011 hingga Januari 2012.
"Pada bulan Oktober 2011 sahaja ada dua transaksi iaitu RM36,000 dan RM26,000. Maknanya pada bulan itu sebanyak RM68,000 tunai yang diambil Noor Azman untuk dimasukkan ke dalam akaun Zahida Rafik.
Pada November 2011 pula sebanyak RM118,000 dan pada Disember pula sebanyak RM333,000 serta pada Januari 2012 sebanyak RM510,000. Kalau saya jumlahkan kesemuanya ia lebih kurang RM1.4 juta dalam masa empat bulan menteri itu berikan tunai kepada Zahida Rafik," katanya.
Zuraida juga turut mendedahkan, Zahida memiliki sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series ,Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM2.9 juta.
Sebelum itu, Zahida pernah ditanya mengenai statusnya yang dikatakan dibela oleh golongan VIP namun telah dinafikan dan memberitahu duit yang dimiliki sekarang adalah hasil daripada perniagaan yang dijalankan sejak beberapa tahun yang lepas.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan