LANGKAWI: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan
kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar
berhubung kebebasan beragama adalah satu tindakan bodoh dan melampau.
Beliau berkata, orang Islam tidak boleh menukar agama sesuka hati dan
orang bukan Islam mempunyai hak untuk mengamalkan agama masing-masing
tanpa ada sebarang paksaan daripada mana-mana pihak.
“Tak tau lah (Nurul Izzah) yang mahukan kebebasan dan berpolitik
sampai tiada had. Kita orang Islam mana boleh tukar agama sesuka hati,
tapi orang lain nak tukar mereka punya hal lah.
“Dalam Perlembagaan, masing-masing boleh amalkan agama mereka tanpa
ada sekatan. Orang Islam dengan cara orang Islam dan kaum lain dengan
agama masing-masing,” katanya ketika ditemui pada Kejohanan Paintball
Piala Dunia Asia (WCA) 2012 di Dewan Mahsuri, Padang Mat Sirat Ahad.
Dr Mahathir berkata, walaupun negara ini mempunyai ramai penduduk
Islam dan diiktiraf oleh dunia sebagai negara Islam, ia tidak bermakna
orang bukan Islam dipaksa menerima agama persekutuan itu.
Laporan portal berita pro pembangkang pada 3 November lalu memetik Nurul Izzah
sebagai berkata: Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu
dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.
“Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama…bagaimana
seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya
terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara
sama rata,” katanya pada forum bertajuk ‘Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?’ di Subang Jaya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan